Saturday 5 September 2009

UNIT2

KONSEP-KONSEP ASAS MORAL                            A 1002 / Unit2/ halaman 9

UNIT 2

OBJEKTIF AM

Memahami konsep, teori dan perbezaan di antara moral dan etika

 



KONSEP-KONSEP ASAS MORAL

2

Unit

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

OBJEKTIF KHUSUS

 

 

 

Di akhir unit ini anda dapat :

 

    • menyenaraikan kepentingan Moral dan Etika
  • membezakan di antara konsep nilai Baik, Benar dan Patut.
  • membezakan di antara Teori Moral dan Pemikiran Moral.
  • mencetuskan idea berkaitan dengan agama yang dianuti.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 



INPUT

 

 

 

 

 

 

  1. PENGENALAN

 

  • Konsep-konsep asas moral adalah merupakan asas pemahaman kepada pendidikan moral. Dengan memahami konsep-konsep ini, pelajar dapat mengamalkan nilai-nilai moral dalam kehidupan seharian.

 

  • Konsep- konsep asas moral meliputi topik-topik berikut :
  1. Perbezaan antara etika dan moral.
  2. Konsep Akhlak, Kemoralan, Pendidikan Moral, Agama / Kepercayaan
  3. Konsep  nilai ‘baik’, ‘benar’ dan ‘patut’
  4. Teori-teori Moral
  5. Pemikiran Moral

 

 

2.1. PERBEZAAN ANTARA ETIKA DAN MORAL

 

Moral berasal dari perkataan Latin iaitu ‘moralis’ yang bermaksud tingkahlaku yang sejajar dan sesuai dengan tatasusila dan peraturan sesebuah masyarakat. Etika didefinisikan sebagai :

 

      1. sains moral yang mengkaji mengenai nilai-nilai moral yang terdapat di dalam masyarakat sama ada baik atau buruk
      2. perkataan etika berasal daripada Greek ‘ethos’ bermaksud satu cara hidup
      3. satu susunan peraturan tingkahlaku untuk melicinkan perjalanan sesuatu pentadbiran  atau pengurusan seperti kod etika perguruan, perubatan, guaman, perakaunan dan lain-lain.

 

Etika pada amnya dibahagikan kepada dua bahagian iaitu etika deskriptif/metaetika dan etika normatif.

 

 

 

 

 

 

Sejarah etika dibahagikan kepada :

 

  1. Etika Para Rasul
  2. Etika Hindu
  3. Etika Buddha
  4. Etika Kung Fu Tze
  5. Etika Greek Kuno
  6. Etika Ulama Islam

.

2.2. KONSEP AKHLAK, KEMORALAN, PENDIDIKAN MORAL, AGAMA / KEPERCAYAAN

 

 

  1. Konsep akhlak 

 

Dalam bahasa Arab bermaksud budi pekerti seseorang individu. Ia merujuk kepada kelakuan atau watak atau gerak geri seseorang itu.Istilah akhlak tidak membawa maksud kelakuan yang baik atau buruk. Ia hanya membawa maksud kelakuan sahaja.Sebaliknya istilah moral sentiasa dikaitkan dengan tingkahlaku yang sesuai dengan peraturan masyarakat.

 

  1. Konsep kemoralan

 

Kemoralan merupakan sesuatu yang berkait dengan peraturan-peraturan masyarakat yang diwujudkan di luar kawalan individu.Dorothy Emmet(1979) mengatakan bahawa manusia bergantung kepada tatasusila, adat, kebiasaan masyarakat dan agama bagi membantu menilai tingkahlaku seseorang.

 

  1. Konsep Pendidikan Moral

 

Pendidikan moral merupakan mata pelajaran yang menekankan aspek-aspek kerohanian, kemanusiaan dan kemasyarakatan.Tumpuan khusus akan diberikan kepada pemupukan, penghayatan dan amalan nilai murni yang terdapat dalam agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum di Malaysia, sejajar dengan nilai murni sarwajagat. Pemupukan dan penghayatan nilai-nilai ini akan menyumbang kearah pembentukan insan yang mulia dan bertanggung jawab selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara. Masyarakat yang berilmu, bertatasusila, berbudi dan penyayang akan memenuhi hasrat negara bagi mewujudkan masyarakat yang aman dan kondusif.

