Saturday 17 September 2011

UNIT 2 TEKNOLOGI MAKLUMAT


UNIT 2


TEKNOLOGI MAKLUMAT


2

Unit

OBJEKTIF AM


Mengetahui konsep asas teknologi maklumat yang sedang berkembang pesat dan kesannya kepada manusia


OBJEKTIF KHUSUS
Di akhir unit anda dapat :
  1. menyatakan bentuk-bentuk teknologi maklumat yang sedang berkembang
  2. mengenalpasti kesan-kesan baik dan buruk dari teknologi maklumat
  3. menerangkan kesan-kesan teknologi maklumat dari perspektif moral.


INPUT
                                   
PENGENALAN

Teknologi maklumat sedang berkembang pesat sekarang ini. Berbagai-bagai kemajuan dan penciptaan baru telah diterokai . Tidak dinafikan ia telah memberi sumbangan yang besar ke arah perkembangan tamadun manusia. Dengan penciptaan-penciptaan ini manusia dapat menikmati berbagai-bagai kemudahan dan kesenangan dalam hidup mereka. Penciptaan komputer contohnya, banyak membantu manusia menyelesaikan masalah mereka. Namun begitu, ledakan teknologi maklumat ini juga telah mengundang berbagai-bagai masalah dan kesan negatif kepada manusia kerana ia telah disalahgunakan. Hakikatnya, teknologi maklumat memberikan dan menyumbang kesan-kesan positif dan juga negatif kepada manusia.
    1. INTERNET DAN KESANNYA TERHADAP

       MANUSIA

Istilah internet merujuk kepada sistem maklumat global yang dihubungkan bersama oleh sistem maklumat global yang berasaskan kepada Internet Protocol (IP) atau sambungan yang sepadan dengannya. Ia berkeupayaan berkomunikasi menggunakan Transmission Control Protocol ( ICP). Menurut Diane K. Kovacs di dalam bukunya “ The Internet Trainer’s Guide “ “Internet – Network of network base on logical one-to-one link of komputer via TCP/IP protocol software “.   Internet juga boleh didefinasikan sebagai kumpulan jaringan bagi komputer atau dengan kata lain kumpulan jaringan yang banyak yang membentuk satu jaringan besar. Dari perkataan Internet , kita boleh pecahkan kepada “inter” dan “net “ ( network ) yang membawa maksud “antara jaringan”. Oleh itu ia boleh dimaksudkan sebagai jaringan antara jaringan.
    Internet mula digunakan pada tahun 1969 di Jabatan Pertahanan US melalui projek ARPANET yang  bermaksud para saintis US saling berhubung antara satu sama lain dengan menggunakan komputer walaupun dalam jarak jauh. Ia adalah rangkaian internet yang pertama yang dipanggil Transmission Control Protocol ataupun ( TCP/IP) dalam bahasa IT. Selepas 10 tahun barulah teknologi ini diperkenalkan dengan berprinsipkan TCP/IP. Teknologi internet berkembang secara besar-besaran sekitar tahun 1990an.
    Di Malaysia satu badan telah ditubuhkan untuk mengendalikan dan memajukan perkhidmatan internet di negara ini.   Badan tersebut ialah Malaysian Institute of Microelectronic Sistem ( MIMOS ) yang ditubuhkan pada 1 Januari 1985. Pada 1987, MIMOS mula melancarkan rangkaian internet pertama yang dikenali sebagai Rangkaian Komputer Malaysia ( RangKom). Peringkat awal penggunaannya adalah terhad kepada universiti-universiti tempatan sahaja dan tidak meluas kepada individu. RangKom hanya tertumpu kepada penggunaan mel elektronik dan forum elektronik sahaja. Pada 24 Januari 1990 MIMOS mula mengembangkan sistem rangkaian internetnya dengan menubuhkan Joint Advance Research Integrated Networking ( JARING ). Ia merupakan rangkain komputer yang pertama di Malaysia yang membolehkan rakyat negara ini mendapat laluan atau akses ke internet.
    Memandangkan hanya MIMOS sahaja yang menyediakan perkhidmatan internet sedangkan pada masa yang sama permintaan terhadap perkhidmatan ini semakin meningkat, maka amat sesuai ketika ini diwujudkan satu atau lebih penyedia perkhidmatan internet di negara ini. Oleh itu, pada 1 November 1996, Telekom Malaysia Berhad telah memperkenalkan perkhidmatan Tmnet yang menawarkan perkhidmatan rantauan yang membolehkan pengguna dari luar negara dapat mengakses internet dengan mudah.

