Monday 30 April 2012

J1003_Teknologi Worksyop 1_UNIT1




Memahami  kepentingan peraturan-peraturan dan amalan keselamatan    di    dalam    worksyop    kejuruteraan    am (memesin, kimpalan, menggegas dan foundri)





               

Di akhir unit ini anda dapat :

   Menyatakan langkah-langkah mencegah kemalangan am yang bersabit dengan keselamatan diri semasa mengendalikan alat- alat mesin,  peralatan, bahan-bahan    dan alatan pencegahan kebakaran.
Menerangkan    kepentingan    menggunakan    gogal,    cermin
keselamatan  dan  pengawal  roda  pencanai  serta  menjaga kebersihan woksyop.
   Menerangkan  bahaya  mengenai  salah  penggunaan  sarung tangan,  kain  pengesat, roda pencanai tanpa pengadang dan
memakai pakaian tidak sempurna.
   Membezakan diantara keselamatan diri,alat,mesin,perkakasan memesin,mesin  kimpalan  arka  dan  peralatan  kimpalan  gas
oksi asitelina.






INPUT






1.0    PENGENALAN



Para  pengguna  peralatan  worksyop  kejuruteraan  am (memesin, kimpalan,   menggegas  dan  foundri)  sentiasa  terdedah  kepada berbagai-bagai    bahaya    sekiranya    peralatan    tersebut disalahgunakan ataupun pelajar cuai semasa mengendalikan kerja-
kerja  di  dalam  worksyop.  Peraturan  keselamatan  dan  undang- undang   keselamatan  woksyop  wajib  diketahui,  dipelajari  dan
dipatuhi  kerana  menjaga  keselamatan  menjadi  tanggungjawab
setiap pelajar. Dengan mematuhi peraturan keselamatan di dalam
bengkel  sebarang  risiko yang melibatkan  kemalangan  jiwa  atau
pencaindera, kerosakan terhadap alat, mesin akan dapat dihindari.

1.1

LANGKAH-LANGKAH MENCEGAH KEMALANGAN AM

Terdapat  empat  faktor  utama  untuk  menjauhi  atau  mencegah
sebarang kemalangan di dalam woksyop berlaku:

i. ii.

Tabiat bekerja
Keselamatan diri sendiri
iii.
iv.
Keselamatan semasa menggunakan peralatan mesin
Kekemasan tempat bekerja atau worsyop

1.2

Tabiat Berkerja


Para pelajar dikehendaki mempunyai semangat dan tabiat bekerja yang baik semasa di dalam  woksyop bagi mencegah kemalangan dianataranya:

i.    Mengutamakan Kebersihan dan kekemasan pakaian
ii.    Mempunyai sikap dan tanggungjawab terhadap diri sendiri iii.    Bertimbang rasa terhadap kebajikan rakan sekelas
iv.    Menumpukan sepenuh perhatian dan tenang ketika bekerja v.    Tidak gopoh semasa melakukan sebarang kerja amali





1.3
Keselamatan Diri Sendiri

Kebanyakkan  kemalangan  berlaku  kerana  sikap  cuai  dan  tidak
mengambil berat aspek keselamatan. Faktor kemalangan ini dapat
dicegah dengan cara:

i.

Pakai pakaian keselamatan yang sesuai dengan tempat bekerja dan aktiviti amali yang dilakukan (Lihat Gambar 1.1 & 1.2). Pakaian
keselamatan didalam bengkel kimpalan arka tidak sama dengan
pakaian keselamatan di dalam bengkel mesin larik.
ii.
Rambut  hendaklah  sentiasa  kemas  dan  pendek.  Rambut  yang
panjang boleh tersangkut pada mesin yang berputar atau alat-alat

ii.
lain.
Jangan    bergurau    senda    dengan    rakan    samaada    melibatkan
peralatan woksyop ataupun tidak.
Elakkan daripada memakai barang-barang perhiasan seperti jam
tangan,    cincin,    rantai    kerana    barang-barang    tersebut    boleh
tersangkut pada mesin dan alat-alat lain.
*
Gambar 1.3.1 Pakaian keselamatan

1.4    Keselamatan Semasa Menggunakan Peralatan Mesin
Langkah    keselamatan    semasa    menggunakan    mesin    akan diterangkan pada unit-unit seterusnya walaubagaimanapun secara
umumnya kemalangan ini dapat dicegah dengan cara:

i)    Setiap    mesin    mestilah    mempunyai    pembumian    yang sempurna bagi mengelak bahaya elektrik.
ii)    Elakkan daripada memegang dan menyentuh alat-alat tajam
seperti mata pengisar, hujung mata penggarit.



















