Monday 30 April 2012

J1003_Teknologi Worksyop 1_UNIT2


















Mengetahui dan Memahami perkara-perkara mengenai tukul, pahat dan pengulir skru


               




Di akhir unit ini anda dapat:

#    menerangkan  jenis-jenis tukul dan kegunaannya

#    melakarkan dan menamakan bahagian –bahagian tukul bulat

#    mentakrifkan langkah keselamatan semasa menggunakan tukul

#    menamakan dan dapat membezakan jenis- jenis sudut mata pahat

#    membezakan jenis-jenis pahat dan kegunaannya

#    mengenal pengulir luar  dan dalam

#    menghuraikan  terminologi ulir skru

#    mengira  saiz gerudi untuk mengulir skru

#    melakar dan melebelkan berbagai –bagai jenis pengulir luar

#    menerangkan langkah keselamatan semasa menggunakan pengulir skru












INPUT





3.0    TUKUL

Tukul merupakan satu alat tangan yang digunakan dalam bengkel kejuruteraan . Pada amnya tukul boleh dibahagikan kepada dua jenis, tukul besi dan tukul Lembut


3.1    TUKUL BESI

Tukul besi digunakan untuk kerja kerja menggegas dan menanda. Muka dan bongkol kepala tukul di keraskan dan dibaja dengan baik supaya tidak mudah sumbing dan mengembang apabila ditukul. Bahagian keliling lubang dan leher dibiarkan lembut .  Batang tukul diperbuat dari kayu hickory,ash atau spotted gum.  Berat tukul besi ialah antara .25 kg. hingga 1.5 kg. Untuk kerja-kerja
am, tukul seberat 0.5kg hingga 1 kg. digunakan. Tukul yang ringan d gunakan untuk  kerja-kerja menanda . Menukul boleh dilakukan dengaan kuasa jentera selain dengan cara biasa, iaitu dengan tangan.


3.2    JENIS-JENIS TUKUL BESI

i. Tukul bongkol bulat ii. Tukul bongkul lurus iii.Tukul bongkol tirus


3.2.1 Tukul bongkol bulat

Bongkol kepala tukul ini berbentuk separuh bulat. Bahagian permukaan rata digunakan untuk menatal dan membuat kerja am seperti untuk menukul kepala pahat dan alat-alat menanda . Bongkol bulat pula digunakan untuk meribet.









3.2.2 Tukul bongkol lurus.

Kepala tukul ini  searah dengan paksi hulunya. Tukul jenis ini digunakan untuk menukul bahagian –bahagina yang tidak bolih dilakukan oleh tukul kepala bulat.


3.2.3 Tukul bongkol tirus.

Kepala tukul ini bersudut tepat dengan paksinya. Kegunaannya sama dengan tukul bongkol lurus. Kecuali sudut penggunaan nya berbedza. Tukul ini digunakan jika tukul kepala lurus tidak bolih digunakan.


3.3    TUKUL LEMBUT

Tukul lembut digunakan untuk menukul bendakerja yang telah siap supaya permukaan bendakerja itu tidak rosak. Tukul lembut juga terbahagi kepada tiga jenis. Iaitu:
i. Tukul bongkol kulit

ii. Tukul bongkol plastik iii.Tukul bongkol gangsa


3.3.1 Tukul bongkol Kulit

Tukul ini digunakan keatas logam lembut saperti tembaga atau loyang. Ia tidak akan meninggalkan kesan pada bendakerja. .
3.3.2 Tukul bongkol plastik pada logam yang biasa digunakan dalam bengkel. Tetapi apabila ia digunakan  pada logan yang lebih lembut, hendaklah lebih berhati-hati, supaya tidak meninggalkan kesan.
3.3.3 Tukul bongkol gangsa

Apabila tukul ini di hentak , ia tidak akan melantun saperti kedua-dua jenis tukul diatas. Hentakan yang kuat bolih dilakukan tetapi haruslah berhati-hati terhadap logam yang dihentak adalah logam lembut. Ia digunakan semasa kerja kerja pemasangan.









