Saturday 17 September 2011

UNIT 1 OBJEKTIF


UNIT 1



OBJEKTIF


Objektif am :    Mempelajari dan menjelaskan maksud undang-undang dan sistem perundangan di Malaysia


Objektif khusus :    Di akhir unit ini, anda sepatutnya dapat :
  1. Mentakrifkan undang-undang dan sistem perundangan Malaysia.
  2. Menjelaskan pengaruh undang-undang Inggeris ke atas perundangan Malaysia.
  3. Menyenaraikan sumber undang-undang di Malaysia yang merangkumi sumber bertulis dan tidak bertulis.
  4. Menerangkan institusi undang-undang yang terdapat di Malaysia.



  1. Pengenalan

Secara amnya tiada satu definisi khusus yang diterima umum berkenaan dengan definisi undang-undang. Walau bagaimanapun, perkataan undang-undang didefinasikan oleh Webster’s Dictionary sebagai semua peraturan yang berkaitan dengan tingkah laku yang dibentuk dengan autoriti atau adat sesuatu kaum. Menurut Yaqin (1996), kesemua pihak bersetuju jika dikatakan bahawa undang-undang adalah satu set peraturan yang mentadbir tingkah laku dalam masyarakat.

Mesej utama perundangan ialah untuk keadilan dan kepastian bahawa undang-undang tersebut adalah bersesuaian, diterimapakai dan dihargai oleh kita semua pada setiap waktu.

    1. Sistem Perundangan Malaysia

Secara asasnya, undang-undang boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu undang-undang awam (public law) dan undang-undang persendirian (private law).
  • Undang-undang Awam – Undang-undang awam adalah undang-undang yang mentadbir tentang perhubungan di antara individu dan negeri. Undang-undang ini dibahagikan kepada dua iaitu undang-undang perlembagaan yang membincangkan tentang hak individu dalam negeri dan juga undang-undang jenayah yang membincangkan tentang berbagai jenis jenayah oleh individu terhadap negeri. Contoh undang-undang awam ialah undang-undang jenayah dan undang-undang perlembagaan.
  • Undang-undang Persendirian – Undang-undang persendirian ialah undang-undang yang berkaitan dengan penguatkuasaan hubungan antara individu seperti hak-hak dan tugas sesama mereka. Undang-undang persendirian bertujuan untuk memberi pampasan kepada pihak yang teraniaya, agar harta dapat diperolehi semula daripada pihak yang melakukan kesalahan dan untuk melaksanakan tanggungjawab. Contoh undang-undang persendirian ialah undang-undang kontrak dan juga undang-undang tort.

Perlembagaan
Segai kesimpulannya anda boleh merujuk Rajah 1.1 di bawah.
Undang-undang Awam
Jenayah


Perkongsian

Hartabenda

Undang-undang Persendirian
Syarikat
Sewabeli
Kontrak
Perbankan dan Suratcara Bolehniaga
Insurans
Jualan Barang-barang
Ajensi

Keluarga
   
Amanah

Tort


Komersil


Kontrak
Agensi
Jualan Barang -barang
Insurans

Perbankan dan Suratcara Bolehniaga
Sewabeli



                                      Rajah 1.1 :  Sistem perundangan Malaysia

Contoh 1.1 :
Mesej utama undang-undang yang paling lengkap adalah :
  1. Keadilan sesebuah negara.
  2. Keadilan, kesesuaian, diterimapakai dan dihargai oleh semua.
  3. Keseragaman perjalanan urusan pentadbiran sesebuah negara.

Penyelesaian : (B)










Contoh 1.2 :
Isikan tempat kosong berikut :
Pembahagian perundangan di Malaysia boleh dibahagikan kepada dua iaitu undang-undang awam dan ________________________.

Penyelesaian : Undang-undang persendirian












Contoh 1.3:
Lengkapkan tempat kosong berikut :









Penyelesaian :        Perlembagaan
            Jenayah







Undang-undang Awam








           

                                             
AKTIVITI 1a





NILAI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM KE INPUT SETERUSNYA….!
SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA.
  1. Berikan satu definisi undang-undang yang anda ketahui.
  1. Berapa jeniskah pembahagian undang-undang yang terdapat di Malaysia dan nyatakannya.
  1. Apakah jenis undang-undang yang terkandung di dalam komersil.