Unit 1-1

Gambar 1.4.1  Penghadang Tali Sawat






1.5    Kekemasan Tempat Bekerja Atau Woksyop
kekemasan  dan  kebersihan  tempat  kerja  bukan  sahaja  dapat mencegah    daripada    kemalangan    tetapi    juga    meningkatkan
kecekapan bekerja. Oleh itu perkara berikut hendaklah diambil kira:

i)    Jangan biarkan alatan bersepah diatas lantai.
ii)    Elakan daripada minyak atau gris tertumpah diatas lantai.
Lap  sehingga  tiada  kesan licin  diatas lantai  jika  terdapat minyak atau gris diatas lantai woksyop.
iii)    Jangan biarkan tatal atau serpihan logam bersepah diatas
lantai dan disekeliling mesin.
iv)    Ruang woksyop hendaklah mempunyai pengedaran udara yang baik.  Mempunyai  tanda garis keselamatan kawasan
bekerja dan laluan berjalan.
v)    Woksyop hendaklah sentiasa mempunyai laluan serta pintu kecemasan.
vi)    Alatan  pencegahan  kebakaran  juga  hendaklah  diletakkan ditempatkan  yang  sesuai,  mudah  dilihat  dan  dicapai  jika
berlaku kebakaran.





Gambar 1. 5.1 Tergelincir disebabkan lantai yang berminyak



1.6.    Kepentingan    Menggunakan    Alat    Keselamatan    Dan    Menjaga
Kebersihan Woksyop.

Menggunakan alat keselamatan seperti gogal, cermin keselamatan, pengawal roda pencanai serta menjaga kebersihan woksyop amat penting  bagi  mengelakan  sebarang  kejadian  yang  tidak  diingini berlaku seperti berikut:







AKTIVITI 1A







1.1.    Terangkan mengapakah keselamatan itu penting dan perlu diambil perhatian yang serius ketika berada di dalam bengkel?

1.2.    Apakah yang dimaksudkan dengan keselamatan diri dan keselamatan alat?

1.3    Apakah langkah pertama yang perlu anda ambil ketika melangkah masuk ke dalam satu-satu bengkel?

1.4.    Jika anda dapati sesebuah mesin yang hendak digunakan itu didapati tidak berfungsi dengan baik , apakah langkah pertama yang perlu di ambil?

1.5.    Apakah tindakan yang perlu anda lakukan sekiranya tiba-tiba rakan anda mendapat kecederaan ketika menggunakan ssebuah mesin yang berputar?













                                       

                    

                                           


                                         
                      

                  








MAKLUM    BALAS    1A







1.1.    Keselamatan  adalah  satu  perkara  yang  penting  dan  perlu  diambil perhatian yang serius kerana untuk mengelakkan berlakunya kecederaan yang serius dan kerugian yang besar serta mungkin boleh menyebabkan kematian.



1.2.        Keselamatan diri adalah perkara yang berkaitan dengan sesuatu yang boleh menyebabkan kecederaan berlaku keatas diri sendiri manakala keselamatan alat pula adalah sesuatu perkara yang boleh menyebabkan alat atau mesin mengalami kerosakan.

1.2    Langkah pertama yang perlu diambil ialah mematuhi langkah-langkah keselamatan yang diberikan dalam bengkel berkenaan.



1.4.    Jika sesuatu mesin yang hendak digunakan itu didapati tidak berfungsi dengan baik,  langkah awal  yang perlu diambil  ialah berhentikan kerja serta-merta    dan    laporkan    kepada    pensyarah    atau    juruteknik    yang bertugas.

1.5.    Sekiranya seorang daripada rakan mengalami kecederaan ketika menggunakan mesin yang berputar. Langkah pertama ialah matikan suis mesin berkenaan dan jauhkan rakan anda itu dari mesin berkenaan dan segera laporkan kepada pensyarah bertugas.