 

  1. Konsep agama / kepercayaan

 

Agama mempunyai ajaran, peraturan dan perlakuan yang tercatat dalam kitab-kitab suci agama masing-masing. Allan Harris berkata bahawa agama mempunyai sejarah, cara hidup, nilai peraturan, psikologi kepercayaan dan hukum-hukum yang perlu dipatuhi oleh pengikutnya. Ia juga mempunyai pengasas atau penyuruh yang agung serta masyhur.

 

 

2.3. KONSEP  NILAI ‘BAIK’, ‘BENAR’ DAN ‘PATUT’

Anda perlu jadi manusia yang sepatutnya baik dan benar

 

  1. Konsep Baik

 

Menurut kamus pelajar baru perkataan baik membawa memberi faedah atau bagus apabila menggunakannya. Huraian baik di atas menunjukkan kepada perasaan dalaman individu terhadap sesuatu yang telah digunakannya. Sebenarnya idea baik itu boleh memberi makna yang berbeza mengikut situasi atau konteks tertentu seperti :

 

    1. baik dalam konteks pemilihan
    2. baik dalam konteks nasihat
    3. baik sebab memuji dan bersetuju
    4. baik kerana menghargai
    5. baik dalam hukuman dan nilaian serta tafsiran
    6. baik disifatkan kerana kecekapan

 

 

  1. Konsep Benar

 

Menurut Kant, sesuatu tingkahlaku itu adalah betul sekiranya ia sejajar dengan tugas atau tanggungjawab dan salah sekiranya ia bertentangan. Bagi G.E Moore(ahli falsafah Inggeris) sama ada sesuatu pelakuan dilabel benar atau salah adalah bergantung kepada darjah keseronokan yang dihasilkan. Mengikut pandangan beliau hanya keseronokan mempunyai kebaikan instrinsik.

 

 

  1. Konsep Patut

 

Dalam etika , patut digunakan dalam tiga aspek yang berlainan. Cuba lihat pada situasi-situasi berikut :

  1. ‘Tindakan patut kita dilakukan’ bermakna seharusnya dipilih setelah menimbangkan semua perkara atau tindakan alternative lain. Tetapi tindakan tersebut perlu diberitahu oleh seorang individu yang mengetahui segala-galanya.
  2. Dalam bidang falsafah dan perbincangan biasa, istilah patut juga digunakan untuk membawa maksud ‘jangan melakukan sesuatu yang seseorang itu patut…’. Ini bermakna dia patut membuat sesuatu yang salah, iaitu apa yang dia patut ‘jangan lakukan’.
  3. Perhatikan lagi penggunaan patut di dalam ayat berikut : ‘Tindakan yang patut saya lakukan’. Ia bermakna satu tindakan yang digemari oleh saya walaupun ia mungkin bukan tindakan yang unggul.

 

 

 

 

 



AKTIVITI 2A

 

 

 

Eh, boleh jawab ke.. cuba, try, test tengok ! ada nasib betui la tuu..

 

2.1.   Etika didefinisikan sebagai sains moral dan prinsip-prinsip moral.

Jelaskan dengan lebih lanjut definisi etika.

 

 

 

 

2.2.   Akhlak berasal daripada bahasa Arab.

Terangkan secara terperinci maksud perkataan akhlak itu.

 

 

 

 

2.3.  Mengikut kamus pelajar baru (1989) perkataan baik membawa berbagai maksud mengikut situasi tertentu.

Jelaskan konsep baik dalam konteks kecekapan.

 

 

 

 

 

 

 

                                                       



 

           MAKLUMBALAS 2A

2.1.  Definisi etika :

  1. sains moral yang mengkaji mengenai nilai-nilai moral yang terdapat di dalam masyarakat sama ada baik atau buruk
  2. perkataan etika berasal daripada Greek ‘ethos’ bermaksud satu cara hidup
  3. satu susunan peraturan tingkahlaku untuk melicinkan perjalanan sesuatu pentadbiran  atau pengurusan seperti kod etika perguruan, perubatan, guaman, perakaunan dan lain-lain.

