Saturday 5 September 2009

UNIT9

IBADAH-IBADAH KHUSUS                                                              A 1001 / UNIT 9 / 39

______________________________________________________________________

 

UNIT

9

IBADAH-IBADAH

       KHUSUS             

 

ËËËËËËËËËËËËËËËËËËËËËËËËËËËËËËËËËËËËËËËËËËËËËËËËËËËËËËËËËË

 

   OBJEKTIF



 

 

OBJEKTIF AM

 

  1. Mengetahui dan memahami kaifiat ibadah-ibadah khusus.
  2. Melakukan ibadah-ibadah khusus dengan sempurna.
  3. Menghuraikan peranan dan kepentingan ibadah-ibadah khusus dalam kehidupan.

 

OBJEKTIF KHUSUS

 

 

Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :

 

  1. menghuraikan pengertian solat, puasa, zakat dan haji.
  2. menyatakan syarat-syarat wajib solat, puasa, zakat dan haji.
  3. membuat perbandingan tentang kepentingan setiap ibadat.

 

 

 



INPUT

( IBADAH–IBADAH KHUSUS )

 

Ehh…mak buat apa tu…sembahyang ke….????

 

 

 

 

9.0              PENGENALAN.

 

Ibadat itu terdiri daripada berbagai bentuk, bukan satu macam sahaja sehingga manusia merasa tidak jemu dalam menunaikan ibadatnya. Ini sesuai dengan kenyataan bahawa Islam itu adalah satu cara hidup atau way of life di mana ibadat itu merangkumi segala kegiatan manusia dari segi rohaniah dan jasmaniah. Namun terdapat ibadah asas yang mesti dilakukan oleh setiap individu yang dinamakan sebagai ibadah-ibadah khusus seperti solat, puasa, zakat dan seumpamanya.

 

9.1              IBADAT SOLAT.

 

Ibadah solat adalah ibadah yang asas dan utama dalam Islam. Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud:

 

“Perkara pertama yang akan dihitung di akhirat nanti ialah solat. Jika baik amalan solat seseorang itu, baiklah seluruh amalnya, dan jika buruk amalan solatnya maka buruklah seluruh amalnya yang lain

 

Oleh itu ibadah solat sangat diberi perhatian dan diambil berat kerana ia juga membezakan seseorang itu muslim atau kafir. Sabda Rasulullah yang bermaksud:

 

Perbezaan antara seorang muslim dan kafir ialah solat”

 

 

 

 

 

 

9.1.1              Pengertian.

 

Solat menurut bahasa Arab ialah doa. Dalam istilah syarak pula solat ibadat yang tersusun dari beberapa perkataan dan perbuatan dimulai dengan takbir dan disudahi dengan salam, mengikut syarat-syarat tertentu.

 

9.1.2              Kepentingan Solat.

 

Solat merupakan ibadat yang asasi dalam perhubungan di antara manusia dengan Allah SWT. Dengan melakukan ibadat solat, manusia dapat mengingati Allah, dapat menghidupkan pengakuan iman di dalam hati, menambah keyakinan kepada rasul, kepada kitab Allah dan seterusnya dapat membawa manusia ke jalan yang lurus, jalan yang diberi petunjuk oleh Allah SWT. Solat merupakan perbuatan secara amali yang dapat memperagakan keimanan seseorang kepada Allah SWT.

 

Bersolat menjadi sifat-sifat orang yang bertaqwa yang menurut arahan kitab suci al Quran dan merekalah yang memperlengkapkan diri dengan sifat-sifat yang terpuji lalu mendapat petunjuk daripada Allah Ta’ala. Merekalah yang beroleh kejayaan.

 

Bukan waktu berjalan, bekerja dan pi kenduri je kena handsome….tapi bila nak sembahyang pun….kebersihan dan kekemasan diri  penting jugak ….barulah khusyuk solat tu

Solat memberi kesan terhadap pembersihan diri dan mengawalnya daripada terjerumus ke dalam lembah kehinaan atau keburukan serta membersihkan manusia daripada naluri-naluri yang tidak sihat.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Firman Allah SWT :

 

 

 

 

Maksudnya :

“Dan dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar.”

(Al-Ankabut : 45)

Firman Allah SWT :

 

 

 

 

 

Maksudnya :

“Sesungguhnya manusia itu dijadikan resah gelisah, apabila ia ditimpa kesusahan, ia sangat resah dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut, kecuali orang-orang yang mengerjakan solat.”

(Al-Ma’arij : 19-22)

 

Pada hakikatnya, perbuatan solat sebagai tanda kesempurnaan seseorang dalam melakukan hak-hak pengabdian kepada Allah SWT. Sebaliknya dengan meninggalkan solat ia digelar sebagai orang yang tenggelam di dalam hawa nafsu yang bakal menjadi ahli neraka.

Eh….Tak nak sembahyang dulu ke….?????

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Firman Allah SWT :

 

 

 

 

 

 

Maksudnya :

“Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan solat serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat) maka mereka akan menghadapi azab (dalam neraka).”

(Maryam : 59)

 

Menurut jejak langkah baginda Rasulullah SAW, bila berlaku kecemasan baginda solat dan berkata yang bermaksud:

 

Allah menjadikan ketenangan mataku di dalam solat.”

 

Firman Allah SWT :

 

 

 

 

 

Maksudnya :

“Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan mengerjakan solat.”

(Al-Baqarah : 153)

 

9.1.3              Kefardhuan Solat.

 

Islam menjadikan solat salah satu daripada rukun Islam yang lima. Diwajibkan ke atas tiap-tiap penganutnya muslim dan muslimat supaya mendirikan solat lima waktu sehari semalam. Hingga kanak-kanak diwajibkan ke atas tiap-tiap penjaganya menyuruh solat sejak usianya meningkat tujuh tahun dan mewajibkan penjaga-penjaganya itu memukul, jika kanak-kanak itu berdegil atau malas setelah berusia sepuluh tahun.

 

Perintah solat diturunkan pada malam Isra’ setahun sebelum Hijrah. Ia adalah ibadat yang pertama diwajibkan oleh Allah Ta’ala di mana perintah itu disampaikan secara langsung tanpa perantaraan, dengan cara berdialog terus dengan RasulNya pada malam Mi’raj.

 

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

 

“Solat itu difardhukan ke atas Nabi pada malam ia diisra’kan sebanyak lima puluh kali, lalu ia dipanggil : Hai, Muhammad ! KeputusanKu tidak dapat diubah lagi dan dengan solat lima waktu ini, kau tetap mendapat ganjaran lima puluh waktu.”

 

Perintah mengerjakan solat adalah lebih berat daripada perintah menunaikan rukun-rukun yang lain sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Syaqiq Al Aqili, katanya yang bermaksud :

 

“Sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W. tidak memandang sesuatu terhadap amalan-amalan yang meninggalkan menjadi kufur selain daripada solat, tegasnya tidak ada halangan atau keuzuran yang mengharuskan meninggalkan atau dikeluarkan daripada waktunya selain daripada terlupa dan tertidur.”

 

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

 

“Bukanlah kecuaian dalam masa tidur tetapi kecuaian ini sebenarnya di masa sedar, apabila seorang daripada kamu terlupa solat atau tertidur maka hendaklah ia solat di masa ia mengingatinya.”

 

Oleh itu wajib ke atas setiap orang Islam yang cukup syarat-syaratnya menyempurnakan solat fardhu yang ditentukan lima waktu sehari semalam. Solat di dalam Islam tidak dapat ditandingi oleh ibadat-ibadat yang lain. Sesiapa yang meninggalkan solat, ia berhak mendapat azab daripada Allah SWT.

 

9.1.4              Syarat-Syarat Wajib Solat:

 

  1. Islam.                                      
  2. Baligh.
  3. Berakal.
  4. Suci dari haid dan nifas.
  5. Sejahtera pancaindera.

Tidak wajib sembahyang ke atas orang yang buta dan tuli sekali pun tidak bisu jika berlaku kedua-duanya sebelum tamyiz.

              vi.              Sampai seru.