MAKLUM BALAS 1a


  1. Undang-undang didefinasikan oleh Webster’s Dictionary sebagai semua peraturan yang berkaitan dengan tingkah laku yang dibentuk dengan autoriti atau adat sesuatu kaum. Menurut Yaqin (1996), kesemua pihak bersetuju jika dikatakan bahawa undang-undang adalah satu set peraturan yang mentadbir tingkah laku dalam masyarakat.
  1. Terbahagi kepada dua :
  • Undang-undang awam
  • Undang-undang persendirian
  1. Pembahagian undang-undang di bawah komersil :
Undang-undang Komersil


Jualan Barang-barang
Sewabeli
Perbankan dan Suratcara Bolehniaga
Insurans
Ajensi
Kontrak









1.2    PENGARUH UNDANG-UNDANG INGGERIS

Pemakaian Undang-Undang Inggeris

Dengan adanya sek.3 dan Sek.5 Akta Undang-undang Sivil 1956

Sek.3 (1)(a)    Di Malaysia Barat, mahkamah hendaklah memakai Common Law of England dan kaedah-kaedah ekuiti seperti yang ditadbirkan di England pada 7hb. April 1956
Sek.3 (1)(b)    Di Sabah, hendaklah memakai Common Law of England dan kaedah-kaedah ekuiti bersama dengan statut-statut pemakaian am ditadbirkan atau berkuatkuasa di England pada 1hb. Disember 1951
Sek.3 (1)( c )    Di Sarawak, herndaklah memakai Common Law of England, kaedah-kaedah ekuiti bersama dengan statut-statut pemakaian am ditadbirkan atau berkuatkuasa di England pada 12hb. Disember 1949

Sek.5 – Penerimaan Undang-undang Inggeris dalam hal-hal persaudagaran

Sek.5 (1)    Di Malaysia Barat, pemakaian terhad kepada undang-undang yang ditadbirkan di England pada 7hb. April 1956
Sek.5 (2)    Di Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak, undang-undang yang terpakai ialah undang-undang yang di England pada masa sesuatu kes itu diputuskan

Kes-kes terpakai :
  1. MOKHTAR V.MURUGAM
  • Isu tentang ketidakseragaman penggunaan Common Law, ekuiti dan statut
  • Statut tidak terpakai di Malaysia Barat
  1. A)  LEONG BEE V LIANG NAM WORKS
b) LEE KEE CHOONG V EMPAT NO. EKOR
  • Isu kedua-dua kes tentang ketidakseragaman tarikh dalam sek.3
  • Prinsip apa-apa perkembangan selepas tarikh-tarikh yang dinyatakan itu tidak terpakai
  1. COMMONWEALTH OF AUSTRALIA V MIDFOR(M) S.B (1990)
Keputusan Mahkamah Agung :  Perkembangan undang-undang selepas tarikh-tarikh tersebut adalah di terimapakai (import decision)
  1. SENG DJIT V NAGURDAS PURSHOTOMDAS (1923) AC 444
  2. SHAIK SAHID ABDULLAH V SOCKALINGAM (1933) MLJ 81
  • Isu kedua-dua kes tentang pemakaian sek.5 Akta Sivil 1956 iaitu tafsiran perkataan ‘undang-undang’ samada ia merujuk kepada undang-undang persaudagaran sahaja atau semua undang-undang yang ditadbirkan di England
  • Prinsip : hanya rujuk pada isu-isu persaudagaran sahaja.

Contoh 1.4 :
Sebutkan undang-undang Inggeris yang masih diterimapakai di Malaysia.
Penyelesaian : Sek 3(1) (a), Sek 3(1) (b), Sek 3(1)( c ) & Seksyen 5










AKTIVITI 1b





1. Nyatakan undang-undang Inggeris yang masih diterimapakai di Malaysia.

2. Terangkan Seksyen 5 akta undang-undang sivil 1956 yang menerimapakai undang-
   undang Inggeris.

MAKLUM BALAS 1b




    1. Sek 3(1), Sek 3(2), Sek 3(3)
Sek 5(1) & Sek 5(2)

2.   Sek.5 (1)    Di Malaysia Barat, pemakaian terhad kepada undang-undang yang ditadbirkan di England pada 7hb. April 1956
Sek.5 (2)    Di Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak, undang-undang yang terpakai ialah undang-undang yang di England pada masa sesuatu kes itu diputuskan




