Saturday 5 September 2009

UNIT6

DASAR UTAMA MEWUJUDKAN MASYARAKAT MALAYSIA              A 1002 / Unit6/ halaman 18

UNIT 6


DASAR UTAMA MEWUJUDKAN MASYARAKAT MALAYSIA

6

Unit

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

OBJEKTIF AM

Memahami dasar utama untuk mewujudkan  masyarakat Malaysia

 

 

 

 

 

 

 

 

OBJEKTIF KHUSUS

 

 

 

Di akhir unit ini anda dapat :

 

  • menerangkan dasar-dasar di dalam Dasar Pelajaran Malaysia
  • menjelaskan Dasar Ekonomi di Malaysia
  • menjelaskan Rancangan lima tahun Malaysia.
  • menerangkan Wawasan 2020

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

INPUT

 

 

 

 

 

 

  1. PENGENALAN

Bagi sesebuah negara yang ingin maju ia perlu melaksanakan beberapa program dan pelaksanaan yang  rapi demi mencapai kejayaan bagi menjamin kesejahteraan rakyatnya.Kerajaan mempunyai wawasan untuk memajukan negara ini. Oleh itu kerajaan telah merancang beberapa dasar dan rancangan tertentu dengan pelbagai strategi diantaranya  ialah :

 

a.  Dasar Pelajaran Kebangsaan

b.  Dasar Ekonomi Negara

c.  Rancangan Lima Tahun Malaysia

d.  Wawasan 2020

 

6.1. DASAR PELAJARAN

 

Latar belakang

 

Pembentukan dasar dan sistem pendidikan biasanya mempunyai hubungan erat dengan perkembangan politik dalam negeri, samada negeri itu dijajah mahupun merdeka.Pemerintahan kolonial Inggeris menyedari pentingnya pendidikan moden yang lengkap dan menyeluruh untuk pembinaan dan pembangunan Tanah Melayu, namun mereka tidak melakukan sesuatu bagi perkembangan pendidikan . Ini adalah disebabkan mereka mementingkan politik panjajah daripada kepentingan pendidikan .

       Di Malaysia, kesukaran membentuk keperibadian nasional kerana lanjutan sistem pendidikan zaman penjajah Inggeris yang sukar dikikis. Sistem pendidikan zaman penjajah tidak bertujuan membentuk keperibadian national  sebagaimana rakyat Malaya di kalangan orang Melayu, Cina dan India.Sekolah-sekolah Melayu, Cina dan India di biarkan berkembang secara bersendirian.Laporan Barnes 1949 hanya khusus mengkaji system pelajaran disekolah –sekolah Melayu.Laporan Fenn-Wu 1951 pula menyokong pelajaran berasingan bagi orang Cina dengan menggalakan perkembang sekolah Cina secara berasingan.Dasar Pelajaran Inggeris digunakan untuk muslihat politiknya-pecah dan perintah-yang menghasilkan kesan yang amat ketara kepada corak politik,ekonomi dan social negara ini.Rakyat pada masa itu bukan sahaja tidak bersatu dan tidak berkeperibadian national,malah terpisah-orang Melayu tinggal di desa sebagai petani,orang Cina menetap di Bandar sebagai pedagang dan bekerja di lombong bijih timah dan orang India menjadi boroh dan bekerja di ladang getah.

        Pihak penjajah yang mengamalkan dasar ‘Pecah dan Perintah,kegiatan ekonomi mengikut garis etnik, dasar pelajaran yang liberal dan masyarakat yang terbuka telah menyebabkan masalah perkauman di negara kita.Selepas merdeka system pendidikan yang focus kepada orang Melayu menjadi system pendidikan Persekutuan Tanah Melayu.Sistem pendidikan ini telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka dan menambahkan lagi masalah perkauman akhirnya tercetus rusuhan kaum semasa pembetukan Negara Malaysia pada tahun 1957,1967 dan peristiwa 13 Mei 1969.

         Melihat kepada apa yang berlaku kerajaan bercita-cita mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang bersatu padu,aman dan makmur.Bagi mencapai matlamat itu kerajaan telah menggariskan satu dasar melalui system pendidikan yang dinamakan Dasar Pendidkan Kebangsaan.

