Saturday 5 September 2009

UNIT5

  A 1001 / UNIT 5 / 21

KONSEP JAHILIAH                                                          

 

__________________________________________________________________                                                               

UNIT 

5

UNIT  5

KONSEP

JAHILIYAH

 

ËËËËËËËËËËËËËËËËËËËËËËËËËËËËËËËËËËËËËËËËËËËËËËËËËËËËËËËËËË

 

   OBJEKTIF



 

 

OBJEKTIF AM

 

 

  1. Mengetahui dan memahami konsep dan amalan jahiliyah.
  2. Memahami perbezaan corak kehidupan jahiliah dengan corak kehidupan berlandaskan Islam.

 

OBJEKTIF KHUSUS

 

 

Di akhir unit ini pelajar akan dapat:

 

  1. menyenaraikan ciri-ciri amalan jahiliyah.
  2. memberi contoh amalan jahiliah dalam masyarakat hari ini.
  3. menyatakan ciri perbezaan kehidupan jahiliyah dengan ciri kehidupan berlandaskan Islam.

 

 

 

 

 

 



INPUT

(KONSEP JAHILIYAH)

 

 

  1. PENGENALAN.

 

Dewasa ini kita lihat masyarakat sudah kembali ke zaman Jahiliyah, di mana segala tindak tanduk sebahagian daripada ahli masyarakat sudah lagi tidak berlandaskan agama atau nilai-nilai moral sejagat.

5.1              Pengertian Jahiliyah.

 

Jahiliyah menurut penjelasan oleh al Quran ialah “Sikap menolak petunjuk Allah SWT, tidak mahu menerima, tidak mahu patuh dan tidak mahu tunduk

kepada hukum-hukum Allah.”

Ya Allah…Ya Tuhanku…..jauhilah aku dari menjadi pengikut firaun ini….mereka adalah orang jahiliah yang menolak segala petunjuk Allah yang benar

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Firman Allah SWT :

                           

             

 

Maksudnya :

“Apakah hukum jahiliah yang mereka kehendaki ? Dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi yang yakin?”

(Al-Ma’idah : 50)

 

Al Quran menjelaskan bahawa kejahilan orang-orang Arab Jahiliyah bukanlah kerana mereka tidak mengetahui ilmu-ilmu falak, kimia dan perubatan atau mereka tidak mengetahui politik atau tertinggal dalam bidang kebendaan atau mereka langsung tidak mempunyai nilai-nilai kemuliaan diri. Sebaliknya al Quran menyebut mereka itu kaum jahiliyah kerana mereka menghukumkan sesuatu mengikut hawa nafsu dan menolak hukum Allah. Oleh itu satu-satunya tukaran untuk jahiliyah ialah Islam.  Itulah yang digunakan oleh al Quran untuk mengukur kehidupan manusia sebagai lawan jahiliyah, sama ada jahiliyah Arab atau jahiliyah lainnya dalam sejarah.

 

Sesungguhnya kitab suci al Quran telah banyak menceritakan peradaban umat-umat yang terdahulu seperti peradaban Roman, China dan lain-lain. Ternyatalah peradaban mereka lebih tinggi daripada peradaban bangsa Arab semasa datangnya Islam. Namun demikian Islam masih menganggap peradaban itu sebagai jahiliyah juga kerana ia tidak mengikut petunjuk Allah.

 

Firman Allah:

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Maksudnya :

“Dan apakah mereka tidak mengadakan perjalanan di muka bumi dan memperlihatkan bagaimana akibat (yang dideritai) oleh orang-orang sebelum mereka ? Orang-orang itu lebih kuat daripada mereka (sendiri). Dan telah mengolah bumi (tanah) serta memakmurkan lebih banyak daripada apa yang telah mereka makmurkan. Dan telah datang kepada mereka Rasul-rasul mereka membawa bukti nyata (tetapi mereka mendustakannya, lalu Allah mengazab mereka). Maka Allah sekali-kali tidak berlaku zalim kepada mereka akan tetapi mereka yang berlaku zalim kepada diri mereka sendiri.”