1.3    SUMBER UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA

1.3.1 Sumber bertulis
  • Sumber utama
  • Secara spesifiknya dinyatakan, ditulis dan dibukukan
  • Pembahagian:
  1. PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
  • Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948
  • Sumber undang-undang tertinggi- sebarang undang-undang yang tidak konsisten dengan perlembagaan adalah tidak sah
  • Termasuk undang-undang yang dibuat oleh Parlimen dan DUN
  • Terdapat 16 perkara :
  • Nama negeri dan daerah
  • Agama persekutuan
  • Supreme Law of Federation
  • Kebebasan asasi
  • Kewarganegaraan
  • Pihak berkuasa persekutuan
  • Perhubungan antara persekutuan dan negeri
  • Pembahagian kuasa kewangan
  • Pengundian
  • Kehakiman
  • Perkhidmatan awam
  • Darurat
  • Bahasa kebangsaan
  • Hak perundangan terhadap Sabah dan Sarawak
  • Peruntukan sementara dan peralihan
  • Saving for rulers sovereingty

  1. PERLEMBAGAAN NEGERI
  • 13 negeri mempunyai perlembagaan sendiri [Fasal(4) Perkara71– Perlembagaan persekutuan]
  • Boleh dipinda atau dimansuhkan oleh Majlis Perundangan negeri atas persetujuan Sultan atau Raja
  • Raja atau Sultan mempunyai hak-hak menjalankan perlembagaan berdasarkan jaminan perlembagaan persekutuan
  1. UNDANG-UNDANG PERSEKUTUAN / AKTA
  • Digubal oleh Parlimen
  • Persetujuan 2/3 ahli Dewan Perundangan Negeri- diluluskan oleh Yang DiPertuan Agong
  • Undang-undang yang telah diperkenan akan diwarta
  1. UNDANG-UNDANG NEGERI / ENAKMEN
  • Digubal di peringkat negeri oleh DUN
  • 1946-1956    => ‘ordinan’
  • Selepas 1957 => ‘akta’
  • Sumber undang-undang yang penting daripada kes undang-undang atau kejadian

  1. UNDANG-UNDANG SUBSIDIARI
  • Kuasa undang-undang diturunkan kepada satu badan tertentu untuk mencipta, memansuh, melaksanakan undang-undang kepada situasinya
  • Contoh : Kementerian melalui Suruhanjaya

1.3.2 Sumber Tidak Bertulis
  • Tidak digubal oleh Parlimen, DUN dan tidak terdapat di dalam perlembagaan
  1. UNDANG-UNDANG INGGERIS
  • Digunakan apabila bersesuaian dengan adat resam dan budaya masyarakat
  • Untuk mengisi kekosongan yang terdapat dalam undang-undang Malaysia (bila perlu sahaja)
  • 3 sumber dalam Common Law Inggeris :
  1. Common Law itu sendiri
  2. Keadilan- keputusan berdasarkan Lord Counselor
  3. Statut (akta)
  1. ADAT RESAM
  • Perkahwinan, penceraian dan pembahagian harta pusaka
  • Berbeza ikut kaum dan keputusan dibuat oleh ketua-ketua kaum
  • Di Sabah dan Sarawak- Mahkamah Anak Negeri
  • Cina dan India- telah diubahsuai apabila kedatangan Inggeris dalam berbagai enakmen undang-undang sivil
  1. UNDANG-UNDANG ISLAM
  • Berdasarkan Mazhab Shafie
  • Ketua bagi melaksanakan undang-undang Raja/Sultan, tetapi bsgi negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan- Yang DiPertuan Agong
  • Majlis Penasihat- Majlis Fatwa
  • Mahkamah Syariah- soal-soal perkahwinan, penceraian, talak, nafkah hak keatas kanak-kanak dan wasiat
  1. KEPUTUSAN MAHKAMAH
  • Daripada keputusan Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Tinggi dan Jawatankuasa Kehakiman Majlis Privy
  • Prinsip ‘duluan mengikat’
  • Tanpa ‘duluan mengikat’- keadilan budi bicara => ‘duluan asal’


Sebagai kesimpulan untuk sumber undang-undang, sila rujuk Rajah 1.2 di bawah .