3.4    Langkah keselamatan semasa menggunakan tukul

i.    Pastikan bahawa batang pemegang adalah ketat kepada kepala tukul. ii.    Jangan gunakan tukul jika tangan berminyak
iii.    Kawasan kerja mestilah lapang , tidak ada apa-apa menghalang kelancaran untuk menukul.
iv.    Pastikan bahawa tidak ada sesiapa pun dibelakang semasa menukul. v.    Gunakan  ketukan yang seimbang sekadar dengan keupayaan tenaga

sendiri.


Jika anda tidak faham sila bertanya pensyarah anda
















AKTIVITI 3A


3.1    Pada amnya tukul bolih dibahagikan kepada berapa jenis. Namakan dua jenis tukul .

3.2   Lukiskan gambarajah tukul bongkol lurus

3.3   Isikan  Tempat kosong

Bil.
Jenis Tukul
Kegunaan nya
1.
Tukul Bongkol tirus
2
Tukul    jenis    ini    digunakan    untuk    menukul

bahagian-bahagian yang tidak bolih dilakukan

Oleh tukul kepala bulat
3
Tukul bongkol kulit
4
Tukul bongkol gangsa
5
Tukul  jenis  ini  digunakan  untuk  pada  logam

yang  biasa  digunakan  dalam  bengkel.Tetapi bila  digunakan pada logam yang lebih lembut hendaklah  berhati supaya tidak meninggalkan kesan





3.4.    Apakah  perlu  dilakukan  ke  atas  kepala  tukul  supaya  ianya  boleh  tahan hentaman dan tahan lama?
3.5.    Nyatakan  3 langkah keselamatan semasa mengunakan tukul



















MAKLUM BALAS 3A





3.1  Pada amnya tukul boleh dibahagikan kepada berapa jenis .

Tukul dibahagikan kepada  dua jenis i.    Tukul Besi
ii.    Tukul Lembut

3.2  Lukiskan gambarajah tukul bongkol lurus















3.3    Isikan  Tempat kosong



Bil.
Jenis Tukul
Kegunaannya
1.
Tukul Bongkol tirus
2
Tukul    jenis    ini    digunakan    untuk    menukul

bahagian-bahagian yang tidak bolih dilakukan

Oleh tukul kepala bulat
3
Tukul bongkol kulit










4
Tukul bongkol gangsa
5
Tukul  jenis  ini  digunakan  untuk  pada  logam

yang  biasa  digunakan  dalam  bengkel.Tetapi bila  digunakan pada logam yang lebih lembut hendaklah  berhati supaya tidak meninggalkan kesan



3.4    Apakah perlu dilakukan ke atas kepala tukul supaya ianya boleh tahan hentaman dan tahan lama?
Kepala tukul perlulah dikeraskan dengan cara ianya dibaja dengan baik

supaya tidak mudah pecah atau sumbing dan tahan lama.



3.5    Nyatakan  3 langkah keselamatan semasa mengunakan tukul.

Langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil ketika menggunakan tukul diantaranya ialah:
i.    Pastikan tangkai tukul melekat kuat dengan kepala tukul.

ii.    Kepala  tukul  hendaklah  dalam keadaan  yang  baik  yakni  tidak sumbing atau sompek.
iii.    Pastikan jenis tukul yang hendak digunakan bersesuaian dengan bendakerja yang hendak ditukul.









3.5    PAHAT

Pahat ditempa mengikut saiz dan bentuk yang tertentu    sebagaimana kikir pahat juga merupakan alat tangan yang di perbuat dari keluli bermutu tinggi yang dikeraskan dan di baja. Pahat adalah alat tangan yang digunakan untuk memotong,  menatal   atau  membuang  logam.  Pahat  mestilah  digunakan dengan tukul biasa atau tukul peumatik.


3.5.1. Sudut mata pahat :    Apabila hendak memahat sesuatu bahan bahan sudut-sudut yang berikut perlu diberi perhatian supaya kerja tersebut dapaat dilakukan dengan berkesan. Sudutpahat dipegang  antara 35% hingga 40%. Jika keluar daripada lingkungan  tersebut pemotongan yang tidak sempurna. Sudut pemotongan mata pahat  bergantung kepada kekerasan bahan yang
hendak dipotong.