 

Matlamat dan Usaha.

 

Laporan Razak dan Rahman Talib telah menjadi batu asas dalam matlamat integrasi berbagai kaum di Malaysia.Laporan ini telah mencadangkan supaya akhirnyanya nanti lahir satu bahasa pengantar di sekolah-sekolah,iaitu Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang tunggal dalam sistem pendidikan di Negara ini.

           Dasar Pelajaran Kebangsaan kita bermula dengan pelaksanaan Penyata Razak 1958 yang dengan tegas menyatakan:

 

“Tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud hendak menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan p[elajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar,walaupun perkara ini tiada dapat dilaksanakan dengan serta merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur.”

 

                                                                                               (Penyata Razak perenggan 12)

 

 

Objektif

 

Objektif dasar ini dinyatakan dalam pendahuluan kepada Akta Pelajaran, 1961, iaitu :

 

‘ BAHAWASANYA dasar pelajaran seperti yang diisytiharkan dalam ordinan pelajaran, 1957 ialah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politiknya...’

 

Objektif ini dinyatakan secara am tetapi dalam melaksanakannya, Kementerian Pendidikan dengan berpandukan kepada Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960, telah mentafsirkannya sebagai menyatu padukan kanak-kanak sekolah berbilang kaum dan menyediakan tenaga kerja (‘tenaga rakyat’, istilah yang digunakan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet) bagi keperluan ekonomi.

Seterusnya, objektif-objektif ini di diperkhususkan lagi apabila Jawatankuasa Kabinet  ditubuhkan dan bidang tugasnya ditetapkan. Ini mencerminkan hasrat bahawa Dasar Pendidikan diharapkan dapat memenuhi keperluan tenaga rakyat negara ini dalam jangka panjang dan pendek dan melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih.

 

 

Strategi Pelaksanaan

 

Beberapa strategi telah digubal untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan yang telah ditetapkan seperti berikut :

a.   Menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama

b.   Mengadakan kurikulum yang sama dan beroreintasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah

c.   Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua

d.   Melicinkan tata cara pengurusan pendidikan

e.   Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengna menyediakan pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu

f.   Mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun

g.   Mendemokrasikan pendidikan sari segi peluang dan mutu dengan mengagihkan peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas kepada kumpulan yang kurang bernasib baik dan kawasan luar bandar atau pedalaman

h.   Menyediakan pendidikan rendah mengikut kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang berasaskan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira pada tahun 1983 yang menjurus kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989. Matlamat utama kurikulum baru ini adalah untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dan mempunyai moral serta nilai etika yang kukuh.

i.   Memperluaskan pendidikan vokasional dan teknik melalui penyususnan semula kurikulum sekolah vokasional pada tahun 1978

j.   Mempelbagai dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan di peringkat universiti terutama dalam bidang sastera gunaan dan sains gunaan

k.  Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin

l.   Menjadikan bahasa kebangsaan dan bahasa inggeris sebagai mata pelajaran yang wajib diajar disekolah-sekolah dan memberi peluang yang sempurna bagi pembelajaran bahsa-bahasa lain seperti bahasa cina dan bahasa tamil

m. Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yang memupuk disiplin, seperti pasukan kedet tentera, kadet polis, pengakap, puteri islam dan lain-lain.

 

 

 

 

 

6.2 DASAR EKONOMI NEGARA       

 

6.2.1 DASAR EKONOMI BARU (DEB)

 

Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang telah dilaksanakan bagi tempoh 1971 hingga 1990 ialah satu rancangan pembangunan ekonomi dan perpaduan negara dalam masyarakat berbilang kaum. Ia mengandungi dasar-dasar dan strategi-strategi untuk mempercepatkan pembangunan sosio ekonomi dan dalam masa yang sama menentukan perkhidmatan-perkhidmatan pengagihan peluang yang saksama untuk menyertai dan mendapatkan faedah daripada proses pembangunan. DEB telah diperkenalkan kerana, walaupun semenjak merdeka Malaysia telah mencapai kadar pertumbuhan ekonomi agak tinggi dan perkembangan seperti pendidikan kesihatan, bekalan air dan api, pengangkutan dan perhubungan masih terdapat masalah kemiskinan yang ketara dan guna tenaga yang rendah terutamanya di kalangan bumiputera dan ketidakseimbangan dari segi pendapatan dan ekonomi antara pelbagai kaum. Oleh yang demikian DEB telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk menguruskan proses pembangunan negara melalui pewujudan persekitaran sosio ekonomi yang menyediakan peluang-peluang untuk memajukan semua warga negara Malaysia.

