Saturday 5 September 2009

UNIT3

PRINSIP DAN PERATURAN MORAL                            A 1002 / Unit3/ halaman 11

UNIT 3

OBJEKTIF AM

Memahami prinsip, peraturan dan sifat-sifat seorang individu  yang bermoral

 



PRINSIP DAN PERATURAN MORAL

3

Unit

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

OBJEKTIF KHUSUS

 

 

 

Di akhir unit ini anda dapat :

 

  • mencetuskan idea berkaitan dengan agama yang dianuti.
  • membezakan di antara peraturan-peraturan moral
  • menghuraikan sifat-sifat seorang individu yang bermoral..

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

INPUT

 

 

 

 

 

 

 

 

  1. PENGENALAN             

 

Prinsip dan peraturan moral merupakan perkara penting di dalam mewujudkan individu dan masyarakat yang aman sejahtera dan peka terhadap keperluan orang lain di sekeliling mereka.

 

 

 

3.1. PRINSIP MORAL

 

Prinsip moral dapat dibahagikan kepada tiga :

 

  1. Prinsip Keadilan

 

Keadilan merupakan tindakan yang saksama dan menghormati orang lain. Semangat keadilan juga membolehkan seseorang individu menggunakan kuasanya dengan saksama dan tidak ada perasaan pilih kasih atau tamak dalam menjalankan tugasnya.

 

 

  1. Prinsip Autonomi

 

Prinsip ini meliputi pertimbangan bebas dan kebebasan memilih. Tingkah laku atau pertimbangan individu itu hasil daripada paksaan sesuatu kuasa atasan, autoriti atau kumpulan tertentu. Sebagai contoh pensyarah mengikut arahan ketua jabatan. Jadi tingkah laku atau pertimbangan itu bukan tanggung jawab moral pensyarah kerana ia hanya mengakui atau menurut perintah ketua jabatan.

 

 

 

 

 

 

  1. Prinsip Altruisme

 

Prinsip ini merujuk kepada sebarang tingkah laku atau pertimbangan moral akan melibatkan atau berhubung kait dengan orang lain. Jika perasaan ini digunakan semasa membuat pertimbangan moral maka keputusannya adalah lebih berperikemanusiaan dan bermoral. Perasaan kasih sayang, simpati dan memikirkan persaan orang lain akan menjauhi perasaan kepentingan diri, tamak dan kelakuan jahat.

 

 

 

 

 

 

 

 

 



AKTIVITI 3A

 

 

  1. Nyatakan definisi prinsip-prinsip berikut :
    1. Prinsip keadilan

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

    1. Prinsip autonomi

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

    1. Prinsip altruisme

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

2.   Seorang bapa telah menghadiahkan sebuah basikal bernilai RM 300.00 kepada anaknya Ahmad dan membeli kerusi roda bernilai RM 1500.00 kepada anaknya yang bernama Ramli. Jelaskan prinsip keadilan di dalam permasalahan tersebut.

 

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

 

 

 

 

 



 

           MAKLUMBALAS 3A

 

1. Prinsip-prinsip berikut ialah :

 

1.1.  Prinsip keadilan

Keadilan merupakan tindakan yang saksama dan menghormati orang lain. Semangat keadilan juga membolehkan seseorang itu menggunakan kuasanya dengan saksama dan tidak perasaan pilih kasih atau tamak dalam menjalankan tugasnya.

 

1.2. Prinsip autonomi

Prinsip ini meliputi pertimbangan bebas dan kebebasan memilih. Tingkah laku dan pertimbangan individu itu hasil daripada paksaan sesuatu kuasa atasan, autoriti atau kumpulan tertentu.

 

1.3. Prinsip altruisme

Prinsip ini merujuk kepada sebarang tingkah laku atau pertimbangan moral akan melibatkan atau berhubung kait dengan orang lain. Jika perasaan ini digunakan semasa membuat pertimbangan moral maka keputusannya adalah lebih berperi kemanusiaan dan bermoral.

 

2. Tentu sekali adil kerana istilah adil itu bermakna meletakkan sesuatu kena pada tempatnya. Oleh itu bertepatanlah dengan keadaan yang berlaku kepada seorang bapa membeli kerusi roda kepada anaknya Ramli memandangkan dia seorang yang cacat dan sangat memerlukan kerusi roda tersebut untuk memudahkan pergerakannya.

 

 

 

 

 

INPUT

 

 

 

 

 

 

 

3.2.  PERATURAN MORAL

 

Merupakan satu kajian tentang betul salah tingkah laku manusia. Tingkah laku dapat dibahagikan kepada kemahuan dengan kesedaran dan kemahuan tanpa kesedaran.