2.1.1 CARA INTERNET BERFUNGSI
Untuk membolehkan anda menggunakan internet anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya item-item berikut :

1. Sebuah komputer
2. Modem           
3. Talian Telefon
                   
Anda juga perlu mendaftar dengan Internet Service Provider ( ISP) seperti TM Net dan Jaring . Internet akan beroperasi melalui satu protokol yang dikenali sebagai TCP/IP yang menjadi platform komunikasi dan penghantaran data ke seluruh dunia.

2.1.2 KESAN INTERNET TERHADAP KEHIDUPAN  MANUSIA DAN PANDANGAN MORAL


Kesan-kesan Positif :

    Menjimatkan masa dan kos
    Khazanah maklumat di hujung jari
    Sumber maklumat yang terkini
    Perhubungan tanpa sempadan
    E.mail sebagai media hubungan berkesan dan pantas.



Kesan-kesan Negatif :
    Unsur pornografi dan bahan lucah secara terbuka ( tiada tapisan )
    Dakyah –dakyah palsu mudah disebarkan
    Menceroboh dan mencari maklumat sulit untuk tujuan jahat
    Media untuk menjalankan kegiatan haram
    Memudahkan virus menyusup ke dalam komputer.

Kesan Internet Menurut Perspektif Moral


    Budaya –budaya kuning ( barat ) akan merosakkan nilai-nilai murni masyarakat
    Krisis identiti  akan melanda jiwa golongan remaja khususnya
    Antara penyumbang kepada keruntuhan moral dan akhlak remaja



2.2 VIRUS DAN JENAYAH INTERNET
INPUT
                                   


PENGENALAN

Istilah “ Virus Komputer “ sudah tidak asing lagi di kalangan pengguna komputer di saat ini. Virus yang menyerang komputer ini hanyalah merupakan program biasa, sepertimana  program-program komputer yang lain. Virus komputer dicipta oleh seseorang dengan tujuan yang berbagai-bagai , tetapi secara umumnya para pencipta virus hanyalah ingin mengejar populariti dan juga untuk tujuan komersil.  
Secara umumnya “ Virus Komputer “ boleh didefinisikan sebagai satu program komputer yang biasanya berukuran kecil yang dapat menyebabkan gangguan atau kerosakan pada sistem komputer dan ia memiliki beberapa kemampuan dasar seperti memperbanyakkan diri , menyembunyikan diri dan juga kemampuan untuk mendapatkan informasi.  
Virus boleh menyebabkan pelbagai kerosakan kepada sistem komputer seperti memadam fail data, menghilangkan atur cara dan memusnahkan apa sahaja yang ditemui dalam hard disk komputer kita. Namun begitu, tidak semua virus menyebabkan kerosakan tetapi hanya memaparkan mesej yang menyakitkan hati pada skrin komputer kita seperti gambar-gambar lucah dan sebagainya.


CARA VIRUS MEREBAK
2.2.1 CARA VIRUS MEREBAK DAN BAGAIMANA MENCEGAHNYA


Melalui rangkaian jaringan komputer atau internet

Melalui perisian – menduduki boot sector dalam disket dan merebak jika disket yang serupa digunakan pada komputer lain


Virus boleh dicegah dengan mengadakan satu tatacara pencegahan iaitu dengan memeriksa disket dengan perisian anti-virus sebelum menggunakannya. Antara contoh perisian  anti-virus yang boleh didapati di pasaran ialah Norton Anti Virus, Mc Afee Anti Virus, PC- Cilin, Dr. Solomon Anti Virus dan sebagainya.