Perlembagaan Persekutuan

   
Perlembagaan Negeri


Akta/Undang-undang Persekutuan
Sumber bertulis

Enakmen/Undang-undang Negeri

Sumber undang-undang

Undang-undang Subsidiari


Undang-undang Inggeris


Undang-undang Syariah
Sumber Tidak Bertulis


Adat Resam


Keputusan mahkamah / hakim


                                         Rajah 1.2 :  Sumber undang-undang


Contoh 1.5 :

Nyatakan sumber undang-undang di Malaysia.

Penyelesaian : Sumber bertulis & tidak bertulis











Contoh 1.6 :
Apakah yang dimaksudkan dengan sumber bertulis?

Penyelesaian :
  • Sumber utama
  • Secara spesifiknya dinyatakan, ditulis dan dibukukan













Contoh 1.7 :
Sumber tidak bertulis dapat dibahagikan kepada 4. Nyatakan.

Penyelesaian :
UNDANG-UNDANG INGGERIS
ADAT RESAM
UNDANG-UNDANG ISLAM
KEPUTUSAN MAHKAMAH







AKTIVITI 1c





  1. Apakah yang anda faham dengan sumber tidak bertulis dan terangkan dua daripadanya.
  1. Terangkan berkenaan undang-undang negeri/enakmen dan undang-undang subsidiari.
  1. Sebutkan 10 daripada 16 perkara yang terkandung dalam perlembagaan persekutuan






                 
MAKLUM BALAS 1c



  1. Tidak digubal oleh Parlimen, DUN dan tidak terdapat di dalam perlembagaan

2.   UNDANG-UNDANG NEGERI / ENAKMEN
  • Digubal di peringkat negeri oleh DUN
  • 1946-1956    => ‘ordinan’
  • Selepas 1957 => ‘akta’
  • Sumber undang-undang yang penting daripada kes undang-undang atau kejadian
    UNDANG-UNDANG SUBSIDIARI
  • Kuasa undang-undang diturunkan kepada satu badan tertentu untuk mencipta, memansuh, melaksanakan undang-undang kepada situasinya
Contoh : Kementerian melalui Suruhanjaya

3.  Ianya terdiri daripada nama negeri dan daerah, agama persekutuan, Supreme Law of Federation, kebebasan asasi, kewarganegaraan, pihak berkuasa persekutuan, perhubungan antara persekutuan dan negeri, pembahagian kuasa kewangan, pengundian, kehakiman.