Tidak wajib sembahyang ke atas mereka yang tidak sampai seruan Islam seperti ia dilahirkan dan menetap di puncak bukit yang jauh yang tiada perhubungan langsung.

 

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

 

“Yang terlepas dari hukuman ada tiga: Kanak-kanak hingga ia dewasa, orang tidur hingga ia sedar dan orang gila hingga ia sembuh.”

(Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)

 

 

9.1.5              Syarat-Syarat Sah Solat.

 

Syarat-syarat yang mendahului solat wajib dipenuhi oleh orang-orang yang hendak mengerjakannya, sekiranya ketinggalan salah satu di antaranya maka batal solatnya iaitu:

 

i.              Suci dari hadas dan najis yang tidak dimaafkan sama ada pada pakaian, badan dan pada tempat sembahyang.

ii.              Menutup aurat.

iii.              Mengetahui cara sembahyang dan dapat membezakan yang wajib dan yang sunat. Malahan jika diiktikadkan semuanya fardu atau setengahnya fardu dan setengahnya sunat dan tidak membezakannya dan dia merupakan orang awam, selagi tidak diiktikadkan yang fardu itu sebagai sunat; sahlah sembahyangnya.

iv.              Menunaikan sembahyang ditempat yang suci walaupun secara zan dan jangan bersentuh sebahagian badan atau pakaian dengan najis ketika qiyam atau duduk atau rukuk atau sujud.

v.              Mengetahui masuk waktu atau pun zan masuk waktu dengan secara ijtihad seperti mendengar ayam berkokok dan sebagainya.

vi.              Menghadap kiblat iaitu mengadap seluruh badannya ke arah kiblat.

 

9.1.6              Rukun-Rukun Solat.

 

Rukun-rukun solat ialah ada tiga belas iaitu:

  1. Niat.
  2. Berdiri bagi yang berkuasa.
  3. Takbiratul Ihram.
  4. Membaca Al-Fatihah.
  5. Rukuk serta tumakninah.
  6. Iktidal serta tumakninah.
  7. Sujud serta tumakninah.
  8. Duduk antara dua sujud serta tumakninah.
  9. Tasyahhud akhir.
  10. Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dalam tasyahhud akhir.
  11. Duduk untuk bertasyahhud, salawat dan salam.
  12. Memberi salam yang pertama.
  13. Tertib.

 

Rukun-rukun yang tersebut di atas wajib dilakukan dengan sempurna, sekiranya tertinggal salah satu daripadanya atau tidak melakukan dengan sempurna maka tidak sah solat.

 

9.2              SOLAT BERJAMAAH DAN CARA MELAKSANAKANNYA.

 

      1. Hukum Solat Berjamaah.

 

Hukum solat secara berjamaah selain dari fardu Jumaat adalah fardu kifayah ke atas lelaki yang:

  • Merdeka.
  • Bermukim.
  • Menutup aurat.

Berjamaah di masjid bagi lelaki adalah lebih afdal. Kelebihan solat berjamaah dikira berhasil apabila terdapat seorang imam dan seorang makmum yang sempat bersama-sama imam sebelum imam memberi salam yang pertama walupun makmum tidak sempat duduk bersama imam.

 

      1. Niat Berjamaah.

 

  • Makmum wajib berniat mengikut imam. Dia dikira sembahyang bersendirian jika tidak niat berjamaah.

 

  • Bagi sembahyang Jumaat, tanpa niat mengikut imam batal sembahyangnya, kerana niat berjamaah merupakan syarat sah bagi sembahyang Jumaat.

 

  • Bagi lain-lain sembahyang fardhu, niat berjamaah bukanlah syarat sah sembahyang, tetapi hanya syarat sah mengikut imam sahaja. Dengan ini jika makmum mengikut imam dengan ketiadaan niat berjamaah atau syak pada niatnya batallah sembahyangnya, jika dia menanti imam dalam jarak masa yang panjang dalam satu perbuatan.

 

  • Sah sembahyang seseorang yang berniat mengikut imam pada pertengahan sembahyangnya, tetapi makruh dan tidak dapat pahala jamaah.

 

      1. Niat Imam.

 

  • Imam ( selain dari imam sembahyang fardu Jumaat ) tidak wajib berniat sebagai imam untuk sah diikuti, cuma sunat sahaja. Jika imam tidak berniat sebagai imam tidaklah ia mendapat pahala berjamaah dan dikira sembahyang bersendirian.

 

  • Imam berniat sebagai imam pada pertengahan sembahyangnya tidaklah makruh. Dia akan mendapat pahala jamaah yang dikira ketika dia memulakan niatnya sebagai imam dan perbuatan yang sebelumnya tidak dapat pahala jamaah.

 

      1. Kelayakan Imam.

 

  • Hamba layak menjadi imam bagi makmum yang merdeka.

 

  • Kanak-kanak yang mumayyiz layak menjadi imam kepada makmum yang baligh. Kanak-kanak yang belum mumayyiz tidak sah menjadi imam.

 

  • Lelaki layak menjadi imam kepada lelaki, perempuan dan khunsa.

 

  • Perempuan layak menjadi imam kepada perempuan sahaja.

 

  • Perempuan dan khunsa tidak layak menjadi imam kepada lelaki.

 

  • Perempuan dan khunsa tidak layak menjadi imam kepada khunsa.

 

  • Orang yang ummi (tidak pandai membaca) tidak layak menjadi imam kepada qari (yang elok membaca surah al-Fatihah).

 

  • Kanak-kanak tidak mumayyiz tidak layak jadi imam.

 

      1. Syarat-Syarat Mengikut Imam.

 

  • Hendaklah bersamaan perbuatan sembahyang makmum dengan imam. Berlainan niat makmum dengan niat imam tidak menjejaskan ikutan.

 

  • Makmum wajib mengikut imam, tidak mendahului imam dalam rukun fe’li.

 

  • Makmum dapat mengetahui pergerakan imam.

 

  • Makmum berjamaah atau berhimpun bersama imam di suatu tempat.

 

  • Makmum tidak boleh menyalahi imamnya semasa berjamaah pada melakukan perkara sunat yang dianggap keji.

 

  • Kedudukan makmum tidak boleh terkehadapan dari imam.

 

  • Niat mengikut imam.

 

  • Sah sembahyang imam pada iktikad makmum. Tidak sah sembahyang makmum yang mengiktikadkan sembahyang imamnya batal.

 

  • Hendaklah sembahyang imam itu tidak perlu diulangi semula. Tidak sah mengikut imam yang wajib mengulangi sembahyangnya seperti imam sembahyang dengan tayammum kerana sejuk.

 

  • Tidak berimamkan orang yang sedang menjadi makmum kepada imam yang lain.

 

 

 

9.3              SOLAT QASAR DAN JAMAK.

 

      1. Hukum Solat Qasar.

 

Orang musafir yang jauh perjalanannya lagi diharuskan, dibolehkan mengqasarkan sembahyang 4 rakaat kepa 2 rakaat. Ringkasnya solat qasar itu ialah memendekkan solat yang empat rakaat menjadi dua rakaat sahaja. Hukumnya adalah harus.

 

Firman Allah SWT:

 

 

Maksudnya :

“Dan apabila kamu merantau di atas muka bumi, maka tidak menjadi dosa kalau kamu memendekkan solat.”

( An-nisa’ : 101 )

 

9.3.2              Syarat Sah Solat Qasar.

 

  1. Safar yang diharuskan oleh syara’ kerana tujuan suci baik seperti menunaikan fardhu haji atau sebagainya. Bukan kerana maksiat.
  2. Safar itu hendaklah lebih dari dua marhalah yang kira-kira 92 km lebih kurang.
  3. Solat qasar itu hendaklah dilakukan di dalam waktunya iaitu di              masa safar. Solat qadha’ tidak boleh qasar. Solat yang luput semasa safar harus diqadha semasa perjalanan secara qasar atau harus qadha’ secara sempurna tetapi tidak harus qadha secara qasar dalam masa tidak dalam safar.
  4. Hendaklah ada niat qasar solat pada mula-mula takbiratul ihram.
  5. Janganlah orang musafir itu solat qasar di belakang imam yang              solat fardhu lengkap.
  6. Niat musafir ke tempat tertentu.
  7. Solat yang empat rakaat sahaja yang boleh diqasarkan.
  8. Mengetahui keharusan menunaikan solat secara qasar, batal sembahyang

              qasar seseorang yang melakukannya tanpa mengetahui keharusannya.