(Ar-Rum : 9)

 

Balasan orang-orang yang mengerjakan kejahatan adalah azab yang lebih buruk kerana mereka mendustakan ayat-ayat Allah dan mereka selalu memperolok-oloknya.

 

 

 

    1. CIRI-CIRI AMALAN JAHILIYAH MASA KINI.

 

              Terdapat beberapa amalan masa kini yang dapat diklasifikasikan sebagai amalan jahiliyah dan amalan itu kini menjadi ikutan sebahagian dari masyarakat Islam yang tidak kuat pegangan akidahnya. Terdapat 4 ciri amalan jahiliah iaitu :

 

      1. Tidak Beriman Kepada Allah Dengan Keimanan Sebenar.

             

              Ia merupakan ciri yang utama yang terdapat di dalam semua bentuk jahiliyah.    Ketiadaan iman ini adalah merupakan perkara asasi yang menyebabkan lahirnya jahiliyah itu sendiri dan yang menimbulkan pelbagai bentuk penyelewengan lainnya.

 

Mengikut sejarah, tidak ada penyelewengan yang tidak menimbulkan kekacauan. Dengan ini jelaslah bahawa hanya keimanan yang sebenar terhadap Allah sahaja akan dapat membetulkan segala penyelewengan.  Ini adalah kerana tenaga utama yang akan bergerak dan menguasai diri manusia keseluruhannya seperti akhlaknya, sikapnya, perbuatannya dan perasaannya adalah merupakan tenaga yang digerakkan hasil dari keimanannya terhadap Allah.

 

Orang Arab Jahiliyah mengetahui tuhan dan mempercayai adanya tuhan, tetapi kepercayaan mereka tidak dapat membetulkan penyelewengan disebabkan kepercayaan mereka tidak benar. Mereka tahu tuhan tetapi mereka menyembah tuhan-tuhan lainnya. Mereka tahu tuhan (Allah) tetapi mereka tidak mematuhi syariatNya. Oleh sebab itu mereka dikatakan kaum Jahiliyah.

 

              Firman Allah SWT:

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

             

              Maksudnya :

“Dan sesungguhnya  jika kamu  tanyakan kepada mereka, siapakah yang menciptakan langit dan bumi ? Tentu mereka menjawab Allah.”

(Lokman : 25)

 

 

 

 

 

 

 

Firman Allah SWT:

 

 

 

Maksudnya :

“Dan jika tanyakan kepada mereka, siapakah yang menciptakan mereka? Nescaya mereka menjawab Allah.”

(Al-Zukhruf : 87)

 

Firman Allah SWT :

 

 

 

                            Maksudnya :

“Katakanlah siapakah yang berkuasa menciptakan pendengaran dan penglihatan dan siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan yang mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan siapakah yang mengatur segala urusan ? Maka mereka menjawab Allah, mengapa kamu tidak bertaqwa kepadaNya.”

(Yunus : 31)

 

Mematuhi syariat Allah tidak ada beza hukumnya dengan hukum mempercayaiNya. Apabila seseorang itu beriman dengan Allah maka dengan sendirinya Allah dijadikan tempat atau punca pengambilan peraturan hidupnya sebab semua yang ada di dunia ini termasuk manusia adalah datang dari Allah. Maka Allah yang layak membuat peraturan kepada manusia dan peraturanNya yang lebih layak dipatuhi.