 

MATLAMAT DEB

 

  1. Membasmi kemiskinan dikalangan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum
  2. Menyususn semula masyarakat supaya pengenalan kaum mengikut kegiatan ekonomi dan kedudukan geografi dapat dikurangkan dan dihapuskan.

 

Kedua-dua matlamat tersebut dicapai melalui dasar program dan projek yang digubal untuk :

    1. Menambah peluang pekerjaan kepada kadar yang cukup untuk mengurangkan tahap pengangguran semasa dan akhirnya mencapai guna tenaga sepenuhnya.

 

    1. Meningkatkan produktiviti dan pendapatan mmereka yang terlibat dalam aktiviti yang memberi pulangan yang rendah di bandar dan diluar bandar dengan meningkatkan peluang menambah kemahiran ,pengunaan tanah dengan penggunaan teknologi moden,modal dan sumber-sumber lain yang akhirnya mengurangkan guna tenaga yang rendah.

 

    1. Memperluaskan  peluang-peluang bagi mereka yang terlibat dalam aktiviti yang kurang produktif supaya beralih kepada aktiviti –aktiviti yang lebih prodaktif seperti pertanian,perhutanan,perikanan,perlombongan,pembinaan,pengangkutan,perkilangan,perdagangan dan industri.

 

    1. Mengurangkan taburan pendapatan yang tidak seimbang antara kelas,pendapatan dan kaum.

 

    1. Memodenkan kehidupan luar bandar dan memperbaiki keadaan hidup golongan miskin di kawasan bandar melalui pemberian perkhidmatan sosial yang banyak seperti rumah awam,elekterik,bekalan air paip,pengangkutan,kesihatan dan perubatan,rekreasi dan kemudahan sosial.

 

    1. Menggalakan pewujudan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputra (MPPB)supaya dalam tempoh satu generasi mereka akan memiliki dan menguruskan sekurang-kurangnya 30% aktiviti perdagangan dan perindustrian negara dalam semua kategori dan saiz operasi .

 

    1. Menentukan bahawa guna tenaga dalam semua sektor ekonomi dan peringkat pekerjaan mencerminkan komposisi kaum.

 

    1. Memperbanyakkan kemudahan-kemudahan pendidikan dan latihan,kemudahan-kemudhan sosial lain dn infreastruktur fizikal negara untuk menyokong pencapaian objektif-opjektif pembangunan negara.

 

 

6.2.2  UNIT PERANCANGAN EKONOMI NEGARA  (UPEN)

 

UPEN adalah satuegensi yang bertanggung jawan keatas perancangan sosio ekonomi negeri,ia memainkan peranan yang besar  dan penting dalam konteks merealisasikan pembangunan ekonomi yang mampan yang menyumbang kepada kesejahteraan rakyat.

 

Peranan utama UPEN

 

a. Jentera perancangan

 

Ia meliputi proses perancangan iaitu Projek Plainning Cycle yang merangkumi pengecaman projek, penyediaan projek, Projek Approvali, pelaksanaan dan Monitoring And Evalutian. Semua program ,projek dan rancangan pembangunan adalah perlu dibawa untuk dipertimbangkan dan mendapat kelulusan kerajaan negeri.

 

b. Penyediaan perancangan  lima tahun dan kajian semula separuh penggal (Mid Term Review).

 

UPEN terlibat secara langsung dalam menyediakan dan menyelaraskan penyediaan Rancangan Lima tahun di bawah Rancangan Lima Tahun Negara bermula daripada rancangan Malaysia kedua hinggalah kepada Rancangan Pembangunan Lima Tahun semasa iaitu Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000). Kerajaan pusat telah meluluskan peruntukan pembangunan kepada Kerajaan Negeri di bawah setiap rancangan Pembangunan Lima Tahun Negara.