LOGAM
SUDUT
Keluli
70%
Besi tuanganI
60%
Keluli serderhana
60%-70%
Loyang
45%-60%
Tembaga
45%
Aluminium
30%

3.4.1 Jadual sudut mata pahat

3.6.  Bahagian-Bahagian Pahat.



Mata pahat

Batang pahat



Kepala pahat






Sudut mata pemotong

Rajah: 3.44 : Nama Bahagian Pahat.









3.7    Jenis-jenis pahat

Terdapat  empat  jenis  pahat  yang  biasa  digunakan  didalam    bengkel kejuruteraan iaitu:
3.  .    Pahat mata rata

.    ii.  Pahat mata bulat

iii    Pahat mata bentuk intan

.    iv. Pahat mata lintang



3.7.1. Pahat mata rata

Pahat ini biasa nya digunakan untuk kerja-kerja am Saiz pahat yang sesuai untuk kerja-kerja am iaitu 25mm lebar dan 200mm panjang sudut mata pahat ini di canai mengikut kekerasan bahan yang hendak dipotong.


3.7.2. Pahat mata melintang

Pahat  ini  digunakan  untuk  memotong  celah  yang  tidak  dapat  dipotong dengan   pahat   rata,  memotong  alur-alur  pada  permukaan  yang  lebar, memotong alur kunci pada shaft dan takal. Pahat ini berukuran lebih kurang
200mm panjang dan 6-12mm lebar.




3.7.3. Pahat mata bulat

Pahat ini digunakan untuk memotong alur-alur minyak, membetulkan penjuru bulat pada lubang yang dalam.



3.7.4. Pahat mata bentuk intan

Pahat ini digunakan untuk membetulkan lubang-lubang yang telah teranjak pusatnya semasa hendak mengerudi, memotong penjuru yang tajam. Pahat mata bentuk intan ini bolih digunakan untuk memotong kepingan logam.









3.7.5. Pahat berkepala cendawan
Kepala pahat akan menjadi bercendawan jika ia digunakan selalu. Ini amat merbahaya kerana serpihan dari kepala bercendawan  boleh terkena angota badan kita. Oleh itu jika  terdapat kepala pahat berbentuk cendawan ianya hendaklah dicanai kebentuk asal.




Bahagian belakang pahat yang telah berbentuk seperti cendawan akibat hentaman tukul besi.


Batang pahat




Raj.3.45 Pahat berkepala cendawan

3.8.    Gaya memahat.

Gaya memahat amatlah penting    . Pahat hendaklah dipegang dibahagian kepala  dan tukul pula hendaklah di pegang dihujung batangnya. Fokuskan mata  pada garisan pemotong supaya dapat memahat dengan tepat


3.9. Langkah keselamatan semasa memahat.

i.    Jangan mengunakan pahat berkepala cendawan kerana serpihan nya mungkin akan melayang dan mengenai mata
ii.    Jangan    memegang    pahat    dengan    tangan    yang    berminyak.

Bersihkan tangan daripada minyak sebelum memegang pahat.

iii.        Bendakerja yang hendak dipahat hendaklah dipegang dengan kuat pada ragum.
iv.    Jangan gunakan pahat  yang telah rosak untuk kerja memahat.

v.        Pegang  pahat  hampir  dengan  kepalanya  dengan  kuat  apabila mengetuk.









vi.    Jangan berdiri dihadapan orang yang sedang menjalankan kerja memahat.
vii.    Semasa memahat lihat pada tempat yang hendak dipahat .



Saya perlu buat ulang kaji …..untuk masa depan saya…….














AKTIVITI 3B





3.5    Lakardan namakan bahagian-bahagian pahat









3.7    Namakan 4 jenis pahat. i.
ii. iii. iv.


3.8   Apakah kegunaan pahat mata lintang





3.9   Terangkan 5 perkara yang perlu di beri perhatian semasa menjalankan kerja memahat i.
ii.












MAKLUM BALAS 3B



3.6   Lakardan namakan bahagian-bahagian pahat





Mata pahat

Kepala pahat






Sudut mata pemotong



3.7    Namakan 4 jenis pahat..

. i.   Pahat mata rata

.    ii.  Pahat mata bulat

iii. Pahat mata bentuk intan

.    iv. Pahat mata lintang



3.8    Apakah kegunaan pahat mata lintang

Pahat ini digunakan untuk membuat alur atau peparit yang dasarnya rata kerana pahat ini bermata lebar iaitu 6 mm hingga 12mm.