 

              Firman Allah SWT :

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Maksudnya :

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitab Taurat di dalamnya (ada) petunjuk dan cahaya (yang menerangi) yang dengan kitab itu dapat diputuskan perkara orang-orang Yahudi oleh Nabi-nabi yang menyerah diri kepada Allah, oleh orang-orang yang alim mereka dan pendita-pendita mereka disebabkan mereka diperintahkan memelihara kitab-kitab Allah dan mereka menjadi saksi terhadapnya Kerana itu janganlah kamu takut kepada manusia (tetapi) takutlah kepadaKu. Dan janganlah kamu menukar ayat-ayat dengan harga yang sedikit. Barang siapa yang tidak memutuskan menurut apa-apa yang diturunkan Allah maka mereka itu adalah orang-orang kafir. Dan kami telah tetapkan terhadap mereka di dalamnya (Taurat) bahawasanya jiwa (dibalas) dengan jiwa, mata dengan mata, hidung dengan hidung, telinga dengan telinga, gigi dengan gigi dan luka (pun) ada qisasnya. Barang siapa yang melepaskan hak itu (menjadi) penabur dosa baginya. Barang siapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim.

(Al-Ma’idah : 44-47)

 

Kesimpulannya, iman adalah punca kepada segala kebaikan dan kekufuran (Jahiliyah) adalah punca segala penyelewengan.

 

      1. Jahiliyah Tidak Mengikut Hukum Allah Tetapi Hanya Berlandaskan Hukum Nafsu.

 

Inilah ciri yang kedua bagi segala macam bentuk jahiliyah yang lahir disebabkan ketiadaan iman yang sebenar terhadap Allah, serta tidak mematuhi undang-undangNya.

 

Nafsu tidak boleh dijadikan hakim bagi mengawal kehidupan manusia sebab kehendak nafsu sentiasa tamak dan cenderung kepada kejahatan, kehendak nafsu sentiasa berubah dari semasa kesemasa dari suatu keadaan kesuatu keadaan, kehendak nafsu juga berbeza dari sudut umat dengan umat yang lain.Tetapi syariat Allah adalah bersih tidak dipengaruhi oleh nafsu, sebab Allah tidak mempunyai sesuatu muslihat tertentu terhadap mana-mana jua kumpulan manusia.

 

Kaum jahiliyah mengikut hawa nafsu dalam menjalani kehidupan seharian. Bagi mereka nafsulah yang mengawal diri mereka untuk melaksanakan sesuatu dalam kehidupan.

 

 

Beginilah keadaan umat Islam masa dulu….disiksa kerana tidak mahu meninggalkan ISLAM…

 

 

 

Dengan ini maka ada dua pilihan bagi manusia iaitu sama ada mahu mengikut syariat Allah (Islam) ataupun mengikut nafsu (Jahiliyah).

 

 

      1. Mempunyai Taghut.

 

Setiap bentuk jahiliyah mempunyai taghut di muka bumi ini. Taghut ertinya setiap mereka yang berusaha untuk memalingkan manusia daripada beriman dan beribadat kepada Allah dan menghukum manusia mengikut hawa nafsu mereka, orang yang berusaha dan bercita-cita seperti demikian sama ada individu atau jemaah atau apa juga kuasa yang cuba menjauhkan manusia dari Allah mereka adalah taghut namanya.

                    

              Firman Allah  SWT :

 

 

 

 

 

 

 

 

Maksudnya :

“Allah pelindung orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang kafir pelindungnya adalah syaitan (taghut). Syaitan mengeluarkan mereka daripada cahaya kepada kegelapan (kekafiran) mereka itu adalah penghuni neraka. Mereka kekal di dalamnya.”

(Al-Baqarah : 257)

 

Apa juga bentuk taghut tidak suka melihat manusia beriman dan mengabdikan diri kepada Allah. Mereka tidak boleh hidup dengan adanya kesetiaan dan keimanan kepada Allah. Oleh sebab itu mereka sentiasa memusuhi aqidah yang sebenar untuk berkuasa.

 

 

TAGHUT sentiasa berusaha untuk memecahbelahkan umat Islam….jadi kita mesti kuat dan bersatu…hidup dalam satu jamaah.