 

 

 

 

 

9.3.3              Niat solat Qasar (Fardhu Zohor).

 

“Sahaja aku solat fardhu Zohor qasar tunai kerana Allah.”

 

Atau,

 

“Sahaja aku sembahyang fardu zohor dua rakaat kerana Allah”

 

      1. Hukum Solat Jama’.

 

Solat jama’ ialah menghimpunkan dua solat dalam satu waktu. Hukumnya adalah harus bagi musafir yang harus menunaikan solat secara qasar. Solat yang harus dijama’ ialah solat Zohor dengan Asar dan solat Maghrib dengan Isyak secara taqdim atau ta’khir.

 

Jama’ Taqdim ialah menghimpunkan dua solat dalam waktu solat yang pertama seperti menghimpunkan solat Zohor dan Asar dalam waktu Zohor. Manakala Jama’ Ta’khir ialah menghimpun dua solat dalam waktu yang kedua, umpamanya solat Zohor dan Asar dihimpunkan dalam waktu Asar.

 

      1. Syarat Jama’ Taqdim.

 

  1. Hendaklah dimulakan dengan solat yang pertama iaitu Zohor atau Maghrib kemudian diiringi dengan solat yang kedua iaitu              Asar atau Isya’.
  2. Niat menghimpunkan solat itu dalam solat yang pertama.
  3. Berturut-turut antara keduanya.
  4. Hendaklah berkekalan dalam perjalanan hingga sudah takbiratul ihram solat yang kedua.

 

9.3.6              Niat Solat Jama’ Taqdim:

 

  1. Solat Zohor dan Asar dalam waktu Zohor.

 

Niatnya:

“Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar dihimpunkan Asar kepadanya  tunai kerana Allah Ta’ala.”

 

Selesaikan dua rakaat itu, bangun untuk solat Asar pula dengan lafaz niatnya:

 

“Sahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Ta’ala.”

 

  1. Solat Maghrib dan Isya’ dalam waktu Maghrib.

             

              Niatnya:

 

              “Sahaja aku solat fardhu Maghrib tiga rakaat dihimpunkan Isya   kepadanya

              tunai kerana Allah Ta’ala.”

 

Selesaikan solat Maghrib itu, bangun untuk solat Isya’ dua rakaat qasar dengan lafaznya:

 

“Sahaja aku solat fardhu Isya’ dua rakaat qasar kerana Allah Ta’ala.”

 

 

9.3.7              Syarat Jama’ Takhir.

Selain daripada syarat-syarat yang tersebut pada Jama’ Taqdim itu dikehendaki lagi:

 

  1. Ada niat hendak Jama’ Takhir pada waktu yang pertama lagi.
  2. Berkekalan dalam perjalanan hingga selesai solat yang kedua.

 

9.3.8              Niat solat Jama’ Takhir.

 

  1. Solat Zohor dan Asar dalam waktu Asar.

 

              “Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar dihimpunkan

              kepada Asar karana Allah Ta’ala.”

             

Selesai sahaja solat Zohor itu, bangun segera untuk solat Asar pula dengan lafaz niatnya:

 

              “Sahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar tunai kerana Allah Ta’ala.”

 

  1. Niat solat Maghrib dan Isya’ dalam waktu Isya’:

 

 

“Sahaja aku solat fardhu Maghrib tiga rakaat dihimpunkan kepada Isya’ kerana Allah Ta’ala.”

 

Setelah selesai solat Maghrib itu, bangunlah dengan segera untuk menunaikan solat Isya’ pula dengan lafaz niatnya:

 

 

“Sahaja aku solat fardhu Isya’ dua rakaat qasar tunai kerana Allah Ta’ala.”

 

 

 



AKTIVITI

9A

 

 

Arahan :

Jawab semua soalan .

 

9.1 Berikan pengertian solat dari segi istilah syarak.

________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

 

9.2 Senaraikan LIMA syarat wajib solat.

 

1.

_________________________________________

2.

_________________________________________

3.

_________________________________________

4.

_________________________________________

5

_________________________________________

 

 

9.3 Para sahabat memandang perbuatan meninggalkan solat boleh menyebabkan seseorang itu…………………..

  1. Menjadi kufur.
  2. Menjadi fasik.
  3. Menjadi munafik.
  4. Menjadi murtad.

 

9.4 Pilih kenyataan yang tepat tentang syarat sah solat.

 

  1. Takbiratul ihram.
  2. Mengetahui tentang masuk waktu solat.
  3. Mengadap kiblat.
  4. Niat.

 

 

  1. i dan iii.
  2. ii dan iii.
  3. ii, iii dan iv.
  4. i dan iv.

 

9.5 Semua kenyataan di bawah adalah BENAR, kecuali…..

 

  1. Ali telah bertolak dari Ipoh ke Kota Bharu, Kelantan untuk berkursus selama 2 hari, dia boleh menjamakan solatnya.
  2. Solat yang empat rakaat sahaja boleh diqasarkan.
  3. Atan telah bertolak dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur dengan tujuan menyertai perlumbaan haram, dia boleh menjamak dan qasar solatnya.
  4. Syarat jamak ta’khir mestilah berkekalan dalam perjalanan sehingga selesai solat yang kedua.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 



 

MAKLUM BALAS AKTIVITI 9A

 

 

9.1 Solat yang dimaksudkan di dalam istilah syarak ialah ibadat yang tersusun dari beberapa perkataan dan perbuatan dimulai dengan takbir dan disudahi dengan salam, mengikut syarat-syarat tertentu.

 

 

9.2 Syarat wajib solat ialah :

 

  • Islam.                                         
  • Suci daripada haid dan nifas.   
  • Berakal.                                    
  • Baligh.
  • Jaga ( tidak tidur ).

 

9.3               A.

 

9.4               B.

 

9.5               C.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 



INPUT

(IBADAH-IBADAH KHUSUS :SAMBUNGAN)

 

 

9.4              PUASA, ZAKAT DAN HAJI :  PERANAN DAN KEPENTINGANNYA DALAM KEHIDUPAN INDIVIDU DAN MASYARAKAT.

 

Setiap ibadat yang dilakukan mempunyai dua fungsi : hubungan dengan Allah dan hubungan dengan sesama manusia. Fungsi atau peranan ibadat-ibadat khusus dalam kehidupan individu dan masyarakat sangat nyata dan jelas dengan kefarduannya dilakukan secara individu dan secara  jamaah. Kesan ibadat-ibadat itu pula dapat dilihat dalam semua aspek kehidupan manusia.

 

9.4.1              IBADAT PUASA.

 

Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkannya bermula daripada terbit fajar hingga jatuh matahari dan disertakan dengan niat.

 

Firman Allah SWT :

 

 

 

 

 

 

Maksudnya :

“Dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dan benang hitam (kegelapan  malam) iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (Maghrib).”

(Al-Baqarah : 187)

 

 

 

9.4.1.1              Kefardhuan Puasa.

 

Sebagai satu bulan yang dimuliakan, maka Allah telah menentukan bagaimana cara menghormati bulan ini dan memperlihatkan keistimewaannya, semua orang-orang Islam diwajibkan berpuasa. Kefardhuan berpuasa ini telah ditentukan oleh Allah SWT dan terdapat di dalam al Quran dan al Hadis serta telah menjadi ijmak di kalangan ulamak Islam.

 

Firman Allah SWT :

 

 

 

 

 

Maksudnya :

“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana  diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa.”

(Al-Baqarah : 183)

 

Firman Allah SWT:

 

 

 

Maksudnya :

“Oleh itu sesiapa di antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya) maka hendaklah ia berpuasa bulan itu."