Gogal

Gogal adalah alat pelindung mata yang amat    penting diantaranya: Melindungi mata daripada terkena percikan bunga api ketika kimpalan gas dilakukan.


Gambar    1.7.1 Pengunaan goggle

i)    Mengelakan    daripada    kerosakan     mata    akibat daripada    pancaran    cahaya    yang    terang     ketika melakukan kimpalan gas.
ii)    Mengelakan    daripada    terkena    tatal    tajam    ketika operasi mesin larik.
iii)    Menyelamatkan    mata    daripada    kecederaan    jika
sesuatu alat atau peralatan tajam terpelanting kearah mata.

1.8    Cermin Keselamatan

i.    Cermin keselamatan biasanya diletakkan pada mesin sebagai  alat  keselamatan  yang  berkesan  terhadap diri
ii    .Cermin  keselamatan  pada  CNC  mesin  akan  dapat mengelakan diri daripada terkena tatal atau serpihan tajam.
iii.    Cermin    keselamatan    pada    mesin    gerudi    akan menghindarkan  diri  daripada  terkena  percikan  tatal
bahan kerja yang digerudi.
iv.    Cermin keselamatan pada mesin roda pencanai akan menghadang  serpihan  bunga api  atau  bahan  kerja yang terpelanting kearah pengguna.

1.9    Pengawal Roda Pencanai

Pengawal    roda    pencanai    akan    menghalang    pengguna daripada kecederaan yang lebih teruk jika roda pencanai




pecah.  Disamping  ini  ianya  sebagai  penghadang  roda pencanai  ketika ianya sedang berputar dan mengurangkan kawasan bahaya pada roda pencanai.

1.10.0    Menjaga Kebersihan Woksyop

Keadaan  persekitaran  woksyop  yang  bersih  dan  kemas akan   memberi  situasi  bekerja  yang  lebih  selesa  yang selamat. Sebagai contoh jika lantai woksyop penuh dengan tompokan    minyak    ianya    sudah    pastinya    mengundang bahaya  tergelincir  dan  sebagainya.  Dengan  situasi  yang bersih alat-alat tajam dan  merbahaya dapat dilihat dengan mudah dan ini sudah pastinya dapat  mengelakan daripada bahaya.



1.11.0    Akibat salah penggunaan alat keselamatan

Pakaian  dan  alat-alat  keselamatan  hendaklah  digunakan dengan  betul  dan  sesuai  dengan  keadaan  kerja  ayang dilakukan.  Jika  salah  menggunakan  sarung  tangan,  kain pengesat, roda  pencanai  tanpa pengadang dan  memakai pakaian    keselamatan      yang    tidak        sempurna        akan mengebabkan    bahaya    kepada     diri    sendiri    atau    rakan sekerja.

1.12.0    Sarung Tangan Keselamatan

Sarung tangan keselamatan mempunyai berbagai bentuk, saiz    dan        jenis    bahan        yang    berbeza-beza        mengikut penggunaan (Lihat Gambar 1.12.1.). Sebagai contoh sarung tangan  keselamatan kimpalan gas diperbuat daripada kain kasar        atau      kulit    tetapi    saiznya        agak     kecil    dan    nipis. Sementara sarung  tangan keselamatan bagi kimpalan arka diperbuat  daripada  kulit  keras  dan  bersaiz  panjang  dan besar.  Sarung  tangan  kerja-kerja   umum  pula  diperbuat daripada    benang        kasar.        Oleh          itu    seseorang     yang menggunakan  sarung  tangan  kimpalan  gas   untuk   kerja kimpalan  arka  kemungkinan  besar    akan  menyebabkan kecederaan. Perkara ini boleh berlaku kerana sarung tangan keselamatan tersebut tidak cukup panjang untuk menahan percikan   api  dari  masuk  kedalam  pergelangan  tangan. Sarung  tangan  yang  tidak  sesuai  boleh  terbakar  dengan mudah ketika aktiviti kimpalan  gas  atau memegang bahan kerja panas ketika di woksyop foundri. Sarung tangan boleh tersangkut  pada  roda  pencanai  dan  akan   meyebabkan




kemalangan jika mengasah mata alat dengan menggunakan sarung tangan.




