 

2.2. Perkataan akhlak membawa maksud kelakuan atau watak atau gerak geri seseorang itu. Istilah akhlak tidak membawa maksud kelakuan yang baik atau buruk. Ia hanya membawa maksud kelakuan sahaja.Sebaliknya istilah moral sentiasa dikaitkan dengan tingkahlaku yang sesuai dengan peraturan masyarakat.

 

2.3. Konsep baik dalam konteks kecekapan ialah sesuatu yang baik menunjukkan benda atau orang itu boleh membuat tugasannya dengan cekap seperti pisau itu baik bermakna bahawa pisau itu tajam.

 

 

 

 

 

 

 

 

 



INPUT

 

 

 

 

 

 

 

 

2.4. TEORI-TEORI MORAL   

 

  1. Penaakulan moral

 

Bermakna kebolehan seseorang berfikir secara logik terhadap sesuatu isu moral berdasarkan pertimbangan moral. Pada masa penaakulan moral seseorang individu perlu mempunyai kebolehan dalam :

 

  1. memahami sesuatu isu moral
  2. mengenal pasti alternative yang ada dan kesannya
  3. memberi pertimbangan yang adil dan objektif terhadap setiap pilihan alternative itu
  4. memikirkan konsep nilai moral sejagat dan rasional

 

  1. Emosi moral

 

Bermaksud perasaan atau reaksi seseorang individu terhadap sesuatu tindakan atau pemikiran moral.

 

  1. Tingkahlaku moral

 

Merujuk kepada segala kelakuan dan perbuatan yang dilakukan oleh individu dan berdasarkan nilai dan norma masyarakatnya.

 

  1. Justifikasi moral

 

Bermakna alasan-alasan yang menjadikan sesuatu itu wajar dilakukan.

 

  1. Dilema/konflik moral

 

Apabila seseorang individu terpaksa membuat pilihan antara beberapa alternatif dan semua alternatif ini melibatkan nilai-nilai moral.

 

 

 

 

 

2.5  PEMIKIRAN MORAL

 

  1. Pemikiran rasionalis

 

Berasal dari perkataan Latin ‘ratio’ membawa maksud sebab. Tindakan atau tingkahlaku moralnya berasaskan hasil daripada pemikiran rasionalnya membawa ia berfikiran secara waras atau rasional.

 

  1. Pemikiran Intuisionis

 

Intuisi berasal dari perkataan latin ‘intueor’ yang bermaksud saya memandang tepat pada sesuatu. Ia merupakan satu proses melihat atau memahami secara intelek.

 

  1. Pemikiran Emotivis

 

Merupakan aliran pemikiran berdasarkan kepada perasaan. Perasaan ini boleh dibahagikan kepada yang menyenangkan  tau sebaliknya.

 

  1. Pemikiran Naturalis

 

Aliran pemikiran yang berusaha untuk menggambarkan sesuatu dalam keadaan yang sebenar.

 

 

 

 

Faham ke tak faham kome ni !

Kalau dah. mari kita ke aktiviti di sebelah !

Mari, mari, mari…

 

 

 

 

 

 

         



AKTIVITI 2B

 

 

 

Apabila kita pergi melawat rumah warga tua kita dapati bahawa ramai daripada penghuninya telah berkorban untuk anak-anak mereka. Malangnya apabila anak-anak mereka telah mendapat pendidikan dan pekerjaan yang sempurna, mereka tidak lagi bersedia untuk menjaga ibu bapa mereka. Mereka beranggapan ibu bapa mereka sebagai satu bebanan kerana terpaksa menyediakan tempat tinggal, pakaian dan makanan.

 

 

 

 

 

 

 

2.1 Berdasarkan petikan di atas, bagaimanakah pandangan anda terhadap anak-anak yang menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang tua.

 

 

 

 

2.2. Pemikiran moral adalah penggunaan akal untuk menyelesaikan beberapa perkara. Pemikiran seseorang adalah berbeza daripada orang lain disebabkan pengaruh daipada beberapa aspek.

Sebut dan jelaskan perkara-perkara yang mempengaruhi pemikiran seseorang individu.               