(Al-Baqarah : 185)

 

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud  :

 

“Ya Rasulullah ! Katakanlah kepadaku puasa yang diwajibkan Allah atas diriku. Jawab Nabi SAW : Puasa Ramadhan. Tanya laki-laki itu pula: Apakah ada lagi yang wajib atasku ? Jawab Nabi SAW ; Tidak, kecuali kalau anda berpuasa sunat.”

 

Ulamak telah bersepakat mengatakan bahawa wajibnya puasa Ramadhan. Oleh itu sesiapa yang mengingkarinya bererti ia telah murtad.

 

 

9.4.1.3              Bahagian-Bahagian Puasa.

 

As-Syeikh Mahmud Shaltut, seorang ulamak Islam yang mutakhir membahagikan puasa kepada tiga bahagian:

 

Bahagian Pertama:

Puasa merupakan menahan diri dari makan dan minum serta segala kehendak nafsu, dari terbit fajar hingga jatuh matahari. Inilah puasa yang diketahui umum dan banyak orang yang mengerjakannya malahan ramai menyangka telah berjaya mengerjakan ibadat puasa yang diwajibkan.

 

Bahagian Kedua:

Di samping puasa seperti peringkat pertama, peringkat inilah lebih sedikit iaitu berpuasa anggota-anggota lahir dari sebarang dosa. Misalnya, tangan dari menyakiti orang lain dan memegang benda haram, kaki dari berjalan kepada kejahatan atau kepada tempat yang dimurkai Allah, lidah dari sebarang perkataan yang ditegah dan bercakap bohong.

 

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

 

“Lima perkara yang membatalkan pahala puasa seseorang; bercakap bohong, mengumpat, mencaci, bersumpah bohong dan dilihat perempuan dengan nafsu.”

 

Bahagian Ketiga:

Puasa seperti peringkat kedua terdahulu dengan ditambah satu lagi puasa hati iaitu membersihkan diri dari apa yang tidak sesuai dengan iman dan keikhlasan.

 

Ketiga-tiga peringkat puasa ini jika dirangkumkan merupakan puasa yang paling sempurna. Puasa seperti inilah yang dikehendaki Islam yang dapat melatih jasmani dan rohani manusia. Semoga puasa kita tidak termasuk ke dalam puasa yang disabdakan Rasulullah SAW yang bermaksud :

 

“Ramai orang yang berpuasa yang tidak mendapat apa-apa daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga.”

 

9.4.1.4              Syarat-Syarat Sah Puasa.

  1. Islam.
  2. Mumayyiz.
  3. Suci daripada haid dan nifas.
  4. Puasa pada hari yang dibolehkan puasa.

 

 

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

 

“Nabi Muhammad S.A.W. telah melarang berpuasa lima hari dalam setahun : Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji dan tiga hari Tasyrik.”

 

9.4.1.5              Rukun Puasa.

 

  1. Niat berpuasa pada malam hari. Sebaik-baiknya akhir malam sebelum fajar.
  2. Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa.
  3. Waktunya dari timbul fajar Siddiq hingga lenyap matahari.

9.4.1.6              Niat Puasa Ramadhan.

 

  1. Niat untuk sehari sahaja. Niat ini hendaklah dilakukan tiap-tiap malam sebelum timbul fajar. Lafaz niatnya seperti berikut:

 

“Sahaja aku berpuasa esok hari kerana menunaikan fardhu Ramadhan semata-mata kerana Allah Ta’ala.”

 

  1. Niat bagi sebulan. Niat ini dilakukan pada malam pertama bulan Ramadhan dan lafaznya seperti berikut:

 

“Sahaja aku berpuasa sebulan kerana menunaikan fardhu Ramadhan semuanya bagi tahun ini semata-mata kerana Allah Ta’ala.”

 

9.4.1.7              Perkara-Perkara Yang Membatalkan Puasa.

 

  1. Makan dan minum dengan sengaja.

 

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

 

“Barang siapa yang terlupa padahal ia sedang berpuasa lalu ia makan dan minum, maka hendaklah ia menyempurnakan puasanya. Sesungguhnya Allah telah memberi makan dan memberi minum kepadanya.”

 

  1. Muntah dengan sengaja.
  2. Bersetubuh.
  3. Keluar haid dan nifas.
  4. Gila. Jika kegilaan itu datang waktu siang hari batallah puasanya.
  5. Keluar mani yang disengajakan.

9.4.1.8              Puasa: Peranan dan Kepentingan.

 

Allah SWT telah melimpahkan beberapa keistimewaan pada bulan Ramadhan dan juga mereka yang berpuasa pada bulan Ramadhan. Di antara keistimewaannya dapat dilihat kepada sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

 

“Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan yang penuh berkat di mana Allah mewajibkan kamu berpuasa. Dibuka padanya pintu-pintu Syurga, ditutup pintu-pintu Neraka dan dibelenggukan syaitan-syaitan dan dijumpai suatu malam yang nilainya lebih berharga dari seribu malam. Maka barang siapa yang tidak berhasil beroleh kebaikannya, sesungguhnya tiadalah ia mendapatkan itu buat selama-lamanya."

(Riwayat Ahmad, Nasai dan Baihaqi)

 

Dan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

 

“Siapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan kerana keimanan dan mengharap keredhaan Allah akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu.”

(Riwayat Ahmad dan Ashaabussunan)

 

Oleh itu menjadi kewajipan kepada umat muslimin menghayati bulan Ramadhan dengan melaksanakan puasa Ramadhan dan melakukan ibadat-ibadat sunat sepanjang bulan tersebut. Semoga kita mendapat kemenangan dan kejayaan di dunia dan akhirat.

 

Puasa mendidik ketakwaan kepada Allah. Puasa yang dikerjakan pada suatu masa selama sebulan dalam setahun. Apabila datang bulan Ramadan, kita akan menahan diri dari makan dan minum sejak fajar sampai petang. Pada waktu kita sedang makan dan minum, apabila fajar mulai menyinsing dan anda mendengar azan, serentak kita menahan tangan darimakan dan minum. Selepas itu, walaupun makanan lazat dan minuman yang menggiurkan terhidang di hadapan kita, kita tidak akan menjamahnya hinggalah matahari terbenam.

 

Fikirkanlah! Apa yang kita lakukan itu? Tidak diragukan bahawa latar belakangnya adalah kerana takutkan Allah Ta’ala. Yakin kita bahawa Dia Maha Mengetahui dan Melihat. Yakin kita akan hari akhirat dan kehadiran mahkamah Allah. Taat terhadap Allah dan rasulNya dan timbulnya perasaan yang kuat untuk menunaikan kewajipan, menguji kesabaran dan kesangupan menahan hawa nafsu. Inilah sifat takwa hasil didikan puasa yang kita lalui. Mendidik kita dengan sifat jujur dan amanah dan rasa bertanggungjwab terhadap amanah Allah, dan didikan ini berlangsung selama satu bulan setiap tahun!!!

 

Kemudian Allah Ta’ala mewajibkan puasa kepada semua muslimin pada bulan yang satu itu sahaja. Di sini tentu dijumpai banyak manfaat. Apabila datang bulan Ramadhan, seluruh masyarakat muslimin diliputi oleh udara kesucian, kebersihan, keimanan, takut akan Allah, taat kepada hukumNya, tersebar kelembutan akhlak dan amal-amal baik yang lain serta tertutup pasaran melakukan munkar. Penjahat pun malu untuk melakukan kemungkaran. Pada orang kaya timbul perasaan hendak menolong saudara mereka yang fakir. Mereka membelanjakan harta pada jalan Allah. Jadilah kaum muslimin dalam keadaan yang sama. Dalam hati mereka lahir perasaan bahawa mereka adalah satu kelompok. Ini adalah jalan yang sangat mantap dan ampuh untuk menimbulkan dalam diri mereka kasih sayang, persaudaran, tolong menolong dan persatuan.