Gambar 1.12.1.








Sarung tangan kuklit yang digunakan untuk kimpalan arka




1.13.0    Kain Pengesat

Kain pengesan sepatutnya digunakan ditempat yang sesuai seperti   membersihkan minyak, lap tangan yang basah dan sebagainya. Adakalanya jika menggunakan kain Pengesat ditempat yang tidak  sesuai  kecederaan atau bahaya akan berlaku. Sebagai contoh menggunakan kain pengesat untuk membersihkan  tatal  pada  mesin   larik  atau  gerudi  akan meyebabkan tatal yang tajam tersebut akan tersangkut pada kain  pengesat  dan  boleh  melukakan  tangan.   Mengesat bahan  kerja  ketika  bindu  mesin  larik  atau  mesin  gerudi sedang berputar boleh mengundang bahaya, kerana kain pengesat boleh tersangkut dan menyebabkan kecederaan.

1.14.0    Roda Pencanai Tanpa Pengadang

Pengadang  roda  pencanai  digunakan  untuk  mengelakan percikan bunga api yang keluar daripada pelelas mengenai pengguna.    Disamping    itu    ianya    digunakan    sebagai penghalang jika bahan kerja yang dicanai terpelanting. Jika menggunakan roda pencanai tanpa pengadang ianya adalah sangat berbahaya.

1.15.0    Pakaian Keselamatan Yang Tidak Sempurna

Pakaian  keselamatan  hendaklah  dipakai  dalam  keadaan kemas   dan  sempurna.  Ini  bagi  memastikan  persediaan keselamatan yang maksima jika sesuatu perkara yang tidak




diingini berlaku. Jika memakai pakaian keselamatan dalam keadaan tidak sempurna kecederaan boleh berlaku. Sebagai contoh    jika    kita    memakai    apron    kimpalan    arka    tanpa mengikat tali  pengikat pada pinggang akan menyebabkan tali  bersebut  tersangkut  pada  mesin  ayang  berputar  dan sebagainya.



1.16.1    Perbezaan diantara keselamatan diri alat,mesin,perkakasan memesin,mesin kimpalan arka dan kimpalan gas.

Perbezaan    diantara    keselamatan    diri,    alat,    mesin,    perkakasan memesin,mesin  kimpalan  arka  dan  kimpalan  gas  adalah  seperti berikut:

Diri

Perkakasan
Memesin/ Mesin/Alat

Mesin Kimpalan Arka
Peralatan
Kimpalan
Gas



1.

Bagi menghidari daripada Kecederaan fizikal


Bagi menghidari daripada Kerosakan


Bagi menghidari daripada Kerosakan
Bagi menghidari
daripada
Letupan atau
Kebakaran


2.

Pakaian hendaklah kemas dan sesuai

Pastikan dalam keadaan baik

Pastikan dalam keadaan baik
Pastikan dalam
keadaan baik


3.

Pakai pakaian
Keselamatan

Pastikan dalam keadaan baik
Sistem pengudaraan yang baik bagi
mengelak dari terhidu gas beracun

Sistem pengudaraan yang baik





4.


Pakaian keselamatan yang dipakai hendaklah sesuai dengan jenis kerja yang dilakukan



Tidak Rosak/ Penghadang keselamatan ditempat yang betul



Mempunyai pembumian yang sempurna bagi mengelak bahaya elektrik
Periksa peralatan
sebelum digunakan
dan pastikan tiada
kebocoran gas

















AKTIVITI 1B






1.6 Apakah empat faktor utama untuk menjauhi atau mencegah sebarang kemalangan di dalam woksyop berlaku




1.7 Apakah tabiat bekerja yang baik untuk keselamatan pelajar?




1.8 Apakah langkah keselamatan yang perlu diambil ketika menggunakan peralatan mesin?




1.9 Apakah kegunaan gogal?




1.10 Apakah kegunaan cermin keselamatan?









MAKLUM BALAS 1B



1.6



1)



Tabiat bekerja
2)
Keselamatan diri sendiri
3)
Keselamatan semasa menggunakan peralatan mesin
4)
Kekemasan tempat bekerja atau worsyop