2.2.2 KESAN VIRUS TERHADAP SISTEM KOMPUTER DAN ANALISA DARI SUDUT MORAL

Kesan Virus Terhadap Sistem Komputer
  • Merosakkan hard disk iaitu master boot record
  • Merosakkan perkakasan seperti monitor, papan kekunci dan tetikus dengan mengganggu ROM
  • Memadam fail-fail dari hard disk



Pandangan Dari Perspektif Moral
  • Tidak bertanggungjawab – mencipta perisian virus yang merosakkan nilai-nilai mulia / merosakkan sistem komputer orang lain

  • Bersikap mementingkan kebendaan- pengguna terpaksa membeli perisian anti-virus yang biasanya dicipta oleh pencipta virus.

  • Sifat keterlaluan – tingkahlaku yang melanggar norma-norma kemanusiaan




2.3 CETAK ROMPAK VCD, PROGRAM KOMPUTER DAN BAHAN INTELEK

INPUT
                                   

PENGENALAN
Cetak Rompak boleh diertikan sebagai mengambil hasil kerja orang lain dan mengaku ianya sebagai hasil kerja sendiri.
                           
Perbuatan ini juga boleh dikatakan mencuri atau meniru hak rekacipta suatu perniagaan atau sebarang ciptaan yang direka oleh pereka yang asli. Aktiviti mengambil idea , konsep , tema atau layout isi kandungan orang lain secara bulat-bulat juga boleh dikategorikan sebagai suatu perbuatan cetak rompak.  Antara contoh bahan-bahan biasa dan bahan intelek yang dicetak rompak ialah :
  1. CD album lagu
  2. Kaset album lagu
  3. VCD dan DVD
  4. Bahan bacaan ( komik, majalah dan sebagainya )
  5. Homepage internet
Kualiti sesuatu media atau bahan yang dicetak rompak adalah tidak banyak berbeza dengan kualiti media atau bahan asli sekiranya dilihat dari segi fizikal. Tetapi, hasil daripada kualiti kerja cetak rompak tidaklah sebaik yang original. Kemungkinan besar ianya disebabkan oleh pengeluar perisian atau bahan certak rompak yang ingin menjimatkan kos dengan bahan yang paling murah untuk mendapatkan hasil jualan yang lumayan . Oleh itu, ia akan menyebabkan kualitinya kurang baik atau tidak berkualiti langsung. Namun begitu, ia tidak merugikan pembeli-pembeli kerana mereka boleh memulangkan kembali media atau bahan yang tidak boleh dibaca atau gambar yang kabur, tidak lancar dan sebagainya kepada penjual untuk digantikan dengan yang lain.  

2.3.1 KEBAIKAN DAN KEBURUKAN CETAK ROMPAK
Kelebihan cetak rompak :

 Lebih murah dari bahan yang asli
  • Keuntungan yang lumayan dalam  

Masa yang singkat kepada pembuatnya.
  • Meluaskan pasaran industri cetak

     rompak



Keburukan cetak rompak :
  • Terdedah kepada virus perisian
  • Tiada jaminan
  • Tidak layak menerima versi baru yang di kemaskini
  • Kerugian yang banyak di pihak pereka yang asli


Untuk menguji kefahaman anda, sila buat aktiviti berikut. Jika anda tidak berpuashati dengan jawapan anda, sila buat ulangkaji pada input yang anda rasa masih kabur.

SELAMAT MENCUBA !!!!!!!!!!!


             AKTIVITI 2A
    1. Teknologi Internet sedang berkembang pesat di Malaysia. Pengguna Internet juga semakin bertambah dari hari ke hari. Tidak dinafikan dengan penggunaan internet kita dapat menerokai alam maklumat dengan cepat dan mudah. Namun begitu, terdapat beberapa kesan negatif dari penggunaan internet . Nyatakan TIGA daripadanya :
1._____________________________________________________________
2._____________________________________________________________
3._____________________________________________________________

    1. En. Azmir ialah seorang pakar dalam bidang pengaturcaraan komputer . Beliau telah mencipta satu perisian virus yang bernama PolSul.03 yang akan memaparkan imej  pornografi kepada komputer yang dijangkitinya. Adakah tindakan En. Azmir ini boleh dianggap sebagai jenayah internet ? Bincangkan tindakan beliau ini dari perspektif Pendidikan Moral.
    1. Isu Cetak Rompak semakin hangat diperbincangkan di media massa. Anda ialah seorang pelajar yang telah dididik dengan nilai-nilai murni dalam subjek Pendidikan Moral. Nyatakan apakah tanggungjawab anda dalam menangani isu cetak rompak ini.