 

 

 

 

 

 

      1. Setiap Bentuk Jahiliyah Menyeleweng Dari Hukum Allah Kerana Terpesona Dengan  Keinginan Nafsu Yang Melampaui Batas.

 

 

Firman Allah SWT :

 

 

 

 

 

 

Maksudnya :

“Sesungguhnya nafsu (manusia) itu sangat menyuruh kepada melakukan kejahatan…”

 

(Surah Yusuf : 53)

Firman Allah SWT :

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Maksudnya :

“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecantikan kepada apa-apa yang diingininya iaitu wanita-wanita, harta yang banyak dan jenis emas, perak, kuda-kuda pilihan, binatang-binatang ternakan dan sawah ladang, itulah kesenangan manusia hidup di dunia dan di sisi Allah tempat kembali yang baik (syurga).’’

                                                                                             (Ali Imran:14)

 

Nafsu pada asalnya adalah suatu yang dikehendaki dalam diri manusia. Oleh itu menginginkan perkara tersebut adalah diperlukan dalam kehidupan manusia, bahkan mustahak bagi manusia sebagai khalifah Allah yang ditugaskan untuk memakmurkan dunia. Oleh sebab itu didapati manusia itu dipengaruhi hidupnya oleh perasaan ingin memiliki sesuatu untuk hidup tetapi haruslah dikawal oleh agama. Supaya keinginan nafsu dapat dicapai untuk dimanfaatkan bagi memakmurkan dunia demi mencari keredhaan Allah SWT.

 

Manusia di dalam kehidupannya tidak dapat mengawal atau menguasai perasaan nafsu yang akan membawa penyelewengan kecuali dengan iman kepada Allah dan hidup di bawah naungan syariatNya. Sebab orang yang tunduk  di bawah nafsunya apabila melakukan kesalahan akan dapat lari, tetapi dia tidak akan terlepas dari penglihatan Allah dan balasanNya di akhirat kelak.

 

Oleh itu manusia haruslah memperkuatkan iman terhadap Allah supaya terselamat dari kehidupan yang menyeleweng, itulah kehidupan jahiliyah.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Aku jugak…..Aminnnn……..

 

 

YA ALLAH…YA TUHANKU…ISK..ISK ..KAU JAUHILAH AKU DARI MENJADI ORANG YG JAHIL DALAM AGAMAMU…ISK..ISK...KAU KUATKANLAH UMATMU UNTUK MENJADI UMAT YANG SATU..ISK..ISKGOLONGKANLAH KAMI DALAM GOLONGAN ORANG BERIMAN YANG BAKAL MENJADI PENGHUNI SYURGAMU… AMINNNNN…ISK..ISK..SSSYYYRUUUUUP…

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 



AKTIVITI

5A

 

 

 

Arahan :

Jawab semua soalan.

 

 

    1. Apakah yang dimaksudkan dengan jahiliyah ?

_____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

 

 

    1. Senaraikan 4 ciri-ciri amalan jahiliyah yang diamalkan oleh umat Islam pada hari ini.

 

____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

 

 

    1. Al-Quran banyak menceritakan tentang peradaban umat-umat terdahulu seperti peradaban Roman dan China. Selain itu al Quran juga menceritakan tentang masyarakat Arab jahiliyah.

Apakah yang dimaksudkan dengan jahiliyah ?

 

  1. Tidak mengetahui tentang politik.
  2. Tidak mahir dalam ilmu kimia, falak dan perubatan.
  3. Tidak menerima petunjuk Allah dan tunduk kepada hukum-hukumnya.
  4. Ketinggalan dalam bidang kebendaan dan tidak mempunyai kemulian diri.

 

 

 

 



MAKLUM BALAS AKTIVITI 5A

 

 

5.1               Jahiliyah menurut penjelasan oleh al Quran ialah “Sikap menolak petunjuk Allah SWT, tidak mahu menerima, tidak mahu patuh dan tidak mahu tunduk kepada hukum-hukum Allah.”

 

5.2               1. Tidak beriman kepada Allah dengan keimanan sebenar.