 

Semua manfaat ini kembali ke atas diri kita juga. Allah tidak mengambil faedah dari kelaparan puasa yang kita lalui. Pastinya Allah mewajibkan puasa Ramadan adalah untuk kemaslahatan kita semua.

 

Ringkasnya puasa akan:

 

  1. Melahirkan sifat ketakwaan kepada Allah.
  2. Melemahkan nafsu yang menjadi punca maksiat.
  3. Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum yang tentunya kelaparan dan kehausan mencekik diri. Oleh kerana itu lahirlah rasa insaf di hati tentang bagaimana sukarnya orang miskin yang tidak bernasib baik mengharung penghidupan.
  4. Menyuburkan sifat pengurbanan dalam melakukan kebaikan.
  5. Oleh kerana puasa itu mencegah daripada melakukan sebarang               kemungkaran lahir dan batin, maka dengan sendirinya puasa itu dapat melatih diri supaya manusia bersifat amanah.
  6. Puasa memanglah teruk dan susah, maka dari situlah timbulnya sifat sabar dan cekal hati untuk mengatasinya.
  7. Puasa sebenarnya menyihatkan badan kerana ia merehatkan maidah yang bekerja sepanjang tahun.

 

9.4.2              IBADAT ZAKAT.

 

9.4.2.1              Pengertiannya.

 

Zakat pada pengertian bahasa ialah subur atau bersih. Hal ini dijelaskan di dalam hadis daripada Saad bin Abi Waqqas:

 

 

 

“Sesungguhnya kamu tidak akan mengeluarkan sesuatu perbelanjaan menuntut keredhaan Allah melainkan kamu mendapat ganjaran hingga benda yang kamu beri makan kepada isterimu.”

 

Zakat pada pengertian syarak pula ialah mengeluarkan sebahagian yang tertentu daripada harta benda yang diwajibkan ke atas seseorang yang cukup syarat dan diberikan kepada orang yang tertentu dengan syarat-syaratnya.

 

Zakat juga diertikan dengan nama atau sebutan suatu hak Allah Ta’ala yang dikeluarkan oleh seseorang kepada fakir miskin. Dinamakan zakat kerana di dalamnya harapan untuk beroleh berkat, membersihkan jiwa dan memupuk berbagai kebajikan.

9.4.2.2              Kewajipan Mengeluarkan Zakat.

 

Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang lima, di mana kewajipannya telah ditentukan oleh Allah SWT yang terdapat di dalam al Qur’an, al Hadis dan menjadi ijmak ulamak Islam.

 

Firman Allah SWT :

 

 

 

 

 

Maksudnya :

“Ambillah sebahagian dari harta mereka menjadi sedekah (zakat) supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari akhlak yamg buruk) dan doakanlah untuk mereka kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka.”

(At-Taubat : 103)

 

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

 

“Islam itu ditegakkan di atas lima dasar: Menyaksikan bahawa tidak ada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan bahawasanya Nabi Muhammad  itu pesuruh Allah, mengerjakan solat, memberi zakat, menunaikan ibadat haji di Baitullah dan mengerjakan puasa bulan Ramadhan.”

 

Zakat adalah ibadat harta yang sangat dititikberatkan dalam Islam hingga dijadikan salah satu daripada rukun Islam. Tiap-tiap orang Islam yang mempunyai harta hendaklah memberikan sumbangan umum, sama ada berupa wang ringgit, emas, perak, barang-barang dagangan, haiwan ternakan, buah-buahan atau biji-bijian menurut nisbah dan kadar-kadar yang tertentu yang diterangkan satu persatu di dalam Fiqh Islam.

 

 

9.4.2.3              Pembahagian Zakat.

 

Zakat dalam Islam terbahagi kepada dua iaitu Zakat Fitrah dan Zakat Harta Benda.

 

  1. Zakat Fitrah.

 

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang diwajibkan ke atas orang-orang Islam daripada makanan tertentu dengan sebab tamat bulan Ramadhan dan masuknya satu Syawal, dikeluarkan mengikut peraturan-peraturan yang tertentu.

 

              Daripada hadis Nabi SAW yang bermaksud :

 

“Rasulullah SAW telah mewajibkan Zakat Fitrah segantang kurma atau segantang syair ke atas hamba, orang merdeka, lelaki, perempuan kecil, besar dari kaum Muslimin dan disuruh mengeluarkannya sebelum orang keluar untuk sembahyang Hari Raya.”

(Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

 

Zakat ini diwajibkan pada akhir bulan Ramadhan ke atas tiap-tiap orang Islam yang cukup syaratnya. Tujuan diwajibkan zakat ini untuk membantu orang yang tidak bernasib baik seperti fakir miskin dan sebagainya, supaya mereka dapat merayakan Hari Raya Puasa seperti orang kebanyakan.

 

2.              Zakat Harta Benda.

Zakat Harta Benda ialah zakat yang diwajibkan daripada kekayaan yang tertentu mengikut syaratnya.

 

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

 

“Barang siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia mengeluarkan zakat hartanya.”

 

9.4.2.4              Harta Benda Yang Diwajibkan Zakat.

 

  1. Binatang ternakan : iaitu binatang Al-An’aam termasuk unta, kerbau, lembu, kambing dan biri-biri.
  2. Hasil-hasil tanaman dan buah-buahan: seperti padi, gandum, tamar dan sebagainya.
  3. Barang-barang perniagaan dan perdagangan: seperti barang-barang yang diperniagakan, kain baju, barang runcit dan lain-lain lagi.
  4. Emas, perak atau matawang.
  5. Harta Rikaz: iaitu harta yang dijumpai tertanam di dalam tanah.
  6. Barang-barang galian.

 

9.4.2.5              Orang-Orang Yang Berhak Menerima Zakat.

 

Firman Allah SWT:

 

 

 

 

 

 

Maksudnya :

“Sesungguhnya zakat itu hanyalah  untuk orang-orang fakir, miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dijinakkan hati mereka, untuk memerdekakan hamba, orang-orang yang berhutang untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan sebagai suatu ketetapan yang diwajibkan Allah dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”

(At-Taubat : 60)

 

Berdasarkan kepada firman Allah SWT ini, mereka yang berhak menerima zakat ialah :

 

  1. Fakir.
  2. Miskin.
  3. Para Amil.
  4. Orang Muallaf.
  5. Hamba Mukatab.
  6. Orang yang menanggung hutang (Al-Gharimain).
  7. Jalan Allah.
  8. Ibnus Sabil (Musafir).

9.4.2.6              Orang-Orang Yang Tidak Berhak Menerima Zakat.

 

  1. Orang yang kaya raya dengan harta atau yang kaya dengan usaha dan penghasilannya.
  2. Hamba sahaya kerana mereka mendapat nafkah daripada tuan mereka.
  3. Keturunan Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutalib.
  4. Orang-orang yang di dalam tanggungan pengeluar zakat.
  5. Orang-orang kafir.

 

9.4.2.7 Zakat : Peranan dan Kepentingannya.

 

Zakat ialah rukun Islam yang keempat. Allah mewajibkan ke atas setiap muslim, apabila berlebihan hartanya dari nisab dan telah sampai haulnya yang sempurna, supaya mengeluarkan zakatnya kepada orang fakir atu miskin, atau orang musafir, atau orang yang baru mendapat petunjuk kepada agama Islam, atau orang yang berhutang, atau pada salah satu dari jalan-jalan Allah.

 

Hak ini atau bahagian yang ditentukan ini tidak akan sampai kepada Allah Ta’ala. Ia tidak berhajat kepada harta itu. Sesungguhnya Allah telah mewajibkan zakat ke atas kita samalah seperti Ia mewajibkan sembahyang dan puasa yang pastinya mempunyai kelebihan dan kepentingan tertentu untuk manusia. Ia adalah rukun Islam yang penting, kerana ia menghiasi kaum muslimin dengan sifat-sifat mahu berkorban dan membuat bakti kerana mengharapkan wajah allah. Ia menaggalkan dari hati kita perasaan keakuan, cinta diri, sempit dada, pemujaan harta dan sifat-sifat keji yang lain.