Sudahkan anda menyelesaikan aktiviti 2A. Mari kita bincang jawapannya



MAKLUMBALAS AKTIVITI 2A
2.1 Tiga kesan negatif  penggunaan Internet :
i..    Unsur pornografi dan bahan lucah secara terbuka ( tiada tapisan )
ii.    Dakyah –dakyah palsu mudah disebarkan
     iii. Menceroboh dan mencari maklumat sulit untuk tujuan jahat

2.2 Ya , dari sudut Pendidikan Moral, beliau telah mengamalkan nilai-nilai yang negatif seperti :

i. Tidak bertanggungjawab – mencipta perisian virus yang merosakkan nilai-nilai mulia  ( unsur pornografi )

ii. Bersikap mementingkan kebendaan- pengguna terpaksa membeli perisian anti-virus yang biasanya dicipta oleh pencipta virus.

iii. Sifat keterlaluan – tingkahlaku yang melanggar norma-norma kemanusiaan


2.3    Tanggungjawab pelajar dalam isu Cetak Rompak :

i. Membeli hanya perisian dan bahan-bahan yang asli ( original ) sahaja
ii.Memastikan bahawa kita menerima disket, buku panduan dan dokumen yang sah sahaja.
    iii.Menyedarkan orang ramai tentang kesalahan membeli barangan cetak rompak



Jom kita sambung lagi perbincangan tentang teknologi maklumat ……
    1. TV SATELIT DAN TV KABEL

INPUT
                                   
PENGENALAN
                                         

Satelit TV dan Kabel TV merupakan  dua bentuk media pancaran yang menggunakan medium satelit dan kabel untuk mendapatkan siarannya. Menurut Kamus Dewan  , televisyen ( TV ) bermaksud penyiaran ( pancaran ) gambar hidup    ( gambar bergerak ) beserta bunyi menerusi kabel atau udara pada skrin atau kaca peti televisyen.  Satelit pula bermaksud sejenis alat rekaan manusia yang dilancarkan mengedari bumi, bulan atau planet lain untuk tujuan perhubungan , penyelidikan dan sebagainya. Ia terletak di ruang angkasa iaitu lebih kurang 22300 batu daripada bumi dan berputar di dalam satu orbit dan kelajuannya sama dengan kelajuan bumi berputar. Komunikasi melalui satelit memerlukan stesen-stesen di bumi. Stesen pemancar akan menghantar isyarat kepada satelit dan seterusnya satelit akan memancarkannya pula kepada stesen-stesen di tempat lain.  Transponder ialah komponen pada satelit yang menerima isyarat daripada stesen pemancar di bumi dan memancarkannya semula ke stesen bumi yang lain. Antara media yang menggunakan bentuk komunikasi melalui satelit ialah televisyen, rangkaian telefon ,videosidang dan rangkaian sistem komunikasi yang lain. Oleh itu TV Satelit bermaksud televisyen yang menggunakan satelit sebagai medium untuk memancarkan siarannya.
TV Kabel pula merujuk kepada sistem televisyen yang menggunakan kabel untuk menyalurkan siarannya. Kabel ialah berkas dawai bertebat yang digunakan sebagai pembawa mesej telegraf, frekuensi radio dan sebagainya. Antara contoh TV kabel yang terdapat di Malaysia ialah Mega TV dan ASTRO. Penggunaan TV Kabel agak meluas di kawasan-kawasan bandar dan  amat kurang di luar bandar.
Program-program yang disiarkan melalui TV Satelit dan TV Kabel tidak melalui tapisan dan suntingan sepenuhnya sepertimana program-program di TV tempatan seperti RTM , TV 3 atau NTV 7 yang menyediakan rating bagi setiap filem atau rancangan yang akan disiarkan seperti U, 18 SX, 18PL, 18SG dan sebagainya.  