                            2. Jahiliah tidak mengikut hukum Allah tetapi mengikut hukum nafsu.

                            3. Mempunyai Taghut.

4. Setiap bentuk jahiliah menyeleweng dari hukum Allah terpesona dengan

   nafsu keinginan yang melampaui batas.

 

5.3               C

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 



INPUT

(KONSEP JAHILIAH : SAMBUNGAN)

 

    1. ANCAMAN JAHILIYAH MASA KINI.

 

Ternyata amalan yang dilakukan oleh kaum jahiliyah amat sukar dikikis dan dihapuskan dalam masyarakat kita, sebaliknya kaum jahiliyah ini telah mengancam umat Islam masa kini. Ancaman-ancaman yang dilakukan oleh golongan jahiliyah terhadap umat Islam meliputi semua aspek kehidupan seperti:

 

      1. Akidah.

 

Akidah jahiliyah adalah bertentangan dengan aqidah Islam, sama ada dari aspek kepercayaan, perkataan atau pun perbuatan.  Akidah jahiliyah adalah karut iaitu tidak mahu menerima dan patuh dengan ajaran Islam serta mengingkari hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh al Qur’an dan al Sunnah.  Contohnya mempercayai tilik nasib, bomoh dan juga tangkal azimat.

 

Jangan percaya pada tukang tilik….bomoh…..tangkal….semua tu benda syirik…nak mintak apa…mintak pada Allah SWT…

BERUSAHA, IKHTIAR, BERDOA, dan BERTAWAKKAL pada Allah…depa tu bukannya tahu apa-apa pun….tunjuk lagak jaaaa

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

             

 

 

 

 

 

 

              Firman Allah SWT :

 

 

 

 

Maksudnya :

“Allah telah mensyaria’atkan agama untukmu semua iaitu yang diwasiatkan kepada Nuh yang Kami wahyukan padamu, juga Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa, hendaklah kamu semua menegakkan agama itu dan jangan berselisih di dalam melaksanakannya.”        

                          (Asy-Syura :  13)

 

Hanya Allah yang wajib disembah dan tempat untuk meminta pertolongan.  Umat Islam hendaklah menjauhi ancaman golongan jahiliyah yang cuba memesongkan aqidah mereka dengan kepercayaan yang karut seperti menyembah pokok, matahari, kubur dan sebagainya. Sebaliknya umat Islam diseru supaya sentiasa menegakkan agama Allah untuk kesejahteraan hidup di dunia dan juga di akhirat.

 

 

      1. Ibadah.

 

Ancaman jahiliyah terhadap ibadah umat Islam hari ini adalah dengan mewujudkan pusat-pusat hiburan seperti pub, karaoke, cyber café dan sebagainya. Begitu juga media cetak dan media elektronik yang turut memaparkan pelbagai jenis hiburan yang ada sesetengahnya tidak sesuai untuk dibaca atau ditonton. Pusat-pusat hiburan ini akan memberi kesan kepada umat Islam, terutamanya golongan remaja dari mengerjakan ibadah. Mereka (umat Islam) akan sentiasa sibuk dengan hiburan sehinggakan tiada masa untuk mengerjakan ibadah seperti sembahyang berjamaah, bertadarus dan lain-lain lagi.  Masjid dibiarkan kosong tanpa penghuni dan kalau ada pun hanyalah golongan tua yang tidak berdaya untuk mencari hiburan.

 

Untuk melawan ancaman ini, umat Islam harus kuat dan bersatu padu sama ada dengan cara memulaukan pusat-pusat hiburan ataupun pihak yang berwajib tidak mengeluarkan lesen untuk membina pusat-pusat hiburan secara berleluasa. Hanya amalan yang diredhai Allah sahaja yang menjadi penolong kita di akhirat.