 

Sebahagian dari faedah zakat di dunia ini ialah agar kaum muslimin itu tolong menolong dan bergotong royong antara sesamanya, sehingga tiada tinggal di kalangan mereka orang-orang yang tiada berpakaian, kelaparan dan terhina. Yang kaya membantu si miskin. Si miskin pula tidak perlu manadah tangan meminta pertolongan. Seseorang tidak membelanjakan hartanya dalam perbuatan-perbuatan angkuh dan berpoya-poya. Ia mengetahui bahawa dalam hartanya ada hak anak yatim, janda-janda, dan fakir miskin dari kalangan ummat. Ia mengetahui bahawa pada hartanya ada hak orang-orang yang sanggup bekerja tetapi tiada jalan baginya kerana kekurangan harta. Ia mengetahui bahawa dalam hartanya ada hak anak-anak yang bakat semulajadinya menunjukkan kecerdasan dan kepintaran tetapi tiada mempunyai kemampuan mencapai ilmu pengetahuan disebabkan kefakirannya. Ia mengetahui bahawa dalam hartanya ada hak orang yang lemah yang sentiasa tiada sanggup bekerja. Maka setiap orang kaya yang tidak mengiktiraf adanya hak-hak ini di dalam hartanya adalah orang zalim.

 

Kezaliman manakah yang lebih keji daripada kita yang mempunyai harta kekayaan bertimbun, mempunyai alat-alat mencapai kemewahan serta kemudahan yang boleh kita nikmati sendiri, dan kita bersenang-senang di dalam mahligai kita yang tinggi, dan kita berselesa menaiki kenderaan kita yang mewah dan megah, sedangkan di sekeliling kita beribu-ribu banyaknya saudara kita yang fakir yang hampir-hampir tiada mendapat jalan untuk memperoleh sepotong roti dan sesuap nasi, dan beribu-ribu banyaknya orang-orang yang sanggup bekerja tetapi merasa hampa tak tahu ke mana hendak dituju.

 

Sesungguhnya, zakat sangat penting dalam membela kehidupan dan ekonomi masyarakat Islam seluruhnya. Ia merupakan pemangkin kepada kemajauan ekonomi umat yang tiada dalam agama-agama lain.

9.4.2.8              Balasan Allah Kepada Orang Yang Enggan Mengeluarkan Zakat.

 

Terdapat banyak ayat al Qur’an dari hadis Rasulullah SAW tentang ancaman dan balasan seksa kepada mereka yang tidak mengeluarkan zakat harta. Di antara Firman Allah SWT :

 

 

 

 

 

Maksudnya:

“Dan (ingatlah) orang-orang yng menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya kepada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”

(At-Taubat: 34)

 

Di antara orang yang tidak mengeluarkan zakat itu ada yang diseksa di dunia ini sebelum mereka mati umpamanya Qarun dan Bani Israil.

 

Firman Allah SWT :

 

 

 

 

Maksudnya :

“Lalu Kami timbuskan dia bersama-sama dengan rumahnya di dalam tanah, maka tidaklah ia mendapat sebarang golongan yang boleh menolongnya dari azab Allah dan ia pula tidak dapat menolong dirinya sendiri.”

(Al-Qasas : 81)

 

 

 

 

 

 

 

Firman Allah SWT :

 

 

 

 

              Maksudnya:

“Dan janganlah sekali-kali orang-orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahanNya, menyangka bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka. Mereka akan dikalongkan (diseksa) dengan apa yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak.”

(Ali ‘Imran : 180)

 

Ada suatu riwayat mengambarkan bahawa harta yang tidak dikeluarkan zakat itu dijelmakan sebagai seekor ular besar di hari kiamat, lalu ular itu membelit leher orang yang mempunyai harta itu.

 

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

 

Setiap tuan punya emas dan perak yang tidak mengeluarkan haknya (zakatnya) melainkan di hari kiamat kelak emas dan perak itu dibentuk menjadi papan api yang dipanaskan di dalam Neraka Jahannam lalu dikenakan kepada dahi, rusuk dan belakangnya. Setiap kali papan api itu menjadi sejuk, dipanaskan semula. Setiap hari panjangnya sama dengan lima puluh ribu tahun.

 

Ayat-ayat dan hadis di atas menunjukkan kepada kita betapa dasyat dan seksanya yang tidak ada tolok bandingannya dengan seksa di dunia ini. Balasan seksa yang dikenakan sepadan dengan keengganannya mengeluarkan zakat. Oleh itu, cukup bagi kita untuk menyedari serta menginsafi bahawa zakat hendaklah dilaksanakan untuk menjauhkn diri daripada azab Allah.

 

 

9.4.3              IBADAT HAJI.

 

9.4.3.1 Pengertian Haji .

 

Mengikut bahasa pergi atau berkunjung. Mengikut istilah syarak ialah pergi ke Baitullah al Haram (Kaabah) untuk melakukan ibadah tertentu dengan syarat tertentu serta pada masa tertentu.

 

 

9.4.3.2              Hukum :

 

Ibadah Haji hukumnya wajib ke atas setiap muslim yang cukup syaratnya sekali seumur hidup.

 

Firman Allah SWT :

 

 

 

 

Maksudnya :

“Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadah haji dengan mengunjungi Baitullah, bagi mereka yang mampu sampai ke sana”.

( al-Imran : 97 )

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

 

“Wahai manusia sesungguhnya Allah mewajibkan ke atas kamu mengerjakan haji. Maka hendaklah kamu kerjakan. Tanya seorang sahabat : Apakah pada tiap-tiap tahun ya Rasulullah ? Baginda diam tidak menjawab sehingga orang itu mengulangi pertanyaan sebanyak tiga kali. Kemudian Nabi menjelaskan : “Kalau saya kata ini sudah tentu menjadi wajib setiap tahun, sedangkan kamu tidak kuasa melakukannya. Biarkan sahaja apa yang saya tinggalkan”.

9.4.3.3              Syarat Wajib Haji.

 

Syarat wajib Haji 5 perkara.

  1. Islam.
  2. Baligh.
  3. Berakal.
  4. Merdeka.
  5. Berkuasa.

 

Dimaksudkan dengan kuasa ialah :

  1. Mempunyai bekalan yang cukup (perbelanjaan) pergi danbalik untuk dirinya

              dan juga orang yang ditinggalkannya.

  1. Ada kenderaan.
  2. Aman dalam perjalanan.
  3. Mempunyai teman (bagi muslimah).
  4. Mendapat izin daripada suami.
  5. Mempunyai pembantu bagi mereka yang perlu bantuan.

              seperti orang tua dan orang buta.

9.4.3.4              Rukun Haji.

 

  1. Berniat ihram di Miqat.

 

 

Ertinya :Sahaja aku menegrjakan haji dan berihram dengannya kerana Allah Taala”.

 

      Atau niat bersama-sama dengan umrah :

 

 

Ertinya : “Sahaja aku mengerjakan haji dan umrah serta berihram dengannya kerana Allah Taala”.

 

Bagi orang yang mengerjakan Haji untuk orang lain :

 

Ertinya : “Sahaja aku mengerjakan haji bagi sipulan dan berihram dengannya kerana Allah Taala”.

 

  1. Wuquf di Arafah.

 

Iaitu beerda di Padang Arafah sekalipun sekejap – mulai selepas gelincir matahari pada 9 Zulhijjah sehingga fajar hari ke 10 sama ada diketahui atau tidak – selama tidak gila, tidak pitam, tidak mabuk, tidak hilang akal – sekiranya gila hajatnya dikira sebagai haji sunat sahaja. Setiap yang pitam sehingga habis waktu wuquf tidak sah hajinya. Orang yang mabuk dan hilang akal hajatnya seperti haji orang yang gila juga iaitu sunat.

 

  1. Tawaf di Kaabah - Iaitu mengelilingi kaabah sebanyak 7 kali.
  2. Saei – berulang alik sebanyak 7 kali bermula dari Safa’ dan berakhir di Marwah.
  3. Bercukur / menggunting rambut di kepala.
  4. Tertib pada kebanyakan rukun.