3.9    Terangkan 3 perkara yang perlu di beri perhatian semasa menjalankan kerja memahat i.  Mata pahat hendaklah dalam keadaan yang tajam.
ii. Kepala pahat hendaklah dalam keadaan baik yakni tidak berbentuk kepala cendawan
iii. Bendakerja yang hendak dipahat mestilah diletakkan dengan tetap yakni diapit dengan ragum.









3.10.    PENGULIR DALAM

Pengulir dalam diperbuat daripada keluli berkarbon tinggi atau keluli tahan lasak yang dikeraskan dan dibajakan,dua atau empat lurah dipotong secara memanjang untuk mengizinkan tatal keluar dan lelehan pemotong masuk. Dihujung batang dibuat bersegi untuk membolehkan perengkoh memusingkan pengulir semasa mengulir. Pengulir dalam biasanya diperbuat dalam tiga jenis dalam satu set. Untuk pemotongan sebarang saiz. Pengulir dalam disebut tirus, sedang dan pepat atau tirus, kedua dan palam.


i.    Tirus:  mempunyai tirus dari 8 hingga 10 ulir skru dan digunakan pada permulaan mengulir. Pengulir memasuki lubang dan memotong sepenohnya.
ii.    Sedang:  mempunyai 2 atau 3 ulir skru yang ditiruskan dan digunakan selepas mengunakkan pengulir tirus. Sekiranya lubang tembus pengulir ini    tidak perlu digunakan kerana mengunakan pengulir tirus sahaja sudah memadai
iii.    Pepat:  mempunyai ulir hingga kehujung dan pengulir ini hendaklah digunakan sebagai pengulir terakhir apabila ulir skru penoh hendak dipotong hingga kedasar .


3.11.    PENGULIR LUAR

Pengulir luar ialah alat yang digunakan untuk memotong ulir skru luar, disatu permukaan pengulir  ditandakan saiz jenis ulir skru dan jarak ulir skrunya.  Di permukaan ini juga ulir skru ditiruskan sedikit untuk membolehkan pemotongan ulir skru bermula dengan mudah. Adalah sangat musahak pengulir dipasangkan ditempat yang betul didalam tonggak agar permukaan yang tirus dapat memulakan proses mengulir.











3.11.    JENIS-JENIS PENGULIR LUAR

i.    Pengulir luar padu : Digunakan untuk memotong semula atau membetulkan benang yang rosak. Saiznya tetap dan tidak boleh dilaraskan. Spana yang sesuai boleh digunakanuntuk memusingkan pengulir .


ii.    Pengulir luar bulat berbelah boleh laras: mempunya tiga skru pelaras yang membolehkan pelarasan dalam benang yang lebih atau kurang daripada dalam benang piawai. Tonggak pengulir di guanakan untuk memusingkan pengulir itu. Biasa nya digunakan benang saiz kurang daripada 12mm.






iii.    Pengulir luar bulat berbelah boleh laras:  mempunyai dua amper    pengulir  untuk tiap-tiap saiz dinomborkan 1 dan 2.
Berbagai-bagai pelarasan untuk saiz boleh dibuat . Digunakan untuk memotong ulir skru berdiameter besar.




3.13.    LANGKAH-LAGKAH MENGULIR .

i.    Pilih pengulir dalam dan perengkohnya yang betul untuk kerja yang dibuat. Gunakan pengulir dalam tirus untuk permulaan mengulir.
ii.    Masukan pengulir kedalam lubang setegak yang mungkin, tekan perengkuh kebawah dengan daya tekanan sama pada kedua pemegangnya, dan pusingkan mengikut arah pusing jam(untuk ulir skru kanan) lebih kurang dua kali.









iii.    Tanggalkan perengkoh dan periksa kepersegian pengulir (90%

dengan bahan kerja) pada dua tempat.