 

Inilah balasan yang aku dapat…. Orang lain pergi sembahyang…..aku sibuk pergi Racinggg……Ya Allah ampunilah segala dosa-dosa ku……Amin…

 

 

 

 

      1. Sosial.

Sistem sosial yang diamalkan oleh golongan jahiliyah ialah pilihan antara individu dan masyarakat.  Sekiranya  mereka memilih kehidupan individu, hak itu dianggap suci dan tidak boleh dicerobohi. Mereka memandang tinggi kedudukan individu sehingga mengabaikan hak masyarakat. Masyarakat tidak boleh mencampuri urusan peribadi, mereka bebas melakukan apa sahaja tanpa batasan.

 

Di satu pihak lain, sekiranya sistem sosial mereka ditegakkan di atas kehidupan  masyarakat, mereka akan menganggap masyarakat itu suci dan lebih berhak atas segalanya sehingga mengabaikan hak individu. Individu tidak berhak memikirkan sesuatu, menentukan fikiran, kepercayaan dan adat kebiasaannya sendiri. Individu harus tunduk kepada masyarakat.

Mengumpat jeee….berkenalan  tidak…MENGUMPAT NI IBARAT MAKAN DAGING SAUDARA SENDIRI….Sedap ke makan daging manusia ???

 

 

Eh…kau tahu tak…jiran baru aku tu kan…..pot….pet…pot…pet….bla…bla…diakan…….hari tukan aku tengok kan…..pot…pet….bla…bla…bla

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ancaman sosial jahiliyah hari ini begitu jelas dan nyata terhadap umat Islam, oleh itu untuk membanterasnya umat Islam tidak boleh memisahkan antara individu dan masyarakat. Sebaliknya individu dan masyarakat harus saling bergantungan untuk menegakkan agama Allah.  Apabila masyarakat mengambil tahu hak individu dan individu mengambil tahu hak masyarakat, maka masalah sosial yang berlaku seperti buang bayi, sumbang mahram, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dapat dihapuskan.

 

      1. Akhlak.

 

Akhlak masyarakat jahiliyah sangat buruk di mana mereka boleh melakukan apa sahaja tanpa batasan.  Mereka tidak ada sistem nilai  seperti wajib, haram, sunat, harus dan makruh yang memberi balasan kepada pelakunya sama ada mendapat pahala ataupun dosa.  Oleh sebab itu mereka boleh bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, melakukan zina, meminum arak, berjudi, hisap dadah, memakan pil estacy  dan sebagainya.   Tiada lagi adab sopan dan tatasusila sebagai seorang yang bergelar Islam.  Ancaman ini menyebabkan manusia tunduk dengan  hawa nafsu yang dipimpin oleh syaitan.

Sebagai seorang yang beragama Islam, marilah bersama-sama kita berusaha untuk mengembalikan semula akhlak Islamiyah ke dalam masyarakat agar mereka tidak terus terleka dengan keseronokan dunia.

 

 

Mak….bagus le rancangan Ehwal Islam ni…banyak ilmu akhirat  yang joyah dapat….kenape ye mak…orang muda sekarang  tak nak tengok rancangan macam ni….

Iye la joyah….dari kita tengok  cerita entah apa-apa tu …lebih baik tengok cerita yang berilmu ni….dapat jugak kita manfaat dunia dan akhirat…

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

              Firman Allah:

 

 

 

 

 

Maksudnya :

Dan tidaklah (dinamakan) kehidupan dunia ini melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan.”

(al-Ana’am : 32)

 

      1. Pemikiran.

 

Jahiliyah sentiasa ingin merosakkan pemikiran umat Islam dari aspek hubungannya dengan tuhan, dengan alam dan kehidupan sesama manusia. Mereka menyelewengkan pemikiran manusia mengenai hakikat ketuhanan yang sebenar serta hubungan manusia dengan tuhan. Mereka menyeleweng dari tujuan asal mengapa manusia diciptakan sebagai khalifah Allah yang ditugaskan untuk menegakkan Islam dan menjaga keamanan di muka bumi.  Sebaliknya jahiliyah mempunyai taghut yang menyebabkan kehidupan manusia terbahagi kepada dua :

 

 

 

 

 

  • Sudah…sudah la Bedah oiiii….bawak mengucap …dah nak habis waktu maghrib ni….asyik benor kamu dengan muzik yang melekakan tuuu ……

    Cenderung kepada ketuhanan.