9.4.3.5              Jenis-Jenis Tawaf.

 

  1. Tawaf Qudumi aitu tawaf mula-mula sampai ke Baitullah.

 

  1. Tawaf Ifadhah iaitu tawaf rukun haji / umrah.

 

  1. Tawaf Nazar iaitu tawaf kerana nazar.

 

  1. Tawaf Sunat iaitu tawaf semata-mata sebagai amalan sunat.

 

  1. Tawaf Wida’ iaitu tawaf selamat tinggal.

9.4.3.6              Wajib / Fardhu Haji.

 

  1. Niat ihram.
  2. Bermalam di Muzdalifah.
  3. Melontar jamrah al Aqabah pada hari 10 Zulhijjah.
  4. Bermalam di Mina 11, 12 dan 13 Zulhijjah (hari-hari Tasyrik).
  5. Melontar di tiga-tiga jamrah pada hari tasyrik.
  6. Meninggalkan perkara-perkara yang di larang semasa berihram.

 

9.4.3.7              Tahallul.

 

Ertinya melepaskan diri daripada pantang larang dalam masa ihram. Tahallul terbahagi kepada dua :

  1. Tahallul awal – ialah apabila selesai mengerjakan dua dari tiga perkara.
  1. Melontar Jumrah Al Aqabah.
  2. Tawaf rukun dan saie jika saie belum dibuat.
  3. Bercukur / bergunting.

 

Apabila selesai melakukan tahallul awal jemaah Haji terlepaslah daripada pantang larang dalam masa ihram melainkan tiga perkara :

 

  1. Berkahwin atau mengahwinkan (menjadi wali atau wakil wali) atau

              menerima wakil kahwin.

  1. Melakukan perkara-perkara permulaan persetubuhan seperti bercium

              bercumbu-cumbuan dan sebagainya.

  1. Bersetubuh.

 

  1. Tahallul Thani – apabila selesai mengerjakan ketiga-tiga perkara yang tersebut di atas maka tidak ada lagi semua pantang larang semasa berihram itu.

 

Peringatan :

Mengerat, memotong, menebang, mencabut pokok dan tumbuhan di tanah haram dan memburu binatang buruan yang halal dimakan di Tanah Haram adalah haram sekalipun ia telah bertahallul kerana kehormatan Tanah Haram.

 

9.4.3.8              Miqat.

 

Ertinya ketentuan tempat atau masa untuk berniat ihram haji atau umrah. Miqat terbahagi kepada dua :

  1. Miqat Zamani (ketentuan masa).
  2. Miqat Makani (ketentuan tempat).

 

9.4.3.8.1    Miqat Zamani Haji.

             

Firman Allah SWT :

             

 

 

 

 

 

 

Maksudnya :

“(Masa untuk mengerjakan ibadah) haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadat haji itu maka tidaklah boleh menyetubuhi isteri dan tidak boleh berbuat maksiat dan tidak boleh bertengkar dalam masa mengerjakan ibadat haji.

              ( Al – Baqarah : 197 )

 

Miqat Zamani bagi Haji ialah bermula dari 1 hb. Syawal hingga fajar hari yang ke 10 Zulhijjah, inilah yang dinamakan bulan-bulan haji, tidak sah ihram Haji jika dilakukan di luar masa tersebut bahkan jadilah ihram umrah.

 

          1. Miqat Makani.

 

Miqat Makani bagi Haji ialah :

 

  1. Yalamlam : Miqat bagi penduduk-penduduk Yaman, India dan negeri-

              negeri sebelah Timur termasuk Malaysia dan Indonesia yang datang

              dengan kapal laut. Jaraknya dengan Mekah lebih kurang 89 km.

 

  1. Zulhulaifah (Biir Ali) : Miqat bagi penduduk Madinah dan sekitarnya,

              jaraknya dengan Mekah lebih kurang 450 km dan lebih kurang 10 km

              dengan Madinah.

 

  1. Aljuhfah (berdekatan Rabigh) : Miqat bagi penduduk Syam, Mesir,

              Maghribi (Morocco), negeri Sepanyol dan negeri-negeri dari arahnya,

              jaraknya dengan Makkah lebih kurang 187 km.

 

  1. Qarnul Manazil : Miqat ini bagi penduduk Kuwait, Najd dan bakal Haji

yang datang dengan kapal terbang melalui ruang angkasanya. Jaraknya dengan Makkah lebih kurang 94 km.

 

  1. Zatu Irqin : Miqat bagi penduduk Iraq, jaraknya dengan Makkah lebih

              kurang 94 km.

 

Bagi penduduk Makkah miqat makani haji  mereka ialah di rumah mereka sendiri.

 

 

9.4.3.9              Cara-Cara Mengerjakan Haji.

 

Para ulamak telah bersependapat bahawa cara mengerjakan Haji itu ada tiga iaitu :

        1. Haji Ifrad.
        2. Haji tamattuk.
        3. Haji Qiran.

 

Haji Ifrad

Mengerjakan Haji dan umrah berasingan iaitu umrah dikerjakan tidak dalam bulan-bulan haji (bermula dari 1 Syawal hingga kepada fajar 10 Zulhijjah) atau umrah tidak dikerjakan sama sekali.

 

Haji Tamattuk.

 

Mengerjakan umrah terlebih dahulu dalam bulan-bulan Haji, kemudian dikerjakan Haji dalam tahun itu juga. Cara ini dikehendaki seorang itu berniat ihram umrah sahaja serta ditunaikan segala rukun-rukun dan wajib-wajibnya apabila tiba waktu Haji hendaklah ia berihram Haji pula. Cara ini dikenakan dam mengikut syarat-syaratnya.

 

Haji Qiran.

 

Mengerjakan ibadat Haji dan umrah di dalam bulan-bulan Haji dengan serentak ataupun berniat mengerjakan umrah sahaja tetapi sebelum tawaf ia berniat mengerjakan Haji berserta umrahnya. Maka wajiblah orang yang berihram cara ini melaksanakan dam mengikut syarat-syaratnya.

 

Peringatan :

Mengikut pendapat Mazhab Syafie Haji Ifrad adalah lebih afdhal dengan syarat hendaklah dikerjakan umrah di dalam tahun itu juga.

9.4.3.10 Larangan-Larangan Semasa Ihram.

 

Sebaik sahaja seseorang itu berniat Haji atau umrah maka wajiblah menjaga pantang larang ihram seperti berikut :

 

  1. Menutup kepala atau sebahagian daripadanya bagi lelaki, seperti memakai songkok, serban dan sebagainya tetapi tidak menjadi larangan sekiranya berteduh di bawah batang pokok atau payung.
  2. Memakai pakaian bersarung sama ada berjahit atau sebagainya bagi lelaki seperti seluar, baju kemeja dan sarung kaki.
  3. Menutup muka bagi wanita.
  4. Memakai sarung tangan.
  5. Memakai bau-bauan pada badan atau pakaian atau pada makanan, minuman atau menyedutnya ke dalam hidung.
  6. Memakai minyak rambut pada kepala atau janggut.
  7. Menanggalkan rambut atau menghilangkan mana-mana bulu di anggota badan.
  8. Mengerat atau membuang kuku.
  9. Memotong, menebang atau mencabut pokok atau tumbuh-tumbuhan di Tanah

              Haram.

  1. Memburu binatang buruan yang halal dimakan atau membinasakannya sama ada di Tanah Haram atau di Tanah Halal.
  2. Bersetubuh.
  3. Melakukan perkara pendahuluan bersetubuh seperti bercium, berkucupan atau

              berpelukan yang menaikkan nafsu syhahwat.

  1. Akad nikah sama ada ijab atau qabul untuk diri sendiri atau mewakili orang lain.

9.4.3.11  Perbezaan Rukun Haji Dengan Fardhu / Wajib Haji.

 

  1. Bagi rukun Haji ialah perkara yang mesti dilakukan dan kalau tidak dilakukan tidak sah hajinya.
  2. Bagi fardhu/wajib Haji ialah perkara yang yang mesti dilakukan tetapi kalau tidak dilakukan sah hajinya dan wajib membayar dam.