 

 

c. Pengubahan dasar dan strategi pembangunan.

 

UPEN bertanggungjawab menyediakan Dasar Pembangunan Ekonomi Makro dan juga sektoral bagi negeri Kelantan serta strategi pembangunan. Sebagai contohnya dasar yang telah digubal ialah Dasar Pertanian, Dasar Pelancongan, Dasar Perindustrian, Dasar Pembangunan, Dasar Penswastaan dan lain-lain. Dasar dan strategi pembangunan menjadi garis panduan kepada perancangan dan pelaksanaan projek-projek pembangunan oleh sektor awam dan swasta di negeri ini.

 

d. Resourse Agensi/Penasihat ekonomi

 

Kerajaan Negeri ialah EXCO ataupun Jawatankuasa EXCOmerujuk kepada sebarang isu dan perancangan pembangunan ekonomi serta cadangan pelaburan atau projek oleh sektor swasta, jabatan dan agensi kerajaan kepada UPEN bagi mendapat pandangan dan nasihat serta perakuan. Disamping itu jabatan dan agensi kerajaan juga membuat rujukan kepada UPEN mengenai cadangan projek atau masalah perlaksanaan projek mereka.

 

e. Pusat pelaburan negeri

 

Pusat Pelaburan Negeri membantu, menyelaras dan memproses permohonan pelaburan oleh pihak swasta. Pusat ini berfungsi sebagai ‘Serenti’ bagi pelaburan di Negeri Kelantan. Pusat ini menyediakan panduan pelaburan di Negeri Kelantan dan peluang-peluang pelaburan di Negeri Kelantan. Menerusi pusat ini Kerajaan Negeri telah meluluskan sebanyak 50 projek pembangunan pihak swasta di pelbagai sektor. Contohnya projek pembangunan ladang hutan, Pelabuhan Tumpat, Bandar Baru Pengkalan Kubor, Bandar Perikanan Tok Bali, Projek Industri Petroleum di Pantai Senok, Bachok, Projek Kilang simen di Gua Musang dan sebagainya.

 

f. Pusat Maklumat Negeri

 

Maklumat / data sosio ekonomi negeri disedia dan dikumpulkan oleh Pusat Maklumat Negeri. Data dan maklumat ini adalah menjadi input yang penting kepada jabatan dan agensi kerajaan serta pihak swasta dalam menyediakan rancangan dan projek masing-masing.

 

g. Urusetia Jawatankuasa-Jawatankuasa “EXCO”

 

Majlis  Mesyuarat Kerajaan (EXCO) UPEN telah ditugaskan untuk mengurussetiakan empat Jawatankuasa EXCO sepertimana berikut:

 

  1. Jawatankuasa Perancang,Keewangan dan Pentadbiran Awam.
  2. Jawatankuasa Perdagangan,Perindustrian,Pembangunan Usahawan dan Sumber                     Manusia.  
  3. Jawatankuasa Pertanian,Pembangunan Luar Bandar dan Industri Desa.
  4. Jawatankuasa Kerjaraya,Kemudahan Awam,Kebudayaan dan Pelancongan.

 

Setiap jawatankuasa EXCO yang berkenaanjuga bertanggongjawab menggubal dasar sektor mempastikan dasar dan strategi sektor diikuti  oleh jabatan,agensi dan pelabur-pelabur swasta dan menyelesaikan sebarang masalah yang berbangkit dengan sektor mereka.

 

h. Menyediakan Plan Induk Pembangunan Negeri yang merangkumi Sektoral dan spatial.