Peraturan moral menekankan sifat-sifat moral, pengertian baik dan salah dan apakah sifat yang ternyata dan tertentu tentang moral.

Peraturan moral bersifat rasional dan otonomus kerana manusia berminat dalam tingkah laku sendiri, berfikir dan bersoal tentang tingkah laku, membandingkan di antara tingkah laku manusia.

 

3.2.1. Perbezaan peraturan agama dengan peraturan moral

 

a.  Peraturan agama mempunyai peraturannya yang tercatat di dalam kitab tetapi moral tidak tidak mempunyai suatu buku khas yang mencatatkan dengan teratur.

b. Peraturan agama menyelitkan segala balasan pahala dosa terhadap penganutnya manakala peraturan moral diikuti untuk kebaikan individu serta masyarakat dan tidak mengesani kepada pahala dan dosa.

c.  Peraturan agama menetapkan tempat serta waktu sembahyang tetapi peraturan moral tidak menetapkan tempat dan waktu untuk melaksanakannya.

d.  Peraturan agama adalah suatu cara hubungan antara manusia dengan tuhan manakala peraturan moral menjalinkan hubungan antara manusia dengan manusia sahaja.

 

3.2.2. Perbezaan peraturan moral dengan peraturan adat

 

a.   Peraturan moral bersifat sejagat berbanding dengan adat yang dipegang oleh satu-satu kelompok manusia sahaja.

b.  Peraturan moral dipatuhi sepanjang masa tetapi peraturan adat hanya dipatuhi pada masa-masa tertentu dan di tempat-tempat tertentu sahaja.

 

3.2.3. Perbezaan peraturan moral dengan undang-undang

 

 

a.   Peraturan moral ditentukan oleh akal atau pandangan manusia dan tidak ditulis, dicatat dan dikuatkuasakan oleh mana-mana pihak.Undang-undang pula diluluskan dan ditukarkan oleh parlimen yang telah mendapat kuasa daripada perlembagaan Negara. Suatu akta yang telah diluluskan oleh parlimen akan dilaksanakan oleh berkuasa.

b.  Peraturan moral adalah satu set peraturan tingkah laku yang mana apabila tidak mengikutinya hanya akan dipandang hina dan dikutuk masyarakat sahaja. Akan tetapi undang-undang apabila dilanggari akan menerima hukuman dan denda daripada pihak berkuasa.

c. Peraturan moral mewujudkan perkara yang baik-baik sahaja seperti kesihatan, kebahagiaan dan kasih saying. Dalam undang-undang perasaan kasih sayang dan belas kasihan tidak dipertimbangkan.

 

 

 

3.3. SIFAT-SIFAT SEORANG INDIVIDU YANG BERMORAL

           

 

a. Menjaga kebersihan fizikal dan mental

b. Memahami perasaan dan dapat menilai perasaan orang lain

c. Menunjukkan sifat murah hati

d. Bertimbang rasa

e. Salin faham memahami

f. Peka terhadap masalah orang lain

g. Sikap bertanggungjawab dan bekerjasama

h. Sikap berterima kasih

i. Mempunyai pengetahuan dan bijak membuat keputusan sendiri yang rasional, universal dan preskriptif

j. Sikap adil dan saksama

k. Mempunyai pengetahuan dan kebolehan yang mencukupi untuk meramal hasil dan tindakbalas sesuatu terhadap sesuatu tindakan

l. Mempunyai perasaan sayang kepada nyawa dan dirinya

m. Bersikap jujur, bercakap benar, amanah dan ikhlas dalam kehidupan seharian.

n. Sikap terus berusaha, gigih,cekal, dedikasi dan toleransi

o. Memberi kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepada Negara.

 

 

 

 

 



AKTIVITI 3B

 

 

 

Bijak keanda ni !

Cuba jawab soalan di bawah ini..

  1. Di dalam peraturan moral dan peraturan agama terdapat banyak perbezaan yang agak ketara. Bezakan di antara keduanya.

 

Peraturan moral

Peraturan agama

 

 

 

 

 

 

 

Seorang doktor telah ditahan oleh anggota polis yang bertugas kerana telah melanggar had laju 90 km/j dengan alasan untuk merawat pesakit yang tenat.Alasan itu tidak dapat diterima anggota polis tersebut dengan mengeluarkan saman kepada doktor tersebut.

2.

 

 

 

 

Berdasarkan petikan di atas, berikan pandangan anda ?

 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

3. Manusia yang bermoral adalah orang yang mulia akhlaknya dan tinggi keperibadiannya. Untuk mencapai perkara tersebut seseorang itu perlu mengamalkan sifat-sifat yang bermoral.