2.4.1 KEBAIKAN DAN KEBURUKAN TV SATELIT DAN TV KABEL

Kebaikan TV Satelit dan TV Kabel
  • Maklumat cepat dan pantas ( terkini )
  • Liputannya meluas ( global )
  • Mendapat maklumat dalam berbagai-bagai bidang seperti ekonomi, politik, hiburan , pendidikan dan sebagainya dari seluruh dunia


Keburukan TV Satelit dan TV Kabel
  • Programnya tidak ditapis terlebih dahulu
  • Memaparkan aksi-aksi ganas dan lucah yang akan mempengaruhi minda masyarakat
  • Kos memilikinya adalah terlalu tinggi
  • Memupuk sikap malas kerana asyik menonton tv sahaja

    1. PLAYSTATION

INPUT
                                   

PENGENALAN

    “Video Games “ atau permainan video merupakan satu istilah yang tidak asing lagi kepada golongan remaja. Terdapat berbagai-bagai jenis permainan video yang boleh didapati di pasaran seperti “Need For Speed”, “Mortal Combat” , “Half – life” dan sebagainya . Permainan tersebut boleh menggunakan medium Playstation , Xcube dan Dreamcast. Ia merupakan jenis permainan video grafik berkomputer dengan menggunakan teknologi cakera optik. Dengan menggunakan medium-medium di atas, permainan video menjadi lebih realistik dan hidup. Hasil kemajuan teknologi , harga medium permainan video yang dulunya mencapai ribuan ringgit seunit, kini boleh diperolehi dengan harga sekitar tiga ratus ringgit sahaja. Ini membolehkan lebih ramai di kalangan remaja terdedah dengan permainan video di rumah.  
    Terdapat berbagai-bagai jenis permainan video seperti ini antaranya yang berbentuk peperangan, perlumbaan kereta motor, kasino, unsur-unsur tahyul dan menyeramkan  serta yang bercorak aksi. Permainan-permainan seperti ini memberi kesan yang positif dan negatif kepada para remaja.



                           
2.5.1 KEBAIKAN PLAYSTATION

         Kebaikan Playstation
  • Menggunakan kemahiran akal
  • Melatih untuk mengatur strategi ( war games )
  • Menggalakkan remaja untuk banyak berada di rumah
  • Mengelakkan remaja dari terjebak ke dalam gejala sosial


2.5.1 KEBURUKAN PLAYSTATION

         Keburukan Playstation
  • Membazir wang dan masa
  • Membantutkan proses sosialisasi remaja
  • Mendedahkan remaja kepada unsur-unsur ganas,lucah,judi dll.
  • Mengganggu proses pembelajaran


Syoknya main game ni…..

2.6 TELEFON BIMBIT

INPUT
                                   

PENGENALAN
Penggunaan telefon bimbit di kalangan pengguna pada masa kini adalah tidak asing lagi. Ia merupakan hasil ciptaan teknologi moden yang membolehkan kita berkomunikasi dengan sahabat atau   siapa   sahaja   di  mana   sahaja  kita berada.


Boleh dikatakan hampir setiap orang memiliki telefon bimbit tanpa mengira usia, pangkat dan tahap kemampuan seseorang. Ia boleh dianggap sebagai satu keperluan yang mesti dimiliki. Penggunaannya semakin mendadak terutamanya selepas pihak kerajaan memansuhkan lesen tahunan telefon bimbit sebanyak RM60 sejak 2 Ogos 2000 yang lalu.

     Menurut Kamus Dewan, perkataan telefon bermaksud satu alat untuk bercakap dengan orang yang jauh dengan menggunakan tenaga elektrik dan kawat atau hubungan satelit.  Oleh itu telefon bimbit boleh diertikan sebagai satu alat untuk bercakap dengan orang yang jauh yang tidak memerlukan pendawaian dan ia boleh dibawa ke mana-mana sahaja. Selain telefon bimbit ia juga dikenali sebagai telefon mudah alih, mobile phone dan telefon selular. Di Malaysia terdapat enam rangkaian perkhidmatan komunikasi yang menawarkan perkhidmatan kepada pengguna  iaitu TimeCel ( Time Telekom ), TMTouch ( Telekom Malaysia ), DiGi 1800 ( Mutiara Telekom ) Maxis ( Maxis Mobile ) dan Celcom ( Celcom ).
   