 

UPEN menyelaras dan menyediakan Pelan Pembangunan Ekonomi Negeri yang meliputi Pelan induk Pembangunan Ekonomi Negeri, Pelan Pembangunan Sektoral dan Pelan Pembangunan  Spatial. Kebanyakan pemyediaan pelan-pelan ini melibatkan pembabitan ‘pakar-pakar’ perunding dan UPEN berperanan membuat penyelarasan dan memandu pelaksanaan kajian, di samping menjadi ‘counterpart’.-

 

 

 

6.3 RANCANGAN LIMA TAHUN

 

Pengenalan

 

Malaya(Malaysia) adalah sebuah negara yang dijajah oleh kolonial Inggeris sejak menduduki Pulau Pinang pada tahun 1786.Semua pembangunan yang dijalankan di Tanah Melayu adalah bagi kepentingan mereka sendiri bukannya untuk rakyat peribumi.Walaubagaimanapun tugas merancang pembangunan ekonomi di negara ini mula diterima sebagai tanggungjawab kerajaan sejak tahun 1950-an lagi,iaitu dengan lahirnya Rancangan Lima Tahun Malaya(1956-1960).

 

 

 

Matlamat

 

Matlamat Rancangan Lima Tahun Malaysia adalah untuk :

1.  menghasilkan lebih banyak hasil kerajaan.

2.  memperbanyakkan peluang guna tenaga.

3.  meningkatkan taraf hidup rakyat luar bandar.

4.  meninggikan daya pengeluaran.

5.  mempelbagaikan ekonomi negara.

 

Rancangan LimaTahun Malaya / Malaysia.

 

1. Rancangan Malaya Pertama                    (1956-1960).

2. Rancangan Malaya Kedua              (1961-1965).

3. Rancangan Malaysia Pertama                    (1966-1970).

4. Rancangan Malaysia Kedua                      (1971-1975).

5. Rancangan Malaysia Ketiga           (1976-1980).

6. Rancangan Malaysia Keempat                    (1981-1985).

7. Rancangan Malaysia Kelima          (1986-1990).

8. Rancangan Malaysia Keenam         (1991-1995).

9. Rancangan Malaysia Ketujuh         (1996-2000).

 

Ketujuh-tujuh rancangan ini membawa beberapa objektif yang telah diputuskan dan dipersetujui oleh pelbagai pihak di Parlimen .Sebagai langkah awal pihak kerajaan percaya matlamat perancangan ini boleh dicapai melalui satu pembentukan rangka kerja dengan pelaksanaannya dikawal dan dipandu oleh Majlis Pembangunan Negara dan Jawatankuasa  Kerja Pembangunan luar bandar yang mengandungi menteri-menteri dan pegawai-pegawai kanan Perkhidmatan Awam.

 

Model-model Dasar Awam di dalam Rancangan Lima Tahun Malaysia

 

  1. Model Incrementalisme

 

Rancangan Lima tahun Malaysia adalah satu dasar yang berbentuk incremental. Dalam kata lain, ia adalah penerusan dasar pembangunan yang sedia ada dan apa-apa modifikasi yang berlaku pada dasar ini adalah berupa incremental. Perkara-perkara ini dapat dikesan sekiranya kita mengkaji objektif-objektif Rncangan lima Tahun Malaysia dari tahun 1956-1980.

 

  1. Model teori sistem

 

Model teori sistem yang digunakan adalah model yang diperkenalkan oleh Dye pada tahun 1978. Rancangan Lima tahun Malaysia boleh dilihat dari segi model teori sistem sebab penggubalan dasar dalam rancangan ini dipengaruhi oleh dua faktor iaitu politik dan persekitaran.

 

 

 

 

 

Persekitaran

Dasar Awam

Sistem politik

 

Rajah 1. Sistem Model Teori Sistem

 

 

3.   Model Institutionalisme

 

Akhir sekali Rancangan Lima Tahun Malaysia dapat dilihat melalui model Institutionalisme iaitu dasar yang dilihat secara aktiviti institusi.

 

 

     Persekitaran                           Sistem Politik                       Dasar Awam

 

Persaingan antara Parti Politik

 

 

 

Rancangan Malysia Ketiga

Konflik perkauman

Kesedaran tentang ketidakseimbangan

 

 

 

 

Rajah 2. Sistem Model Institutionalisme

 

6.4 WAWASAN 2020   

 

Wawasan 2020  dikemukakan secara menyeluruh dan jelas oleh Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad ketika membentangkan satu kertas kerja khas bertajuk ‘Malaysia Langkah ke hadapan’ di persidangan pertama Majlis Perdagangan di Kuala Lumpur pada 28 februari 1991.