iv.    Sekiranya tidak tegak  tanggalkan perengkoh dan laraskan kembali pengulir itu.
v.    Apabila pengulir dalam telah mula memotong dan kepersegiannya telah diperiksa, pusingkan pengulir itu lebih kurang setengah pusingan dan pusingkan balik kebelakang untuk mematahkan tatal.
vi. Teruskan mengulir sehingga siap, gunakan pengulir kedua jika perlu, gunakan lelehan pemotong yang sesuai  semasa mengulir
iaitu:



Bahan
Jenis leleahan
Keluli, kupram,gangsa
Minyak, minyak berlarut
Aluminium
Paraffin, minyak berlarut
Loyang, Besi tuangan
Kering (tidak perlu lelehan)



i.    Apabila memotong ulir skru dilubang sekat(buntu), gunakan ketiga-tiga pengulir mengikut turutan, tirus, sedang, dan akhir sekali gunakan pengulir pepat Sebelum menggunakan pengulir pepat, keluarkan
semua tatal dari lubang dan berhati-hati apabila pengulir telah menyentuh dasar lubang, jangan di pusingkan lagi.
ii.    Berikan perhatian yang lebih apabila mengunakan pengulir yang kecil kerana ia mudah patah.


3.14.    SEBAB-SEBAB PENGULIR  DALAM PATAH

i.    Tidak mengikut aturan mengunakan pengulir, mestilah menggunakan pengulir tirus terlebih dahulu.









ii.    Memaksa pengulir itu masuk dengan memusingkannya secara berterusan, sepatutnya mestilah dipusingkan balik supaya tatal dapat di patahkah.
iii.    Menggunakan daya tekanan yang kuat semasa memusingkan pengulir.
iv.    Tidak mengunakan lelehan pemotong.

v.    Tidak mengeluarkan tatal didalam lubang semasa mengulir lubang sekat.


3.15.    SAIZ GERUDI PENGULIR DALAM

i.    Saiz gerudi pengulir dalam ialah saiz gerudi yang digunakan untuk membolehkan sebahagian daripada bahan didalam lubang tinggal agar dapat di potong oleh pengulir. Saiz gerudi tersebut mestilah lebih kurang sama dengan garispusat kecil


ii.    benang . Garispusat kecil boleh didapati dengan menolakan 2 kali dalam benang dari garispusat besar benang contoh 1.




Saiz gerudi (SG) untuk benang M 20 x 2.5mm

SG  = 20-2(0.5413 x 2.5)

= 20-2.71

= 17.29 mm.



Oleh itu , saiz mata gerudi yang dipilih mestilah yang paling    amper besar dengan 17.29mm. Dari segi teori nya, saiz gerudi  mestilah sama dengan saiz









garispusat kecil benang tersebut tetapi dari segi pratikal nya, pengulir di samping memotong ia juga mengesel puncak benang .  Sekira nya saiz lubang gerudi tidak dibesarkan sedikit, maka ini boleh menyebabkan pengulir itu tersepit atau patah. Oleh yang demikian rumusan untuk saiz gerudi pengulir dalam yang mudah di ingati dan yang akan memberikan 92% saiz benang penuh ialah:
SG  = Garispusat besar –jarak benang.

Maka itu, saiz gerudi untuk benang M20 x 2.5

SG  = 20 – 2.5

= 17.5 mm.



3.16.    TERMINOLOGI ULIR SKRU



3.16.1. Garispusat besar: ialah garispusat yang paling besar bagi skru atau nat.Garispusat ini juga di kenali sebagai garispusat luar atau namaan.


3.16.2. Garispusat kecil : ialah garispusat yang paling kecil pada ulir luar atau dalam.




3.16.3. Garis pusat Pic Ulir : ialah garispusat selinder bayangan(tidak dapat dilihat) yang melalui benang pada satu titik dimana lebar benang adalah sama.









3.16.4. Jarak ulir : ialah jarak dari satu titik pada ulir kesatu titik yang sama diulir yang berikutnya, diukur selari dengan paksi.


3.16.5. Maju ulir :  jarak benang sekeru itu maju kehadapan pada paksinya dalam satu pusingan. Pada benang satu punca
majunya adalah sama dengan jaraknya benang. Pada benang dua punca majunya  adalah dua kali jarak benang. Pada benang
tiga punca, majunya adalah tiga kali jarak benang.







No comments:

Post a Comment