Dalam keghairahan memperkembangkan penggunaan telefon bimbit ini, keprihatinan terhadap kesan penggunaannya kepada kesihatan pengguna perlulah diambil perhatian sewajarnya. Antara risiko penggunaannya ialah potensi yang tinggi bagi kanak-kanak untuk mendapat gangguan kesihatan. Kajian yang dilakukan oleh Dr William Steward dari Universiti Hospital Tayside, Britain telah menghasilkan beberapa bukti awal saintifik bahawa pendedahan kepada radiasi frekuensi radio akan menyebabkan kesan penting kepada fungsi biologikal termasuk otak. Kajian ini mengenalpasti kanak-kanak sebagai golongan paling berisiko tinggi kerana pada tahap ini berlakunya perkembangan sistem saraf mereka selain penyerapan tenaga yang tinggi dalam tisu kepala serta pendedahan yang lama terhadap radiasi itu.

2.6.1 KEBAIKAN PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT

  Kebaikan Penggunaan Telefon Bimbit
  • Senang untuk menghubungi atau dihubungi contohnya seperti dalam kes-kes kecemasan
  • Boleh didapati dengan harga yang agak murah
  • Menjimatkan masa – seperti menghantar SMS untuk menyampaikan sesuatu pesanan atau ucapan.
  • Merapatkan hubungan – kemudahan untuk berhubung dengan sandara mara dan sahabat handai.


  Keburukan  Penggunaan Telefon Bimbit
  • Mudah rosak berbanding telefon biasa
  • Kesan radiasi – boleh menyebabkan kanser
  • Membazirkan wang dengan caj perkhidmatan dan pendaftaran yang mahal
  • Mengganggu orang lain – deringan di dalam majlis dll
  • Melahirkan sikap suka menunjuk-nunjuk dan ego
    1. PENGARUH MEDIA MASSA
INPUT
                                   

PENGENALAN
Media ialah alat atau    perantara   komunikasi ( perhubungan ).  Istilah media massa merujuk kepada pelbagai jenis alat   komunikasi    seperti    televisyen ,

radio, surat khabar, majalah dan sebagainya yang dapat menyampaikan maklumat seperti berita kepada orang ramai dengan cepat ( dalam masa yang singkat ). Media massa boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu media cetak dan media elektronik. Media cetak ialah alat atau saluran komunikasi yang berupa bahan cetakan atau terbitan seperti surat khabar, majalah jurnal, risalah, brosur dan sebagainya. Media elektronik pula ialah alat atau saluran komunikasi yang berupa atau yang menggunakan alat-alat electron moden seperti radio, television dan sebagainya.    
Media massa merupakan saluran komunikasi yang berkesan untuk menyampai dan menerima maklumat dari dalam atau luar negeri.  Maklumat yang disampaikan adalah berbagai-bagai bentuk seperti doktrin, ideologi, panduan, hiburan, sukan dan seribu satu macam informasi yang berkaitan dengan hal ehwal kehidupan manusia.

      1. PENGARUH MEDIA MASSA
Media massa mempunyai pengaruh yang amat besar dari segi politik, ekonomi dan sosial.

1. Aspek Politik
  • Saluran menentukan ideologi kehidupan dan trend pemikiran rakyat
  • Alat propaganda politik pemerintah dan golongan yang berkepentingan
  • Media untuk menaikkan atau menjatuhkan seseorang sama ada secara terpuji  atau dikeji
  • Alat untuk mengalihkan pandangan rakyat kepada sesuatu isu dari isu yang  lain.