Ke mana arahnya masa depan Negara dan peranan yang boleh dimainkan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara perindustrian dan sebuah Negara  yang maju sepenuhnya pada tahun 2020. Kemajuan yang hendak dicapai itu bukan sahaja dalam bidang ekonomi tetapi juga meliputi semua bidang termasuk politik, social, kejiwaan, psikologi, taraf hidup dan perpaduan.

Menjelang tahun 2020 juga, Malaysia boleh Negara yang bersatu, dengan masyarakat yakin mempunyai nilai moral dan etika yang kukuh, hidup dalam masyarakat yang demokratik, liberal dan bertolak ansur, penyayang, adil dari segi pengagihan ekonomi, progresif dan amkmur serta mempunyai penguasaan sepenuhnya dalam ekonomi yang bersaing, dinamik, giat dan kental.

Akan tetapi sebelum diwujudkan Malaysia yang maju sepenuhnya, Perdana Menteri menggariskan terlebih dahulu sembilan cabaran yang harus diatasi iaitu :

 

 

Cabaran Pertama

 

Membentuk Negara Malaysia bersatu yang bersatu padu .

 

Cabaran Kedua

 

Melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang bebas, teguh dan mempunyai keyakinan diri

 

Cabaran Ketiga

 

Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang.

 

Cabaran Keempat

 

Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika.

 

Cabaran Kelima

 

Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur.

 

Cabaran Keenam

 

Mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif.

 

Cabaran Ketujuh

 

Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi.

 

Cabaran Kelapan

 

Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi.

 

Cabaran Kesembilan

 

Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, giat dan kental.                                                                                                                                                                                     

 

 

 

 

 

OBJEKTIF

 

Wawasan 2020 bertujuan mewujudkan negara bermatlamat iaitu Malaysia akan menjadi negara maju dengan caranya yang tersendiri tanpa terikat cara dan corak negara maju yang ada sekarang. Kemajuan yang dicita-citakan ialah kemajuan yang sempurna yang tidak semata-mata diukur dari segi pencapaian lahiriah atau fizikal semata-mata malah ia akan meliputi kewujudan satu masyarakat yang sempurna dengan nilai agama, moral dan etika yang tinggi dan boleh dicontohi oleh negara-negara lain.

 

Wawasan 2020 dan realitinya

 

Wawasan 2020 sebuah visi negara yang sudah lama diperkatakan tapi tidak pernah luput dari ingatan rakyat Malaysia. Ia secara tidak langsung telah menjadi aspirasi dan tenaga penggerak untuk menjana golongan optimistik dan futuristik agar bergerak dengan mampan dan jitu. Kejayaan merealisasikan wawasan ini akan menjadikan negara kita lebih disegani dan dihormati di mata dunia menjelang tahun 2020. Menjadikan wawasan 2020 sebagai satu kenyataan bukanlah satu tugas yang mudah. Ia memerlukan pengorbanan dan seterusnya perjuangan yang tidak berbelah bagi daripada pemangkin wawasan 2020. Siapakah pemangkin wawasan 2020 ? Mereka adalah golongan yang kini masih menduduki bangku persekolahan dalam peringkat rendah kepada peringkat institusi pengajian tinggi samada dalam atau luar negara.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 



AKTIVITI 6A

 

 

 

 

1.  Laporan Razak dan Rahman Talib telah menjadi batu asas dalam matlamat integrasi berbagai kaum di Malaysia. Apakah yang telah dicadangkan di dalam laporan ini.

 

 

 

 

 

2. Dasar Ekonomi Baru (DEB) ialah satu rancangan pembangunan ekonomi dan perpaduan negara dalam masyarakat berbilang kaum.

Sebutkan matlamat-matlamat DEB ?

 

 

 

 

3. Rancangan Lima Tahun Malaya merupakan rancangan yang pertama diwujudkan.

Pada tahun berapakah rancangan ini diadakan.