 

Walaupun Tuhan (Allah) masih tetap disembah, tetapi pemikiran mereka lebih dikuasai oleh ‘tuhan-tuhan’ yang tidak berhak disembah yang mereka sengaja ada-adakan.

 

  • Cenderung kepada alam nyata / dunia. (Menjauhi agama Allah)

 

Yang cenderung untuk menjauhi agama Allah adalah lebih ramai yang akan menyebabkan rosaknya kehidupan di muka bumi. Mereka leka dengan keindahan di dunia yang melampaui batas seperti menceburkan diri ke lembah maksiat dengan berjudi, minum arak berzina dan sebagainya.  Mereka lupa dengan kehidupan akhirat dan lalai dalam mengerjakan suruhan Allah.

 

 

 

 

 

 

      1. Ekonomi.

 

Ekonomi jahiliyah lebih menguasai ekonomi Islam. Amalan riba semakin bertambah. Bagi orang-orang yang mengamalkan ekonomi jahiliyah riba telah menjadi nadi dalam kehidupan seharian.

 

Allah SWT berfirman:

 

 

 

 

Maksudnya :

“Padahal Allah telah menghalalkan jual beli(berniaga) dan mengharamkan riba”

 

(Al-Baqarah : 275)

 

Dari ayat di atas jelas kepada kita bahawa Allah telah mengharamkan riba dan menghalalkan jual beli. Ekonomi jahiliyah telah membolehkan riba yang amat bertentangan dengan ekonomi Islam.  Ternyata riba telah memeras hak masyarakat Islam dan ekonomi jahiliyah lebih cenderung kepada ekonomi Kapitalisme, yang mana masyarakat sentiasa ditindas untuk keuntungan sebelah pihak.

 

Untuk mendapat keberkatan dari Allah, maka kita hendaklah menolak ekonomi jahiliyah dan mengamalkan sistem ekonomi Islam.



AKTIVITI

5B

 

 

    1. Jahiliyah mempunyai taghut.

 

                            Kenyataan yang paling tepat mengenai taghut ialah….

 

    1. Orang yang berusaha membawa manusia ke jalan kebenaran.
    2. Mereka yang sentiasa membawa cahaya kepada manusia untuk menjalani kehidupan.
    3. Orang yang menghukum secara membuta tuli dan mengajak orang lain bersama-sama  mengikutnya.
    4. Mereka yang sentiasa berusaha memalingkan manusia daripada keimanan dan beribadat kepada Allah kepada jalan yang sesat.

 

 

    1. Amalan kaum jahiliyah telah sebati di dalam masyarakat Islam kita hari ini. Di antara berikut yang manakah tidak terlibat dengan amalan jahiliyah?

 

  1. Suzy menyambut hari kelahirannya yang ke 21 di sebuah kelab malam  dengan dihadiri oleh rakan-rakannya.
  2. Ahmad dan beberapa rakannya telah menghadiri konsert rock yang diadakan sempena menyambut Hari Raya Idil Fitri.
  3. Majlis persandingan Meon dan Mila diadakan dengan meriah dan diserikan dengan acara karaoke dan joget lambak.
  4. Sempena sambutan Ma’al Hijrah, penduduk Taman Murni menganjurkan pertandingan Tilawah al quran dan ramai di kalangan penduduk yang telah mengambil bahagian.

 

 

    1. Jahiliyah wujud akibat ketiadaan Iman.

Di antara berikut yang manakah bukan ciri-ciri Jahiliyah moden ?

 

  1. Tidak beriman dengan keimanan sebenar.
  2. Tidak mengikut hukum Allah tetapi mengikut hukum nafsu.
  3. Menyeleweng dari hukum Allah dan terpesona dengan nafsu yang melampaui batas.
  4. Mengetahui dan mempercayai ada Tuhan serta beriman dengan keimanan sebenar.