1.4  INSTITUSI UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA

1. Undang-undang yang dinyatakan diatas digunakan dalam memutuskan kes-kes di mahkamah yang wujud di Malaysia. Terdapat lima jenis mahkamah iaitu Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi, Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret.
  1. Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan
  • Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan mempunyai bidang kuasa untuk mendengar rayuan daripada Mahkamah Tinggi dan mendengar kes buat pertama kalinya, selain daripada itu, mahkamah-mahkamah ini juga boleh memutuskan sama aa undang-undang Persekutuan atau Negeri itu sah atau tidak dalam penyelesaian pertikaian antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri atau antara negeri-negeri itu sendiri. Mahkamah-mahkamah ini juga boleh menyelesaikan kemusykilan berkenaan dengan interpretasi peruntukan undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan.
  1. Mahkamah Tinggi
  • Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes sivil dan jenayah. Kes sivil yang didengar disini adalah yang melibatkan tuntutan yang melebihi RM280 000. Mahkamah ini juga boleh menjatuhkan segala jenis hukuman termasuk hukuman mati. Bidang kuasa lainnya termasuklah hal-hal kebangkrapan, hak penjagaan, harta sepencarian dan sebagainya.
  1. Mahkamah Sesyen
  • Mahkamah Sesyen boleh mendengar kes-kes sivil yang mana tuntutannya adalah sehingga RM25 000 dan RM280 000. Hukuman penjara bagi tuntutan sivil ialah 10 tahun tetapi tidak sehingga menjatuhkan hukuman mati. Bidangkuasa untuk kes-kes jenayah ialah merangkumi kes yang hukuman penjaranya melebihi 10 tahun.
  1. Mahkamah majistret
  • Mahkamah Majistret boleh mendengar kes-kes sivil yang mana tuntutannya adalah sehingga RM25 000 dan hukuman penjaranya tidak melebihi 10 tahun. Rayuan ke atas keputusan kes sivil dan jenayah yang dibuat oleh Majistert boleh dibuat ke Mahkamah Tinggi. Bagi rayuan kes jenayah, keputusan Mahkamah Tinggi adalah muktamad tetapi tidak didalam kes sivil. Majistert hanya boleh membicarakan kes0kes jenayah yang hukumannya tidak melebihi 10 tahun. Majistret juga cuma boleh menjatuhkan hukuman maksimum penjara sehingga 5 tahun sahaja dan denda sehingga RM10 000.
  1. Kebarangkalian kes yang diputuskan di mahkamah adalah mengikut Doktrin Duluan Mengikat. Doktrin Duluan Mengikat bermakna, sekiranya terdapat peruntukan undang-undang bertulis mengenai satu-satu perkara, mahkamah hendaklah memakai keputusan mahkamah yang lebih tinggi kedudukannya sebagai prinsip undang-undang terpakai.
  1. Terdapat satu kes yang menyokong pemakaian doktrin tersebut . Dalam kes PP V Datuk Tan Cheng Swee & Anor (1980) 2 MLJ 276, mahkamah telah memutuskan bahawa apabila terdapat keputusan mahkamah menganai satu perkara prinsip, adalah tidak wajar bagi seseorang hakim untuk menyimpang daripada keputusan tersebut. Walaubagaimanapun, hanya ratio decedendi yang membentuk duluan mengikat tetapi tidak obiter dictum. Ratio decidendi ialah prinsip undang-undang yang dugunakan oleh mahkamah untuk mencapai keputusannya manakala obiter dictum adalah merujuk kepada perkataan-perkataan hakim yang tidak penting sewaktu membuat keputusanya.

  1. RINGKASAN HIERARKI MAHKAMAH

Mahkamah Persekutuan

Mahkamah rayuan


Mahkamah Tinggi


Mahkamah Sesyen


Mahkamah Majistret



Contoh 1.8 :
Nyatakan lima jenis mahkamah yang terdapat di Malaysia.

Penyelesaian : Mahkamah Persekutuan
Mahkamah Rayuan
Mahkamah Tinggi
Mahkamah Sesyen
Mahkamah Majistret












Contoh 1.9 :
Apakah yang dimaksudkan dengan Mahkamah Tinggi?

Penyelesaian :
Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes sivil dan jenayah. Kes sivil yang didengar disini adalah yang melibatkan tuntutan yang melebihi RM280 000. Mahkamah ini juga boleh menjatuhkan segala jenis hukuman termasuk hukuman mati. Bidang kuasa lainnya termasuklah hal-hal kebangkrapan, hak penjagaan, harta sepencarian dan sebagainya.



AKTIVITI 1d




  1. Nyatakan hiraki mahkamah di Malaysia.




MAKLUM BALAS 1d








1.  Ringkasan hiraki mahkamah.


Mahkamah Persekutuan


Mahkamah rayuan


Mahkamah Tinggi


Mahkamah Sesyen


Mahkamah Majistret



PENILAIAN KENDIRI

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan.

SOALAN 1
Nyatakan sumber undang-undang di Malaysia.

SOALAN 2
Terangkan 4 jenis sumber undang-undang bertulis.

SOALAN 3
Apakah yang anda faham dengan maksud sumber tidak bertulis dan terangkan.

SOALAN 1-4
Lakarkan sistem hiraki mahkamah yang terdapat di Malaysia dan nyatakan jenis mahkamah yang tertinggi



MAKLUM BALAS
PENILAIAN KENDIRI

ADAKAH ANDA TELAH MENCUBA DAHULU ? JIKA YA, SILA SEMAK JAWAPAN ANDA…

JAWAPAN 1
Sumber undang-undang di Malaysia ialah:
  1. Sumber bertulis
  2. Sumber tidak bertulis