Terangkan LIMA daripada sifat-sifat seorang yang bermoral.

a. ___________________________________________________________________

b.___________________________________________________________________

c.___________________________________________________________________

d.___________________________________________________________________

e.___________________________________________________________________

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 



 

           MAKLUMBALAS 3B

  1. Perbezaan perkara berikut :

 

Peraturan moral

Peraturan agama

mempunyai peraturannya yang tercatat di dalam kitab

 

tidak mempunyai suatu buku khas yang mencatatkan dengan teratur.

menyelitkan segala balasan pahala dosa terhadap penganutnya

diikuti untuk kebaikan individu serta masyarakat dan tidak mengesani kepada pahala dan dosa.

menetapkan tempat serta waktu sembahyang

tidak menetapkan tempat dan waktu untuk melaksanakannya

 

2. Di dalam permasalahan ini sebenarnya anggota polis itu telah menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh dedikasi kerana dalam undang-undang tidak ada pertimbangan kasih sayang dan belas kasihan seperti mana yang perlu ada di dalam peraturan moral.

 

3.   Lima daripada sifat-sifat tersebut :

a. Menjaga kebersihan fizikal dan mental

b. Memahami perasaan dan dapat menilai perasaan orang lain

c. Menunjukkan sifat murah hati

d. Bertimbang rasa

e. Saling faham memahami

 

 

 

 

 

 

 

 

 

                                                        PENILAIAN KENDIRI

 

 

 

 

UNTUK MENGUKUR PRESTASI ANDA, ANDA MESTILAH MENJAWAB SEMUA SOALAN PENILAIAN KENDIRI INI UNTUK DINILAI OLEH PENSYARAH ANDA.

 

 

 

 

 

  1. Prinsip-prinsip moral dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu prinsip keadilan, autonomi dan altruisme.

Berikan contoh terhadap ketiga-tiganya.

 

  1. Peraturan agama ialah sejarah, cara hidup, muzik, seni, kepercayaan, peraturan, psikologi kepercayaan dan kelakuan yang berlainan antara berbagai agama.

Terangkan tiga perbezaan di antara peraturan agama dengan peraturan adat.

 

  1. Peraturan moral dan undang-undang adalah dua peraturan yang mempunyai banyak perbezaan.

Berikan perbezaan di antara keduanya.

 

  1. Di antara sifat-sifat seorang yang bermoral ialah mempunyai sikap menghormati warisan ketinggalan zaman.

Huraikan sifat tersebut ?

 

 

 

 

 

 

 

 

 



MAKLUMBALAS KEPADA PENILAIAN KENDIRI

 

 

 

  1. Contoh-contoh :
  1. Prinsip keadilan – tidak ada pilih kasih dalam membahagikan tugas kepada orang bawahan
  2. Prinsip autonomi – Pensyarah menurut perintah ketua jabatannya
  3. Prinsip altruisme – mendahului sahabat lebih dari diri sendiri

 

  1. Perbezaan di antara peraturan agama dan adat :

 

Peraturan agama

Peraturan adat

Suatu cara hubungan manusia dengan tuhan

Suatu cara hubungan manusia dengan manusia

Mempunyai peraturan yang tercatat di dalam kitab-kitab

Peraturan yang tidak tercatat di mana-mana

Menyelitkan segala balasan dosa pahala terhadap penganutnya

Tidak ada kesan jika tidak melaksanakannya

 

 

  1. Perbezaan di antara peraturan moral dan undang-undang :

 

Peraturan moral

Undang-undang

a. Peraturan moral ditentukan oleh akal atau pandangan manusia dan tidak ditulis, dicatat dan dikuatkuasakan oleh mana-mana pihak..

Undang-undang pula diluluskan dan ditukarkan oleh parlimen yang telah mendapat kuasa daripada perlembagaan Negara. Suatu akta yang telah diluluskan oleh parlimen akan dilaksanakan oleh berkuasa

b. Peraturan moral adalah satu set peraturan tingkah laku yang mana apabila tidak mengikutinya hanya akan dipandang hina dan dikutuk masyarakat sahaja.

undang-undang apabila dilanggari akan menerima hukuman dan denda daripada pihak berkuasa.

 

c. Peraturan moral mewujudkan perkara yang baik-baik sahaja seperti kesihatan, kebahagiaan dan kasih saying.

undang-undang perasaan kasih sayang dan belas kasihan tidak dipertimbangkan.

 

 

  1. Menghormati warisan peninggalan zaman ialah memberi penghormatan kepada adat resam, kepercayaan kaum dan keturunan demi menjaga keharmonian hidup.

 

 

 

 

 

     

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Unit 3-11


No comments:

Post a Comment