 

    1. Huraikan tentang bentuk-bentuk ancaman jahiliyah pada masa kini dalam aspek berikut.

 

      1. Akidah.
      2. Pemikiran.
      3. Ibadah.

 

 

 

Ape macham kawan…ala ungtung kaaa..

Ada la cikit juga ungtung maaa…dua….tiga kupang punyaaa…

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

AMARAN!!!!!!!....

 

BERJUDI….MINUM ARAK MENILIK NASIB….ADALAH SATU DOSA BESAR….DAN BALASANNYA ADALAH NERAKA JAHANNAM…

 

             

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 



MAKLUM BALAS AKTIVITI 5B

 

 

 

    1.       D

 

 

    1.       D

 

 

    1.       D

 

 

 

5.7

i. Akidah :

Akidah jahiliyah adalah bertentangan dengan aqidah Islam, sama ada dari aspek kepercayaan, perkataan atau pun perbuatan.  Akidah jahiliyah adalah karut iaitu tidak mahu menerima dan patuh dengan ajaran Islam serta mengingkari hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh al Quran dan al Sunnah.  Contohnya mempercayai tilik nasib, bomoh dan juga tangkal azimat.

 

ii. Pemikiran:

Jahiliyah sentiasa ingin merosakan pemikiran umat Islam dari aspek hubungannya dengan Tuhan, dengan alam dan kehidupan sesama manusia. Mereka menyelewengkan pemikiran manusia mengenai hakikat ketuhanan yang sebenar serta hubungan manusia dengan Tuhan. Mereka menyeleweng dari tujuan asal manusia diciptakan sebagai khalifah Allah yang ditugaskan untuk menegakkan Islam dan menjaga keamanan di muka bumi

 

iii. Ibadah:

Ancaman jahiliyah terhadap ibadah umat Islam ialah dengan mengadakan pusat-pusat hiburan seperti televisyen, VCD, pub, karaoke, cyber café dan sebagainya. Pusat-pusat hiburan ini akan melekakan umat Islam, terutamanya golongan remaja dari mengerjakan ibadah. Mereka (umat Islam) akan sentiasa sibuk dengan hiburan sehinggakan tiada masa untuk mengerjakan ibadah seperti sembahyang berjamaah, bertadarus dan lain-lain lagi.

 



PENILAIAN

KENDIRI

 

 

1.Apakah yang dimaksudkan dengan taghut.

 

__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

 

 

2. Berikan contoh-contoh ancaman jahiliyah masa kini yang mula meresapi masyarakat Islam di dalam bidang-bidang berikut:

 

1. Akidah.

2. Ibadah.

3. Ekonomi.

 

 

3. Firman Allah SWT :

 

 

 

 

Maksudnya :

Sesungguhnya nafsu ( manusia ) itu sangat menyuruh kepada melakukan kejahatan……..

( Surah Yusuf : 53 )

 

Berdasarkan ayat di atas, berikan ulasan  anda tentang maksud ayat tersebut.

 

 



 

MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI

 

 

1. Taghut ertinya ialah setiap mereka yang berusaha untuk memalingkan manusia daripada beriman dan beribadat kepada Allah dan menghukum manusia mengikut hawa nafsu mereka, orang yang berusaha dan bercita-cita seperti demikian sama ada individu atau jemaah atau apa jua kuasa yang cuba menjauhkan manusia dari Allah mereka adalah taghut namanya.

      

2.

1. Akidah                            : Percaya kepasa tangkal, sihir, azimat dan sebagainya.

2. Ibadah                            : Tempat-tempat hiburan yang semakin banyak .

3. Ekonomi              : Mengamalkan riba.

 

 

3. Ulasan yang bertepatan dengan ayat

 

Ingat pelajar-pelajar….

Orang- orang beriman .tidak melakukan  kesilapan berulang kali……..

 

 

 

 


No comments:

Post a Comment