2. Aspek Ekonomi
  • Boleh mempengaruhi dan menentukan jatuh bangunnya pasaran saham dan nilai wang
  • Melakukan spekulasi kepada pasaran saham dan nilai wang.
  • Menggalakkan pelaburan domestik dan antarabangsa
  • Memaparkan iklim ekonomi dan langkah mengatasinya

3. Aspek Sosial
  • Memperkenalkan atau menghidangkan budaya serta trend hidup yang baik dan buruk
  • Memaparkan kebejatan dan kepincangan yang berlaku dalam masyarakat
  • Melakukan eksploitasi wanita dan elemen-elemen yang boleh membuahkan kejayaan demi kepentingan sesuatu pihak.
  • Membongkar rahsia, skandal dan kerja jahat segelintir manusia.






2.7.2 KEBAIKAN MEDIA MASSA

  Kebaikan Media Massa
  • Alat saluran ilmu, informasi, panduan, peringatan dan lain-lain
  • Melakukan perubahan dalam cara hidup yang positif
  • Mempengaruhi dan memberi tekanan terhadap jatuh bangun pemimpin, penghibur, korporat , individu dan negara
  • Membongkar kerja-kerja jahat dan penyelewengan kecil dan besar

2.7.2 KEBURUKAN MEDIA MASSA

  Keburukan  Media Massa
  • Memperkenalkan budaya hidup yang negatif
  • Medan kegiatan tidak bermoral seperti pornografi, gossip liar, hedonisme , fitnah dan sebagainya
  • Menjadi kuda tunggangan kepada golongan-golongan tertentu
  • Berlaku pencabulan amanah apabila ia berada di bawah telunjuk seseorang yang berkepentingan


Untuk menguji kefahaman anda, sila buat aktiviti berikut. Jika anda tidak berpuashati dengan jawapan anda, sila buat ulangkaji pada input yang anda rasa masih kabur.
SELAMAT MENCUBA !!!!!!!!!!!

                    AKTIVITI 2B
2.4. a) Apakah yang dimaksudkan dengan TV Satelit
       _________________________________________________________________
       _________________________________________________________________
      _________________________________________________________________

  b) Nyatakan 3  jenis alat komunikasi yang menggunakan satelit sebagai medium  
      perhubungan dan penghantaran maklumat
      i)________________________________     ii)____________________________
     iii)_______________________________



2.5 Anda dikehendaki berbincang dengan rakan anda berkenaan dengan kebaikan dan keburukan Playstation .

2.6 Sekumpulan saintis dari Pusat Kuasa Keselamatan Nuklear dan Radiasi  Finland telah membuat kajian tentang kesan penggunaan telefon bimbit terhadap penggunanya. Dalam kajian tersebut mereka mendapati bahahawa radiasi daripada telefon bimbit boleh menyebabkan berlakunya perubahan dalam sel manusia yang memberi kesan kepada otak si penggunanya. Selain dari kesan radiasi, anda dikehendaki berbincang dengan rakan tentang kesan buruk penggunaan telefon bimbit.

2.7 Nyatakan TIGA kebaikan dan keburukan Media Massa kepada masyarakat .



Susah juga soalan ni ye..  Kena buat perbincangan dengan kawan-kawan ni….






                                             




MAKLUMBALAS AKTIVITI 2A
    1. a)  Satelit TV merupakan  sejenis media pancaran yang menggunakan medium satelit  untuk mendapatkan siarannya. Menurut Kamus Dewan televisyen (TV) bermaksud penyiaran ( pancaran ) gambar hidup ( gambar bergerak ) beserta bunyi menerusi kabel atau udara pada skrin atau kaca peti televisyen.  Satelit pula bermaksud sejenis alat rekaan manusia yang dilancarkan mengedari bumi, bulan atau planet lain untuk tujuan perhubungan , penyelidikan dan sebagainya.

     b) 3  jenis alat komunikasi yang menggunakan satelit sebagai medium  
          perhubungan dan penghantaran maklumat:
  1. Satelit Televisyen (TV)
  2. Rangkaian telefon
  3. Video Sidang
    1. Kebaikan Playstation :
i)    Menggunakan kemahiran akal
        ii)  Melatih untuk mengatur strategi ( war games )
iii)  Mengelakkan remaja dari terjebak ke dalam gejala sosial