 

 

 

 

 

                                                                                     

 

 

 



 

           MAKLUMBALAS 2B

 

 

 

2.1. Dari segi penaakulan moral, kita berpendapat cara ini tidak berpatutan malahan tidak bermoral. Anak itu sampai hati menyerahkan beban kepada pihak kerajaan atau badan sukarela. Berdasarkan penaakulan moral ini kita bersimpati dengan ibu bapa dan mungkin akan melabelkan anak itu sebagai seorang yang tidak tahu mengenang budi.

 

 

2.2. Perkara-perkara yang mempengaruhi pemikiran seseorang itu ialah berhubung rapat dengan suasana hidupnya, pendidikan keluarganya, pendidikan yang diterimanya, pengaruh orang-orang yang berinteraksi dengannya dan lain-lain unsur-unsur kompleks.

 

 

 

Aku ni kalau nak cerdik kena banyak buat penaakulan moral nampaknya..

 

 

 

 

 



                                                        PENILAIAN KENDIRI

 

 

 

 

UNTUK MENGUKUR PRESTASI ANDA, ANDA MESTILAH MENJAWAB SEMUA SOALAN PENILAIAN KENDIRI INI UNTUK DINILAI OLEH PENSYARAH ANDA.

 

 

 

 

  1. Moral ditakrifkan sebagai tingkah laku atau amalan yang sejajar dengan tatasusila dan undang-undang masyarakat. Tatasusila dan undang-undang masyarakat Malaysia merangkumi segala nilai-nilai murni. Sesuatu amalan atau tindakan yang dikatakan bermoral pula boleh dilihat dari segi reaksi individu terhadap beberapa situasi.

Jelaskan situasi-situasi terhadap tindakan-tindakan yang dikatakan bermoral.

 

Ia merupakan sesuatu yang berkait dengan peraturan-peraturan masyarakat yang diwujudkan di luar kawalan individu itu.

  1.  

 

 

 

Petikan di atas merupakan konsep ...

 

    1. kemoralan
    2. akhlak
    3. pendidikan moral
    4. agama/kepercayaan

 

  1. Ikan hidup di dalam air.

Kenyataan ini menjelaskan tentang konsep...

 

    1. baik
    2. benar
    3. patut
    4. kenyataan

 

  1. Ramai orang menangis di atas kematian Puteri Diana di Perancis dalam satu kemalangan jalanraya.

Kenyataan ini menggambarkan tentang ...

 

    1. perlakuan moral
    2. penaakulan moral
    3. emosi moral
    4. justifikasi moral

 

  1. Pemikiran intuisionis merupakan aliran berdasarkan gerak hati. Dengan itu setiap tindakan seseorang itu sentiasa berlandaskan kepada apa yang dirasai di dalam hati.

Berikan satu contoh berkaitan pemikiran tersebut.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 



TAHNIAH!

Anda telah berjaya menyelesaikan semua soalan dalam penilaian kendiri.

 

Sila semak jawapan anda pada maklumbalas untuk memastikan jawapan anda adalah betul.

 

 

 

 

 

 

 

 

 



MAKLUMBALAS KEPADA PENILAIAN KENDIRI

 

 

 

  1. Situasi terhadap tindakan bermoral :
  1. Pengawalan diri terhadap sesuatu keinginan nafsu
  2. Kawalan terhadap keperluan fizikal
  3. Bertindak secara rasional terhadap sesuatu keputusan moral
  4. Sentiasa menjaga atau bertindak dalam keadaan yang berdisiplin

 

  1. A. Kemoralan

 

  1. B. Benar

 

  1. C. Emosi moral

 

  1. Contoh pemikiran intuisionis – Dua orang adik beradik sedang membuat kerja sekolah dan adiknya tidak dapat menyelesaikan masalah matematik, lalu bertanya kepada abangnya. Pada pendapat abangnya soalan itu sangat mudah, tetapi adiknya masih tidak faham. Abangnya pun berkata ‘Alah bodoh betul awak ni , soalan semudah ini pun tak faham’.

Itu lah aku.. suruh baca tadi tak nak.. ha, la ni kan dah tak leh jawab ! baru padan muka aku..

Unit 2-9


No comments:

Post a Comment