JAWAPAN 2
4 jenis sumber undang-undang bertulis :
  1. PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
  • Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948
  • Sumber undang-undang tertinggi- sebarang undang-undang yang tidak konsisten dengan perlembagaan adalah tidak sah
  • Termasuk undang-undang yang dibuat oleh Parlimen dan DUN
  • Terdapat 16 perkara :
  • Nama negeri dan daerah    -Peruntukan sementara dan peralihan
  • Agama persekutuan        -Saving for rulers sovereingty
  • Supreme Law of Federation
  • Kebebasan asasi
  • Kewarganegaraan
  • Pihak berkuasa persekutuan
  • Perhubungan antara persekutuan dan negeri
  • Pembahagian kuasa kewangan
  • Pengundian
  • Kehakiman
  • Perkhidmatan awam
  • Darurat
  • Bahasa kebangsaan
  • Hak perundangan terhadap Sabah dan Sarawak
  1. PERLEMBAGAAN NEGERI
  • 13 negeri mempunyai perlembagaan sendiri [Fasal(4) Perkara71– Perlembagaan persekutuan]
  • Boleh dipinda atau dimansuhkan oleh Majlis Perundangan negeri atas persetujuan Sultan atau Raja
  • Raja atau Sultan mempunyai hak-hak menjalankan perlembagaan berdasarkan jaminan perlembagaan persekutuan
  1. UNDANG-UNDANG PERSEKUTUAN / AKTA
  • Digubal oleh Parlimen
  • Persetujuan 2/3 ahli Dewan Perundangan Negeri- diluluskan oleh Yang DiPertuan Agong
  • Undang-undang yang telah diperkenan akan diwarta
  1. UNDANG-UNDANG NEGERI / ENAKMEN
  • Digubal di peringkat negeri oleh DUN
  • 1946-1956    => ‘ordinan’
  • Selepas 1957 => ‘akta’
  • Sumber undang-undang yang penting daripada kes undang-undang atau kejadian
  1. UNDANG-UNDANG SUBSIDIARI
  • Kuasa undang-undang diturunkan kepada satu badan tertentu untuk mencipta, memansuh, melaksanakan undang-undang kepada situasinya
  • Eg: Kementerian melalui Suruhanjaya

JAWAPAN 3
Sumber Tidak Bertulis ialah tidak digubal oleh Parlimen, DUN dan tidak terdapat di dalam perlembagaan dan ianya terbahagi kepada 4 jenis :
  1. UNDANG-UNDANG INGGERIS
  • Digunakan apabila bersesuaian dengan adat resam dan budaya masyarakat
  • Untuk mengisi kekosongan yang terdapat dalam undang-undang Malaysia (bila perlu sahaja)
  • 3 sumber dalam Common Law Inggeris :
  1. Common Law itu sendiri
  2. Keadilan- keputusan berdasarkan Lord Counselor
  3. Statut (akta)
  1. ADAT RESAM
  • Perkahwinan, penceraian dan pembahagian harta pusaka
  • Berbeza ikut kaum dan keputusan dibuat oleh ketua-ketua kaum
  • Di Sabah dan Sarawak- Mahkamah Anak Negeri
  • Cina dan India- telah diubahsuai apabila kedatangan Inggeris dalam berbagai enakmen undang-undang sivil
  1. UNDANG-UNDANG ISLAM
  • Berdasarkan Mazhab Shafie
  • Ketua bagi melaksanakan undang-undang Raja/Sultan, tetapi bsgi negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan- Yang DiPertuan Agong
  • Majlis Penasihat- Majlis Fatwa
  • Mahkamah Syariah- soal-soal perkahwinan, penceraian, talak, nafkah hak keatas kanak-kanak dan wasiat
  1. KEPUTUSAN MAHKAMAH
  • Daripada keputusan Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Tinggi dan Jawatankuasa Kehakiman Majlis Privy
  • Prinsip ‘duluan mengikat’
  • Tanpa ‘duluan mengikat’- keadilan budi bicara => ‘duluan asal’

JAWAPAN 4
Ringkasan hiraki mahkamah.

Mahkamah Persekutuan

Mahkamah rayuan

Mahkamah Tinggi

Mahkamah Sesyen

Mahkamah Majistret

     Mahkamah yang tertinggi ialah Mahkamah Persekutuan.



ANDA BOLEH KE UNIT SETERUSNYA….




No comments:

Post a Comment