           Keburukan Playstation :
         i)    Membazir wang dan masa
        ii)   Membantutkan proses sosialisasi remaja
         iii)  Mendedahkan remaja kepada unsur-unsur ganas,lucah,judi dll.
    1. Kesan buruk penggunaan telefon bimbit :

i) Punca kepada berbagai-bagai jenis penyakit seperti kanser
    ii) Memupuk sikap suka menunjuk-nunjuk dan ego diri
         iii) Membazirkan wang dengan caj perkhidmatan dan pendaftaran yang mahal
   iv) Mengganggu orang lain – deringan di dalam majlis dll
    1. Kebaikan Media Massa kepada Masyarakat :
      i)  Alat saluran ilmu, informasi, panduan, peringatan dan lain-lain
     ii)  Melakukan perubahan dalam cara hidup - positif
    iii)  Mempengaruhi dan memberi tekanan terhadap jatuh bangun pemimpin,  
          penghibur, korporat ,individu dan negara

Keburukan Media Massa kepada Masyarakat :
i ) Memperkenalkan budaya hidup yang negatif
           ii)  Medan kegiatan tidak bermoral seperti pornografi, gossip liar, hedonisme ,
                 fitnah dan sebagainya
           iii) Menjadi kuda tunggangan kepada golongan-golongan tertentu

Adakah jawapan anda betul ? Jika Ya, Tahniah ,jika Tidak anda perlu banyak mengulangkaji!!!!



                PENILAIAN KENDIRI



UNTUK MENGUKUR PRESTASI ANDA, ANDA MESTILAH MENJAWAB SEMUA SOALAN PENILAIAN KENDIRI INI UNTUK DINILAI OLEH PENSYARAH ANDA.





   
Soalan Satu
Bincangkan TIGA kesan positif dan negatif yang terhasil dari ledakan teknologi maklumat masa kini

Soalan Dua
Huraikan kesan-kesan negatif perkembangan teknologi maklumat dari perspektif Pendidikan Moral



TAHNIAH!
Anda telah berjaya menyelesaikan semua soalan dalam penilaian kendiri.

Sila semak jawapan anda pada maklumbalas untuk memastikan jawapan anda adalah betul.


  MAKLUMBALAS KEPADA PENILAIAN KENDIRI


1. Kesan Positif :
    i)   Sumber maklumat boleh disampaikan dan  diperolehi dengan cepat dan
                mudah
    ii)  Menjimatkan masa
    iii) Maklumat yang diterima adalah berbagai-bagai bentuk dari seluruh dunia
               (konsep langit terbuka )

  Kesan Negatif :
    i)  Penyebaran budaya-budaya yang tidak sihat – ganas, lucah , fitnah dan lain-
               lain kerana tiada penapisan maklumat
    ii) Penyumbang kepada gejala keruntuhan moral dan akhlak remaja kerana
               terpengaruh dengan budaya kuning.
    iii) Unsur-unsur pembaziran wang – pembelian alatan yang diperlukan yang
                agak mahal
  1. Kesan Negatif Teknologi Maklumat dari Perspektif Moral :


Teknologi maklumat mendatangkan banyak faedah kepada manusia sekiranya digunakan menurut saluran yang betul. Namun begitu, ia akan menyebabkan kesan yang buruk kepada manusia jika disalahgunakan. Antara kesannya menurut perspektif  moral ialah :
    1. Melahirkan sikap  tidak bertanggungjawab – seperti penyebaran maklumat palsu, lucah, fitnah dan sebagainya.

    1. Melahirkan sikap tidak menghormati orang lain – seperti deringan telefon bimbit dalam majlis rasmi
    2. Boleh membantutkan proses sosialisasi remaja – kesan penggunaan internet, permainan video, playstation dan sebagainya.
    3. Menyemarakkan elemen-elemen yang boleh mencabar nilai-nilai moral seperti kebendaan, sikap keterlaluan dan tidak menghormati orang lain.




Kita bertemu lagi di Unit 3 dibawah tajuk Isu-isu Moral Semasa (Remaja ) … OK


No comments:

Post a Comment