1.7    Tabiat bekerja yang baik untuk menjamin keselamatan ialah:
1)  Mengutamakan Kebersihan dan kekemasan pakaian
2)  Mempunyai sikap dan tanggungjawab terhadap diri sendiri
3)  Bertimbang rasa terhadap kebajikan rakan sekelas
4)  Menumpukan sepenuh perhatian dan tenang ketika bekerja
5)  Tidak gopoh semasa melakukan sebarang kerja amali

1.8    langkah  keselamatan  yang  perlu  diambil  ketika  menggunakan peralatan mesin
1)  Pastikan    mana-mana    bahagian    mesin    yang    merbahaya dipasang alat pelindung (Lihat Gambar 1.3).
2)  Mesin mestilah mempunyai suis keselamatan.
3)  Setiap mesin mestilah mempunyai pembumian yang sempurna bagi mengelak bahaya elektrik.
4)  Elakkan  daripada  memegang  dan  menyentuh  alat-alat  tajam
seperti mata pengisar, hujung mata penggarit.

1.9    Gogal  adalah  alat  pelindung  mata  yang  amat  penting  untuk keselamatan.

1.10  Cermin  keselamatan  biasanya  diletakkan  pada  mesin  sebagai penghadang   atau  alat  keselamatan  yang  berkesan  terhadap pengguna.








PENILAIAN KENDIRI 1



1.1    Mengapakah    keselamatan    amat    penting    di    dalam    woksyop kejuruteraan am(memesin, Kimpalan, Menggegas dan Foundri)?

1.2    Apakah  tanggungjawab  anda  sebagai  pelajar  ketika  berada  di dalam woksyop berkaiatan dengan keselamatan?

1.2    Nyatakan    langkah-langkah    mencegah    kemalangan    am    yang bersabit dengan keselamatan diri semasa mengendalikan alat-alat mesin, peralatan, bahan-bahan dan alatan pencegahan kebakaran.

1.3    Apakah kepentingan menggunakan gogal?

1.4    Apakah kepentingan menggunakan cermin keselamatan?

1.5    Apakah kepentingan menggunakan pengawal roda pencanai?

1.7    Apakah kepentingan menjaga kebersihan woksyop?

1.8    Apakah bahaya yang akan menimpa jika salah penggunaan sarung tangan?

1.9    Apakah bahaya yang akan menimpa jika salah penggunaan kain pengesat?

1.10    Apakah  bahaya  yang  akan  menimpa  jika  menggunakan  roda pencanai tanda penghadang?

1.11    Apakah bahaya yang akan menimpa jika memakai pakaian tidak sempurna ketika berada didalam woksyop?







MAKLUM BALAS 1









1.1    Dengan    mematuhi        peraturan    keselamatan    di    dalam  bengkel sebarang        risiko    yang    melibatkan    kemalangan    jiwa    atau pencaindera, kerosakan terhadap alat, mesin akan dapat dihindari.

1.2    Menjadi  tanggungjawab  setiap  pelajar  mengetahui,  mempelajari, mematuhi    peraturan    keselamatan    dan    undang-undang keselamatan woksyop bagi menjaga keselamatan.

1.2    Langkah    keselamatan    am    bersabit    dengan    keselamatan    diri terbahagi kepada dua iaitu:

i)    Tabiat Berkerja

Para pelajar dikehendaki mempunyai semangat dan tabiat bekerja yang baik semasa di dalam  woksyop bagi mencegah kemalangan diantaranya:

i)    Mengutamakan Kebersihan dan kekemasan pakaian
ii)    Mempunyai sikap dan tanggungjawab terhadap diri sendiri iii)    Bertimbang rasa terhadap kebajikan rakan sekelas
iv)    Menumpukan sepenuh perhatian dan tenang ketika bekerja
v)    Tidak gopoh semasa melakukan sebarang kerja amali



ii ) Keselamatan Diri Sendiri

Kebanyakkan  kemalangan  berlaku  kerana  sikap  cuai  dan  tidak mengambil berat aspek keselamatan. Faktor kemalangan ini dapat dicegah dengan cara:

i)    Pakai  pakaian  keselamatan  yang  sesuai  dengan  tempat bekerja dan aktiviti amali yang dilakukan (Lihat Gambar 1.1
& 1.2). Pakaian keselamatan didalam bengkel kimpalan arka
tidak sama dengan pakaian keselamatan di dalam bengkel mesin larik.