 

  1. 1950-1955
  2. 1956-1960
  3. 1961-1965
  4. 1966-1970

 

 

 

4. Perdana Menteri telah menggariskan sembilan cabaran yang perlu di atasi untuk mewujudkan Malaysia sebuah negara maju.

Terangkan lima sahaja daripada sembilan cabaran tersebut.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 



 

           MAKLUMBALAS 6A

 

1.  Laporan ini telah mencadangkan supaya akhirnya nanti lahir satu bahasa pengantar di sekolah-sekolah,iaitu Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang tunggal dalam sistem pendidikan di Negara ini.

 

2. i.    Membasmi kemiskinan dikalangan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum

     ii. Menyususn semula masyarakat supaya pengenalan kaum mengikut kegiatan ekonomi dan kedudukan geografi dapat dikurangkan dan dihapuskan.

 

 

3. B. 1956-1960

 

4. Cabaran Pertama

Membentuk Negara Malaysia bersatu yang bersatu padu .

 

Cabaran Kedua

Melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang bebas, teguh dan mempunyai keyakinan diri

 

Cabaran Ketiga

Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang.

 

Cabaran Keempat

 

Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika.

 

Cabaran Kelima

Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 



                                                        PENILAIAN KENDIRI

 

 

 

 

UNTUK MENGUKUR PRESTASI ANDA, ANDA MESTILAH MENJAWAB SEMUA SOALAN PENILAIAN KENDIRI INI UNTUK DINILAI OLEH PENSYARAH ANDA.

 

 

 

 

 

“Tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud hendak menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan p[elajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar,walaupun perkara ini tiada dapat dilaksanakan dengan serta merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur.”

 

1.

 

 

 

 

Kenyataan di atas adalah berkaitan dengan ...

  1. Penyata Razak
  2. Penyata Rahman Talib
  3. Akta Pelajaran 1961
  4. Laporan Fenn Wu

 

  1. Membasmi kemiskinan dikalangan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum
  2. Menyususn semula masyarakat supaya pengenalan kaum mengikut kegiatan ekonomi dan kedudukan geografi dapat dikurangkan dan dihapuskan.

 

2.

 

 

 

Terangkan empat tujuan dasar program dan projek yang telah digubal untuk mencapai kedua-dua matlamat tersebut.

 

 

 

 

 

3.  Rancangan Lima tahun Malaysia boleh dilihat dari segi model teori sistem sebab penggubalan dasar dalam rancangan ini dipengaruhi oleh dua faktor iaitu politik dan persekitaran

Cuba anda lengkapkan rajah Sistem Model Teori Sistem di bawah ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

4. Wawasan 2020 adalah sebuah visi negara yang sudah lama diperkatakan tetapi masih tidak diluput dalam ingatan. Untuk menjayakan wawasan ini ia memerlukan pengorbanan dan perjuangan yang tidak berbelah bagi daripada pemangkin wawasan 2020.

Siapakah pemangkin wawasan 2020 ?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 



MAKLUMBALAS KEPADA PENILAIAN KENDIRI

 

 

 

1. A. Penyata Razak

 

2. Tujuannya ialah :

 

i. Menambah peluang pekerjaan kepada kadar yang cukup untuk mengurangkan tahap pengangguran semasa dan akhirnya mencapai guna tenaga sepenuhnya.

 

ii. Meningkatkan produktiviti dan pendapatan mmereka yang terlibat dalam aktiviti yang memberi pulangan yang rendah di bandar dan diluar bandar

 

iii. Memperluaskan  peluang-peluang bagi mereka yang terlibat dalam aktiviti yang kurang produktif supaya beralih kepada aktiviti–aktiviti yang lebih produktif

 

iv. Mengurangkan taburan pendapatan yang tidak seimbang antara kelas,pendapatan dan kaum.

 

v. Memodenkan kehidupan luar bandar dan memperbaiki keadaan hidup golongan miskin di kawasan bandar melalui pemberian perkhidmatan sosial yang banyak

 

 

3. Sistem Model Teori Sistem

 

 

 

 

Persekitaran

Dasar Awam

Sistem politik

 

 

 

 

 

4.  Mereka adalah golongan yang kini masih menduduki bangku persekolahan dalam peringkat rendah kepada peringkat institusi pengajian tinggi samada dalam atau luar negara

 

 

     

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Unit 6-18


No comments:

Post a Comment