 

 

 

 

9.4.3.12  Haji : Peranan dan Kepentingannya.

 

Islam tiada mewajibkan haji melainkan ke atas mereka yang sanggup pergi ke Makkah di antara orang-orang muslim yang kaya. Islam tidak mewajibkan mereka mengerjakan haji melainkan sekali sahaja untuk seumur hidup.

 

Apabila kita perhatikan pekerjaan haji ini, ia adalah pengabdian ke hadrat Allah Ta’ala yang paling penting dan paling besar keadaannya. Mengapa manusia sanggup meninggalkan pekerjaannya, anak-anak dan kawan-kawannya, lalu menempuh perjalanan jauh yang sukar dan berat jika hatinya kosong dari kasih akan allah Ta’ala?

 

Tujuan orang muslim yang keluar dari rumahnya, memulakan perjalanan menuju ke Baitullah al-Haram tidak sama dengan lawatan yang biasa. Bahkan seluruh cita-citanya dalam lawatan Haji ini tertumpu kepada Allah Ta’ala. Bertambah ke dalam hatinya perasaan cinta dan rindunya kepada rumah Allah. Seluruh hati dan jiwanya tertumpu kepada ibadat yang dilaluinya. Alangkah dekatnya diri ketika itu dengan Allah. Satu perasaan yang tidak dapat dilalui oleh orang yang tidak mengerjakannya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 



AKTIVITI

9B

 

 

9.6 Berdasarkan ayat di bawah, senaraikan golongan-golongan yang berhak untuk menerima zakat .

 

Frman Allah SWT :

 

( At-Taubat : 60 )

 

9.7    Abdullah membayar zakat fitrah setelah terbenam matahari pada hari raya Aidil Fitri, hukumnya…

    1. Wajib.
    1. Sunat.
    2. Haram.
    3. Harus.

 

 

    1.    Manakah antara yang berikut kenyataan yang salah berkenaan ibadah puasa..
  1. Diwajibkan pada bulan Ramadhan.
  2. Diharamkan pada 1 Syawal dan 10 Zulhijjah.
  3. Disunatkan pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah.
  4. Dimulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari.

 

 

 

 

 

    1. Sebaik sahaja seseorang itu berniat haji atau umrah maka wajiblah jemaah menjaga pantang larang ihram tersebut .

Nyatakan LIMA pantang larang semasa di dalam ihram

 

1.

____________________________________________________________

2.

____________________________________________________________

3.

____________________________________________________________

4.

____________________________________________________________

5

____________________________________________________________

 

 

    1. Terdapat LIMA jenis tawaf Haji.

Jelaskan secara ringkas

 

Bil

Tawaf

Maksud

1.

Qudum

 

2.

Ifadhah

 

3.

Nazar

 

4.

Sunat

 

5.

Wida’

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 



MAKLUM BALAS AKTIVITI 9B

 

 

9.6 Golongan yang berhak mendapat zakat :

  1. Fakir.
  2. Miskin.
  3. Para Amil.
  4. Orang Muallaf.
  5. Hamba Mukatab.
  6. Orang yang menanggung hutang (Al-Gharimain).
  7. Jalan Allah.
  8. Ibnus Sabil (Musafir).
    1. C.

 

9.8              C.

 

9.9       Pantang larang semasa ihram :

  • Menutup kepala atau sebahagian daripadanya bagi lelaki, seperti memakai songkok, serban dan sebagainya tetapi tidak menjadi larangan sekiranya berteduh di bawah batang pokok atau payung.
  • Memakai pakaian bersarung sama ada berjahit atau sebagainya bagi lelaki seperti seluar, baju kemeja dan sarung kaki.
  • Menutup muka bagi wanita.
  • Memakai sarung tangan
  • Memakai bau-bauan pada badan atau pakaian atau pada makanan, minuman atau menyedutnya ke dalam hidung.

 

9.10               Jenis-Jenis Tawaf:

  • Tawaf Qudum              : Iaitu tawaf mula-mula sampai ke Baitullah.
  • Tawaf Ifadhah              : Iaitu tawaf rukun haji / umrah.
  • Tawaf Nazar              : Iaitu tawaf kerana nazar.
  • Tawaf Sunat              : Iaitu tawaf semata-mata sebagai amalan sunat.
  • Tawaf Wida’              : Iaitu tawaf selamat tinggal .

 

 

 



PENILAIAN KENDIRI

 

 

Firman Allah SWT :

 

 

 

 

 

Maksudnya :

“Dan dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar.”

(Al-Ankabut : 45)

 

        1. Berdasarkan firman Allah di atas, huraikan kefahaman anda.

 

        1. Allah SWT telah memberikan kelonggaran kepada umat Islam dalam mengerjakan solat ketika bermusafr. Namun begitu Islam telah menetapkan syarat yang membolehkan sembahyang diqasarkan.

Nyatakan LIMA syarat solat qasar.

 

 

        1. Siapakah di antara mereka ini yang wajib mengerjakan solat ?
  1. Ali seorang hafiz al Quran walaupun umurnya baru 8 tahun.
  2. Pak Meon yang pekak dan bisu sejak lahir.
  3. Omar Chong yang berumur 25 tahun dan baru 2 hari memeluk Islam.
  4. Kabir seorang yang hilang akal.

 

        1. Ahmad mengusahakan ternakan ayam daging secara besar-besarn. Dia sedar tentang kewajipannya untuk mengeluarkan zakat. Apakah jenis zakat yang wajib dikeluarkannya ?
  1. Zakat perniagaan.
  2. Zakat binatang ternakan.
  3. Zakat kewangan.
  4. Zakat harta.

 

        1. Aminah telah makan sepinggan nasi hingga kenyang, selepas itu baru dia menyedari yang dia sedang berpuasa. Oleh itu puasanya dianggap…
  1. Tidak sah, sebab  dia makan sehingga kenyang.
  2. Tidak sah, sebab syarat sah puasa ialah tidak makan dan tidak minum.
  3. Sah, sebab dia terlupa.
  4. Sah, sebab dia tersangat lapar.

 

        1. Siapakah antara mereka yang diwajibkan membayar zakat sekiranya meninggalkan puasa Ramadhan ?
  1. Orang yang tersangat tua.
  2. Perempuan yang sedang haid dan nifas.
  3. Perempuan yang hamil.
  4. Orang yang musafr kerana tujuan baik.

 

 

7. Senaraikan LIMA syarat wajib Haji.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 



MAKLUM BALAS PENILAIAN

KENDIRI

 

 

1.               Solat akan memberi kesan terhadap pembersihan diri dan mengawalnya daripada terjerumus ke dalam lembah kehinaan atau keburukan serta membersihkan manusia daripada naluri-naluri yang tidak sihat.

Dan lain-lain jawapan

 

 

2.   Syarat Sah Solat Qasar:

 

  • Perjalanan yang diharuskan oleh syarak kerana tujuan suci baik seperti menunaikan fardhu Haji atau sebagainya.
  • Perjalanan itu hendaklah lebih dari dua marhalah yang kira-kira 92 km lebih kurang.
  • Solat qasar itu hendaklah dilakukan di dalam waktunya iaitu di masa perjalanan.
  • Solat qadha’ tidak boleh qasar.
  • Hendaklah ada niat qasar solat pada mula-mula Takbiratul Ihram.
  • Janganlah orang musafir itu solat qasar di belakang imam yang              solat fardhu lengkap.
  • Solat yang empat rakaat sahaja yang boleh diqasarkan.

 

 

3.              A.

 

 

4.               A.

 

 

5.              C.

 

 

6.               A.

 

 

        1. Syarat wajib Haji ialah :

 

Syarat wajib Haji LIMA perkara.

  1. Islam.
  2. Baligh.
  3. Berakal.
  4. Merdeka.
  5. Berkuasa.

 

 

______________________________________________________________________________________


No comments:

Post a Comment