ii)        Rambut hendaklah sentiasa kemas dan pendek. Rambut yang  panjang boleh tersangkut pada mesin yang berputar atau alat-alat lain.
iii)    Jangan bergurau senda dengan rakan samaada melibatkan peralatan woksyop ataupun tidak.
iv)    Elakkan    daripada    memakai    barang-barang    perhiasan
seperti  jam  tangan,  cincin,  rantai  kerana  barang-barang tersebut boleh tersangkut pada mesin dan alat-alat lain.

1.3    Gogal adalah alat pelindung mata yang amat penting diantaranya:

i)    Melindungi mata daripada terkena percikan bunga api ketika kimpalan gas dilakukan.
ii)    Mengelakan    daripada    kerosakan    mata    akibat    daripada
pancaran cahaya yang terang ketika melakukan kimpalan gas.
iii)    Mengelakan  daripada  terkena  tatal  tajam  ketika  operasi mesin larik.
iv)    Menyelamatkan mata daripada kecederaan jika sesuatu alat atau peralatan tajam terpelanting kearah mata.

1.5    Cermin keselamatan biasanya diletakkan pada mesin sebagai alat keselamatan yang berkesan terhadap diri diantaranya:

i)    Cermin    keselamatan    pada    CNC    mesin    akan    dapat mengelakan diri daripada terkena tatal atau serpihan tajam.
ii)    Cermin    keselamatan    pada    mesin    gerudi    akan menghindarkan diri daripada terkena percikan tatal bahan
kerja yang digerudi.
iii)    Cermin    keselamatan    pada  mesin    roda  pencanai    akan menghadang  serpihan  bunga  api  atau  bahan  kerja  yang
terpelanting kearah pengguna.

1.6    Pengawal roda pencanai akan menghalang pengguna daripada kecederaan yang lebih teruk jika roda pencanai pecah. Disamping ini ianya sebagai penghadang roda pencanai ketika ianya sedang berputar dan mengurangkan kawasan bahaya pada roda pencanai.

1.7    Keadaan  persekitaran  woksyop  yang  bersih  dan  kemas  akan memberi  situasi bekerja yang lebih selesa yang selamat. Sebagai contoh jika lantai  woksyop penuh dengan tompokan minyak ianya sudah pastinya mengundang  bahaya tergelincir dan sebagainya. Dengan situasi yang bersih alat-alat tajam  dan merbahaya dapat dilihat dengan mudah dan ini sudah pastinya dapat  mengelakan daripada bahaya.




1.8    Bahaya yang akan menimpa jika salah penggunaan sarung tangan seperti berikut:

i)    Sarung tangan boleh tersangkut pada roda pencanai    dan akan  meyebabkan  kemalangan  jika  mengasah  mata  alat dengan menggunakan sarung tangan.
ii)    Percikan api boleh masuk kedalam pergelangan tangan jika menggunakan    sarung    tangan    yang    tidak    sesuai    ketika kimpalan gas atau arka dilakukan.
iii)    Tangan  boleh  melecur  jika  memegang  bahan  kerja  panas dengan memakai sarung tangan yang tidak sesuai.

1.9    Jika  menggunakan  kain  Pengesat  ditempat  yang  tidak  sesuai kecederaan    atau    bahaya    akan    berlaku.    Sebagai    contoh menggunakan kain pengesat untuk membersihkan tatal pada mesin larik atau gerudi akan  meyebabkan tatal yang tajam tersebut akan tersangkut  pada  kain  pengesat   dan  boleh  melukakan  tangan. Mengesat bahan kerja ketika bindu mesin larik  atau mesin gerudi sedang berputar boleh mengundang bahaya, kerana kain pengesat boleh tersangkut dan menyebabkan kecederaan.

1.10  Jika menggunakan roda pencanai tanpa penghadang kemungkinan percikan  bunga  api yang keluar daripada pelelas dan bahan kerja yang dicanai terpelanting akan mengenai pancaindera pengguna.

1.11  Pakaian    keselamatan    dipakai    bagi    memastikan    persediaan keselamatan yang maksima jika sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku. Jika  memakai  pakaian keselamatan dalam keadaan tidak sempurna  kecederaan   boleh  berlaku.  Sebagai  contoh  jika  kita memakai  apron  kimpalan  arka  tanpa  mengikat  tali  pengikat  pada pinggang akan menyebabkan tali bersebut  tersangkut pada mesin yang berputar dan sebagainya.

1.9 Akibat salah penggunaan alat keselamatan

Pakaian  dan  alat-alat  keselamatan  hendaklah  digunakan  dengan betul dan sesuai dengan keadaan kerja ayang dilakukan. Jika salah menggunakan sarung  tangan, kain pengesat, roda pencanai tanpa pengadang dan memakai pakaian keselamatan yang tidak sempurna akan mengebabkan bahaya kepada diri sendiri atau rakan sekerja.




1.3.1    Sarung Tangan Keselamatan

ii)    Sarung tangan keselamatan mempunyai berbagai bentuk, saiz dan jenis  bahan yang berbeza-beza mengikut penggunaan. Sebagai  contoh  sarung  tangan  keselamatan  kimpalan  gas diperbuat daripada kain  kasar atau kulit tetapi saiznya agak kecil dan nipis. Sementara sarung  tangan keselamatan bagi kimpalan  arka  diperbuat  daripada  kulit  keras  dan  bersaiz panjang  dan  besar.  Sarung  tangan  kerja-kerja  umum  pula diperbuat daripada benang kasar. Oleh itu seseorang yang menggunakan    sarung    tangan     kimpalan    gas    untuk    kerja kimpalan    arka        kemungkinan    besar    akan    menyebabkan kecederaan. Perkara ini boleh berlaku kerana sarung tangan keselamatan  tersebut  tidak  cukup  panjang  untuk  menahan percikan api dari masuk kedalam pergelangan tangan. Sarung tangan yang tidak sesuai boleh terbakar dengan mudah ketika aktiviti  kimpalan  gas  atau  memegang  bahan  kerja  panas ketika di  woksyop foundri. Sarung  tangan boleh tersangkut pada roda pencanai dan akan meyebabkan  kemalangan jika mengasah mata alat dengan menggunakan sarung tangan.

1.3.2    Kain Pengesat

Kain pengesan sepatutnya digunakan ditempat yang sesuai seperti   membersihkan minyak, lap tangan yang basah dan sebagainya. Adakalanya jika menggunakan kain Pengesat ditempat yang tidak  sesuai  kecederaan atau bahaya akan berlaku. Sebagai contoh menggunakan kain pengesat untuk membersihkan  tatal  pada  mesin   larik  atau  gerudi  akan meyebabkan tatal yang tajam tersebut akan tersangkut pada kain  pengesat  dan  boleh  melukakan  tangan.   Mengesat bahan  kerja  ketika  bindu  mesin  larik  atau  mesin  gerudi sedang berputar boleh mengundang bahaya, kerana kain pengesat boleh tersangkut dan menyebabkan kecederaan.



1.3.3    Roda Pencanai Tanpa Pengadang

Pengadang  roda  pencanai  digunakan  untuk  mengelakan percikan bunga api yang keluar daripada pelelas mengenai pengguna.    Disamping    itu    ianya    digunakan    sebagai penghalang jika bahan kerja yang dicanai terpelanting. Jika menggunakan roda pencanai tanpa pengadang ianya adalah sangat berbahaya.




1.3.4    Pakaian Keselamatan Yang Tidak Sempurna

Pakaian  keselamatan  hendaklah  dipakai  dalam  keadaan kemas   dan  sempurna.  Ini  bagi  memastikan  persediaan keselamatan yang maksima jika sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku. Jika memakai  pakaian keselamatan dalam keadaan tidak sempurna kecederaan boleh berlaku. Sebagai contoh    jika    kita    memakai    apron    kimpalan    arka    tanpa mengikat tali pengikat pada pinggang akan  menyebabkan tali  bersebut  tersangkut  pada  mesin  ayang  berputar  dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment