Saturday 24 September 2011

UNIT 6 PEMBENTUKAN STRATEGI PEMASARAN GLOBAL

UNIT 6

PEMBENTUKAN STRATEGI PEMASARAN GLOBAL

MEKANISME DAN LOGISTIK PERDAGANGAN EKSPORT





OBJEKTIF AM

Mengetahui dan memahami tentang mekanisme dan logistik perdagangan eksport

OBJEKTIF KHUSUS
Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :

     Menerangkan tentang mekanisme dan logistik perdagangan eksport





INPUT


  1.     PENGENALAN

Pengeksportan merupakan aktiviti terpenting di dalam perniagaan antarabangsa sama ada pasaran syarikat adalah di dalam sebuah negara atau merupakan pemasaran global.  Barangan yang dihasilkan di dalam sesebuah negara perlu dipindahkan melepasi sempadan sesebuah negara yang lain untuk sampai ke pasaran sasaran.

Kebanyakan negara mengawal pergerakan barangan yang melepasi sempadan negara masing-masing, sama ada meninggalkan negara tersebut atau memasuki ke dalam negara.  Oleh sebab itu, kebanyakan negara menguatkuasakan peraturan-peraturan dan undang-undang tertentu kepada pengeksport dan pengimport.

6.1      MEKANISME DAN LOGISTIK PERDAGANGAN EKSPORT

Ia melibatkan peraturan-peraturan dan sekatan-sekatan import dan eksport, kemudahan-kemudahan kawasan bebas, dokumen-dokumen yang digunakan, syarat-syarat jualan, keputusan penandaan dan pembungkusan dan juga agen penghantar asing.

Semua negara mengenakan peraturan-peraturan dan pembatasan ke atas pengeksportan dan pengimportan barangan ke dalam dan ke luar negara masing-masing. Terdapat banyak sebab kenapa negara-negara mewujudkan peraturan-peraturan dan sekatan-sekatan ke atas eksport dan import barang-barang




      1. Peraturan dan sekatan-sekatan eksport

Peraturan eksport boleh direkabentuk untuk menjimatkan barang yang kekurangan untuk digunakan dalam negara sendiri atau untuk mengawal aliran barang strategi kepada bakal musuh atau pihak yang sebenarnya menjadi musuh..

Di Amerika Syarikat, walaupun lesen yang formal atau lesen khas tidak diperlukan untuk menjalankan pengeksportan, namun kebenaran atau lesen untuk mengeksport sesuatu keluaran mungkin diperlukan dalam keadaan tertentu bergantung kepada barangan yang berkenaan dan destinasinya.  Sebagai contoh, kebanyakan butiran yang menghendaki kebenaran khas atau lesen untuk pengeksportan adalah di bawah kawalan Jabatan Perdagangan.  Barang-barang lain seperti senjata dan alat kelengkapan perang adalah di bawah Jabatan negara sementara hidupan liar yang terancam adalah di bawah kawalan Jabatan Dalam negeri.

Terdapat dua jenis lesen untuk pengeksportan dari Amerika Syarikat, iaitu lesen am dan lesen yang disahkan.  Lesen am membolehkan pengeksportan barangan tertentu dengan memerlukan tidak lebih daripada pengisytiharan mengenai jenis keluaran dan destinasinya.  Lesen yang disahkan pula adalah dokumen khusus yang memberi kuasa untuk mengeksport di dalam lingkungan penghadan yang tertentu, ia hanya dikeluarkan atas permohonan formal.

6.1.2     Sekatan-sekatan import

Selain daripada halangan eksport, pemasar antarabangsa juga perlu melihat kepada halangan dan peraturan import negara asing di mana perniagaan beroperasi.  Peraturan import mungkin untuk melindungi kesihatan masyarakat, mengawal pertukaran asing, melindungi industri dalam negara, atau menyumbangkan pendapatan dalam bentuk tarif.  Halangan perdagangan yang sering dihadapi ialah tarif, permit pertukaran, kuota, lesen import, boikot, piawaian, pembatasan eksport secara sukarela dan lain-lain sekatan.
  1.     Tarif iaitu cukai atau duti kastam yang dikenakan ke atas barang-barang yang diimport dari negara yang lain.  Ini akan meningkatkan harga barang-barang import berbanding dengan barang-barang tempatan.  Tarif biasanya digunakan untuk memperolehi pendapatan dan melindungi industri dalam negara daripada persaingan dari negara-negara luar.  
  1. Permit pertukaran iaitu kebanyakan negara membuat sekatan ke atas jumlah matawang yang boleh ditukar dengan negara yang lain.  Di dalam negara yang menggunakan kawalan pertukaran, biasanya pengimport perlu memohon dari agensi kawalan di negara pengimport untuk mendapatkan permit import.  Jika operasi kawalan meluluskan permohonan tersebut, lessen import akan dikeluarkan.  Lesen import ini boleh digunakan untuk mendapatkan pertukaran matawang tempatan dengan matawang asing penjual.

Permit pertukaran ini juga sebagai syarat untuk menentukan kadar pertukaran di mana ia mensyaratkan jumlah yang hendak ditukar, dan mestilah didepositkan ke dalam bank tempatan untuk satu jangkamasa sebelum pemindahan barangan berlaku.
  1. Kuota  -  Ia merupakan had atau batasan  dalam kuantiti bagi barangan yang diimport di dalam tempoh tertentu.  Tujuannya adalah untuk mengurangkan import dan melindungi industri tempatan.  Ia menetapkan kuantiti barangan yang diimport tanpa mengira harga.  Walaubagaimanapun, ia berbeza dengan tarif kerana ia tidak akan memberi sumber pendapatan kepada negara.  Contohnya, Amerika Syarikat mengenakan kuota tertentu bagi pengimportan gula, gandum, tembakau, kapas, tekstil dan kacang.  Ada sesetengah negara pengimport mengenakan kuota untuk memastikan agihan yang sama di negara-negara sahabat.
  1. Lesen import  -  Perbezaan utama di antara kuota dan lesen import ialah kawalan import lebih fleksibel bagi lesen import berbanding dengan kuota.  Kuota membenarkan import sehinggalah ianya dipenuhi, lesen menghadkan kuantiti berdasarkan kes-kes tertentu.




  1. Boikot/Pemulauan  -  Negara-negara menghalang perdagangan dari negara-negara lain.  Contohnya, Liga Arab memboikot perdagangan dengan Israel.  Ada sesetengah negara memboikot semua perdagangan antarabangsa dan sesetengah negara memboikot barang-barang tertentu sahaja.
  1. Piawaian  -  Piawaian ini ditetapkan untuk melindungi kesihatan, keselamatan dan kualiti produk.  Piawaian ini kadangkala digunakan untuk menghadkan perdagangan tetapi dalam keadaan-keadaan tertentu, peraturan-peraturan dan syarat-syarat yang dikenakan menimbulkan masalah dalam perdagangan itu sendiri.
  1. Pembatasan Eksport Secara Sukarela
Pembatasan ini bermaksud sesebuah negara secara sukarela mengurangkan eksport barang-barangnya ke negara lain atas inisiatifnya yang tersendiri ataupun disebabkan tekanan oleh negara pengimport.  Contohnya, kerajaan Amerika Syarikat telah mengadakan pembatasan eksport ke atas kereta-kereta buatan Jepun bagi menghadkan jualan kereta tersebut ke Amerika Syarikat.
  1. Lain-lain Sekatan  -  Sekatan ke atas pengimportan barang-barang seperti dadah, ubat-ubatan dan produk yang tidak bermoral dan barang-barang bersejarah.


















Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya…!!!.  
Sila semak jawapan anda pada ruangan maklum balas yang disediakan



AKTIVITI 6A                   


Tandakan Betul atau Salah bagi kenyatan-kenyatan di bawah :
  1. Tarif  merupakan cukai atau duti kastam yang dikenakan ke atas barang-barang yang dieksport ke negara lain.
  2. Kuota merupakan had dalam kuantiti barangan yang diimport dalam tempoh tertentu.
  3. Kuota biasanya dikenakan untuk melindungi industri domestik dan mengawal pertukaran asing.
  4. Boikot bermaksud sesuatu negara menghalang kemasukan sesetengah barangan ke dalam negara.
  5. Lesen import tidak diperlukan apabila sesebuah syarikat ingin mengeksport ke luar negara.































INPUT

      1. Kemudahan-kemudahan Kawasan Bebas
Untuk memudahkan perdagangan eksport, negara menentukan kawasan tertentu di dalam sempadannya sebagai kawasan yang mendapat kemudahan istimewa daripada pihak kastam, iaitu kawasan yang barang boleh diimport untuk penyimpanan atau pemprosesan dengan penangguhan tarif sehingga keluaran tersebut meninggalkan kawasan yang telah ditentukan itu.

Di antara kemudahan-kemudahan yang ada termasuklah  :
  1.    “Foreign Trade Zones”( FTZ ) – Zon Perdagangan Antarabangsa
Kebanyakan negara mempunyai FTZ yang memperbaiki kecekapan perdagangan luar negeri untuk pemasar eksport.  Kebanyakan FTZ berfungsi dengan cara yang sama tanpa mengira negara tuan rumah.  Bilangan negara di dalam zon perdagangan antarabangsa telah meningkat seiring dengan liberalisasi perdagangan yang merebak hingga ke Afrika, Amerika Latin, Eropah Timur dan bahagian lain di Eropah dan Asia.

Di Amerika Syarikat sahaja, terdapat lebih 200 FTZs diwujudkan termasuklah di New York, New Orleans, San Francisco, Seattle dan sebagainya.  Barang yang tertakluk kepada duti kastam Amerika boleh disimpan atau diproses seperti pembungkusan semula, dibersih dan digredkan di zon ini sebelum dimasukkan ke Amerika atau dieksport semula ke negara lain.





Antara kelebihan yang diperolehi dari FTZ ialah  :
  1. kos insurans yang lebih rendah hasil daripada keselamatan yang lebih yang diperlukan dalam FTZ
  2. lebih banyak modal kerja oleh sebab duti ditunda sehingga barang yang berkenaan meninggalkan zon tersebut
  3. peluang untuk menyimpan stok keluaran apabila kuota sudah penuh atau sementara menunggu keadaan pasaran yang paling sesuai
  4. penjimatan yang banyak ke atas barang atau bahan yang ditolak, rosak, atau dibuang yang untuknya duti tidak ditaksirkan, dan
  5. pengecualian daripada membayar duti ke atas kos overhead dan buruh yang sekiranya ditanggung dalam FTZ tidak diambil kira apabila menentukan nilai barang yang berkenaan.
  1. “Offshore Assembly”  (  Maquiladors )
Maquiladors atau loji berkembar adalah nama yang diberikan kepada kemudahan bebas yang wujud di Mexico di awal tahun 1970an.  Ia kemudiannya dikembangkan ke negara-negara lain yang mempunyai kos buruh yang rendah.  Di dalam tahun 1971, kerajaan Mexico dan Amerika Syarikat telah mewujudkan program “in-bond” yang memberi peluang kepada syarikat-syarikat Amerika menggunakan tenaga buruh Mexico yang rendah.

Kerajaan Mexico membenarkan Amerika Syarikat memproses, membungkus, mengumpul dan membaiki loji di kawasan “in-bond” dan mengimport serta memproses bahan mentah tanpa cukai import, dan kemudian menyediakan produk akhir.  Produk akhir tersebut akan dieksport semula ke negara Amerika dan negara-negara lain.  Sebagai balasannya, kerajaan Amerika membenarkan pengimportan semula barang-barang yang telah di proses, dibungkus, dikumpul atau dibaiki dengan tarif import yang rendah ke Mexico.  Barang-barang yang diproses di Maquiladors perlu dieksport terlebih dahulu ke Amerika Syarikat dan kemudian barulah boleh diimport ke Mexico dengan tarif yang ditetapkan oleh negara Mexico.


Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya…!!!.  
Sila semak jawapan anda pada ruangan maklum balas yang disediakan






AKTIVITI 6B       


Apakah yang anda faham tentang perkara-perkara di bawah  :
  1. “Foreign Trade Zones”
  2. “Offshore Assembly”


























INPUT


      1. Dokumen-dokumen Eksport

Setiap penghantaran eksport memerlukan pelbagai dokumen untuk mematuhi peraturan kerajaan yang mengawal pengeksportan dan juga untuk memenuhi keperluan bagi urusniaga pembayaran perdagangan antarabangsa.  Berikut adalah dokumen-dokumen eksport yang biasa digunakan di dalam perdagangan antarabangsa  :
  1. Perakuan Eksport

Perakuan eksport  biasanya dikeluarkan untuk mengekalkan statistik bagi kuantiti barangan yang dihantar ke luar negara.                   Kebanyakan negara menetapkan penghantaran ke luar negara memerlukan perakuan eksport.  Biasanya, perakuan ini dikeluarkan di pelabuhan penghantar, mengandungi nama dan alamat pihak yang terlibat, destinasi barang-barang tersebut, kenyataan penuh tentang barangan tersebut, dan nilai yang diperakukan.
  1. Invois Pro-forma

Ia merupakan notis awal yang dikeluarkan oleh pengeksport kepada pengimport apabila pengimport meminta sebutharga dan ia bukannya invois atau dokumen jualan yang sah.  Keperluan invois pro-forma  ialah  :
    1. diperlukan oleh pengimport untuk membuat perbandingan harga di antara pengeksport-pengeksport yang ada.
    2. Membolehkan pihak pengimport menentukan jumlah insuran yang perlu dibeli untuk proses pengimportan barangan tersebut.
    3. Bagi mendapatkan sokongan kewangan atau pembiayaan daripada institusi-institusi kewangan
    4. Juga bagi mendapatkan lesen import.
  1. Sijil Tempat Asal  (  Invois Konsular  )

Sijil yang dikeluarkan oleh pengeluar yang menyatakan dari mana ( negara ) barang-barang itu dihasilkan.  Kepentingannya  :
    1. memenuhi prosedur kastam
    2. untuk pengesahan bagi pengeluaran surat kredit

Tidak semua negara menghendaki sijil ini tetapi negara yang memerlukannya biasanya sangat cerewet mengenai cara bagaimana invois tersebut dilengkapkan.  Borang yang betul mesti diperolehi daripada pejabat konsul negara yang berkenaan dan dikembalikan bersama dengan dua hingga lapan salinan dalam bahasa negara yang berkenaan serta salinan dokumen lain yang diperlukan ( seperti lesen import, invois komersil, dan/atau bil muatan ) sebelum perakuan diberikan.
  1. Bil Muatan

Bil muatan merupakan satu dokumen kontrak muatan diantara pembawa ( pihak perkapalan ) dan pengirim ( pengeksport ).  Ia merupakan satu dokumen kontrak yang diisukan oleh pihak perkapalan.  Tujuannya adalah  sebagai
    1. pemberitahu bahawa barangan yang ditransit telah dihantar.
    2. Satu memorandum persetujuan syarat antara pengekpot dan pihak perkapalan
    3. Sebagai bukti pemilikan sesuatu barangan.

Bil ini dikeluarkan apabila barang telah sampai ke tangan pihak perkapalan.  Bil ini pula terbahagi kepada dua iaitu :
  1. “Clean bil of lading” yang diisukan oleh pihak perkapalan apabila telah disahkan barangan yang dipunggah tiada sebarang kerosakan.
  2. “Foul bil of lading” yang diisukan apabila barangan yang dipunggah itu dalam keadaan yang rosak dan dicatatkan di atas bil.
 
  1. Invois Komersil

Bil yang dikeluarkan oleh pengeksport apabila sesuatu jualan telah dibuat.  Ia adalah sebagai bukti proses jualbeli telah berlaku.  Biasanya bil ini digunakan apabila pengimport dan pengeksport membuat tuntutan pembayaran.  Ia menyatakan kuantiti barangan yang dibekalkan dan harga atau nilai yang dituntut.
  1. Lesen

Lesen import atau eksport merupakan dokumen tambahan yang biasanya diperlukan di dalam perdagangan eksport.  Biasanya di dalam negara yang memerlukan lesen import untuk masuk ke negara tersebut, lesen atau nombor lesen diperlukan untuk memperolehi invois konsular.  Bagi komoditi yang memerlukan lesen eksport pula, lesen ini diperlukan sebelum perakuan eksport dapat dikeluarkan.
 
  1. Polisi atau sijil insurans dan lain-lain yang berkaitan.

Polisi insuran diperlukan untuk melindungi risiko perkapalan , kemungkinan kerosakan dari laut dan cuaca.  Kemungkinan risiko kehilangan atau kerosakan ke atas barang-barang semasa dalam pengangkutan sehinggalah sampai ke destinasinya.
  1. Lain-lain

Selain dari itu, sijil pemeriksaan kesihatan dan kebersihan untuk memastikan ketiadaan penyakit diperlukan bagi sesetengah produk pertanian sebelum sesebuah negara itu membenarkan barangan tersebut masuk ke dalam negara.

Senarai pembungkusan dengan berat yang betul juga diperlukan bagi sesetengah keadaan.  Dokumen ini akan menunjukkan jenis pembungkusan, pengukuran, bilangan pembungkusan dan timbangannya.




Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya…!!!.  
Sila semak jawapan anda pada ruangan maklum balas yang disediakan.




AKTIVITI 6C       


Nyatakan jenis dokumen yang sesuai dengan kenyataan yang diberikan di ruangan kosong yang disediakan.
  1. Notis awal yang dikeluarkan oleh pengeksport kepada pengimport apabila pengimport meminta sebutharga (__________________)
  2. Satu dokumen kontrak muatan di antara pembawa dan pengirim.  (________________________)
  1. Bil yang dikeluarkan oleh pengeksport apabila sesuatu jualan telah dibuat. (_____________________)
  2. Sijil yang dikeluarkan oleh pengeluar yang menyatakan dari mana ( negara ) barang-barang itu dihasilkan.  (______________________)




























INPUT

      1. Syarat-syarat Jualan

Syarat-syarat jualan atau syarat-syarat perdagangan agak berbeza daripada satu negara dengan negara yang lain.  Syarat-syarat jualan yang paling biasa digunakan termasuklah  :
  1.     CIF ( kos, insurans, tambang )

Segala kos penghantaran barangan ke pelabuhan, ke atas kapal dan bayaran pengangkutan ke pelabuhan destinasi akan ditanggung oleh penjual.  Selain itu, penjual juga akan bertanggungjawab mengatur dan membayar insurans barangan sehingga ke pelabuhan destinasi.  Penjual juga akan menanggung risiko sehingga barangan sampai ke atas kapal.  Pembeli akan bertanggungjawab seterusnya apabila barangan berada di atas kapal.
  1.      C & F ( kos dan tambang )

Segala kos penghantaran barangan ke pelabuhan, ke atas kapal dan bayaran pengangkutan ke pelabuhan destinasi akan ditanggung oleh penjual.  Pembeli pula bertanggungjawab menginsurankan barangan berkenaan bermula apabila ia diangkut ke atas kapal.  Penyerahan hak milik barangan berlaku semasa barangan diangkut ke atas kapal.
  1.      FAS ( Percuma di Samping Kapal )
Penjual bertanggungjawab menghantar barangan di samping kapal atau pengangkut yang dinyatakan dalam kontrak.  Penjual akan menanggung semua perbelanjaan termasuklah kos pengangkutan dan insurans hingga ke peringkat ini.  Walau bagaimanapun, kos mengangkut barangan ke atas kapal akan ditanggung oleh pembeli.  Penjual hanya perlu memaklumkan kepada pembeli mengenai penghantaran barangan dan hak milik terserah kepada pembeli disamping kapal atau pengangkut berkenaan.
  1.      FOB ( Percuma di Atas Kapal )

Penjual bertanggungjawab menyediakan dan menghantar barangan ke atas kapal yang dinyatakan oleh pembeli.  Penjual juga akan menanggung segala perbelanjaan dan risiko sehingga barangan diangkut ke atas kapal.  Selepas peringkat ini, pembeli akan membayar kos pengangkutan dan insuran hingga ke destinasinya.  Penyerahan hak milik barangan berkuatkuasa apabila barangan berada di atas kapal.
  1.      EX ( Pelabuhan asal yang disebut namanya )

Harga yang disebut meliputi kos hanya pada tempat asal ( sebagai contoh, EX kilang, semua caj lain ditanggung oleh pembeli  )
















Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya…!!!.  
Sila semak jawapan anda pada ruangan maklum balas yang disediakan.





AKTIVITI 6D


Huraikan secara ringkas tentang perkara-perkara berikut  :
  1. CIF
  2. C & F
  3. FAS
  4. FOB































PENILAIAN KENDIRI



Anda telah menghampiri kejayaan.  Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan.

Jika ada sebarang masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda.  

Selamat mencuba semoga berjaya !!!!!

SOALAN 6-1

Pada pendapat anda, kenapakan kebanyakan negara-negara mengenakan sekatan-sekatan import dan eksport ?


SOALAN 6-2

Nyatakan sekatan-sekatan import yang biasa dilakukan oleh negara-negara yang terlibat di dalam perdagangan antarabangsa.
    1. ___________________________
    2. ___________________________
    3. ___________________________
    4. ___________________________
    5. ___________________________
    6. ___________________________
    7. ___________________________










SOALAN 6-3

Huraikan secara ringkas tentang perkara-perkara berikut  :
  1. Invois pro-forma
  2. Bil muatan
  3. Sijil tempat asal
































MAKLUMBALAS

AKTIVITI





Adakah anda telah mencuba dahulu ?  Jika “YA”, sila semak jawapan anda.

AKTIVITI 6A
  1. Salah
  2. Betul
  3. Betul
  4. Betul
  5. Salah



AKTIVITI 6B

a)         Foreign Trade Zones” – Zon Perdagangan Antarabangsa

Bilangan negara di dalam zon perdagangan antarabangsa telah meningkat seiring dengan liberalisasi perdagangan yang merebak hingga ke Afrika, Amerika Latin, Eropah Timur dan bahagian lain di Eropah dan Asia.  Di Amerika Syarikat sahaja, terdapat lebih 200 FTZs diwujudkan termasuklah di New York, New Orleans, San Francisco, Seattle dan sebagainya.
  1.     “Offshore Assembly”  (  Maquiladors )

Maquiladors atau loji berkembar adalah nama yang diberikan kepada kemudahan bebas yang wujud di Mexico di awal tahun 1970an.  Ia kemudiannya dikembangkan ke negara-negara lain yang mempunyai kos buruh yang rendah.  Didalam tahun 1971, kerajaan Mexico dan Amerika Syarikat telah mewujudkan program “in-bond” yang memberi peluang kepada syarikat-syarikat Amerika menggunakan tenaga buruh Mexico yang rendah.


Kerajaan Mexico membenarkan Amerika Syarikat memproses, membungkus, mengumpul dan membaiki loji di kawasan “in-bond” dan mengimport serta memproses bahan mentah tanpa cukai import, dan kemudian menyediakan produk akhir.  Produk akhir tersebut akan dieksport semula ke negara Amerika dan negara-negara lain.  Sebagai balasannya, kerajaan Amerika membenarkan pengimportan semula barang-barang yang telah di proses, dibungkus, dikumpul atau dibaiki dengan tariff import yang rendah ke Mexico.  Barang-barang yang diproses di Maquiladors perlu dieksport terlebih dahulu ke Amerika Syarikat dan kemudian barulah boleh diimport ke Mexico dengan tariff yang ditetapkan oleh
negara Mexico.


AKTIVITI 6C
  1. Invois pro-forma
  2. Bil muatan
  3. Invois komersil
  4. Sijil tempat asal



AKTIVITI 6D
    1.      CIF ( kos, insuran, tambang )

Segala kos penghantaran barangan ke pelabuhan, ke atas kapal dan bayaran pengangkutan ke pelabuhan destinasi akan ditanggung oleh penjual.  Selain itu, penjual juga akan bertanggungjawab mengatur dan membayar insuran barangan sehingga ke pelabuhan destinasi.  Penjual juga akan menanggung risiko sehingga barangan sampai ke atas kapal.  Pembeli akan bertanggungjawab seterusnya apabila barangan berada di atas kapal.
    1.      C & F ( kos dan tambang )

Segala kos penghantaran barangan ke pelabuhan, ke atas kapal dan bayaran pengangkutan ke pelabuhan destinasi akan ditanggung oleh penjual.  Pembeli pula bertanggungjawab menginsurankan barangan berkenaan bermula apabila ia diangkut ke atas kapal.  Penyerahan hak milik barangan berlaku semasa barangan diangkut ke atas kapal.
  1.      FAS ( Percuma di Samping Kapal )
Penjual bertanggungjawab menghantar barangan di samping kapal atau pengangkut yang dinyatakan dalam kontrak.  Penjual akan menanggung semua perbelanjaan termasuklah kos pengangkutan dan insuran hingga ke peringkat ini.  Walaubagaimanapun, kos mengangkut barangan ke atas kapal akan ditanggung oleh pembeli.  Penjual hanya perlu memaklumkan kepada pembeli mengenai penghantaran barangan dan hak milik terserah kepada pembeli disamping kapal atau pengangkut berkenaan.
  1. FOB ( Percuma di Atas Kapal )

Penjual bertanggungjawab menyediakan dan menghantar barangan ke atas kapal yang dinyatakan oleh pembeli.  Penjual juga akan menanggung segala perbelanjaan dan risiko sehingga barangan diangkut ke atas kapal.  Selepas peringkat ini, pembeli akan membayar kos pengangkutan dan insuran hingga ke destinasinya.  Penyerahan hak milik barangan berkuatkuasa apabila barangan berada di atas kapal.




















MAKLUM BALAS

PENILAIAN KENDIRI







Adakah anda telah mencuba dahulu ?  Jika “YA”, sila semak jawapan anda.


SOALAN 6-1

Terdapat banyak sebab kenapa negara-negara mewujudkan peraturan-peraturan dan sekatan-sekatan ke atas eksport dan import barang-barang.  Peraturan eksport diadakan untuk melindungi barang-barang yang susah didapati untuk kegunaan dalam negara atau untuk mengawal aliran barang-barang strategic daripada jatuh ke tangan bakal-bakal pesaing.  Peraturan import mungkin untuk melindungi kesihatan masyarakat , mengawal pertukaran asing, melindungi industri dalam negara, atau menyumbangkan pendapatan dalam bentuk tariff.


SOALAN 6-2
  1. Tarif
  2. Permit pertukaran
  3. Kuota
  4. Lesen import
  5. Boikot
  6. Piawaian
  7. Pembatasan sukarela





SOALAN 6-3

Invois Pro-forma

Ia merupakan notis awal yang dikeluarkan oleh pengeksport kepada pengimport apabila pengimport meminta sebutharga dan ia bukannya invois atau dokumen jualan yang sah.  Keperluan invois pro-forma  ialah  :
  1. diperlukan oleh pengimport untuk membuat perbandingan harga di antara pengeksport-pengeksport yang ada.
  2. Membolehkan pihak pengimport menentukan jumlah insuran yang perlu dibeli untuk proses pengimportan barangan tersebut.
  3. Bagi mendapatkan sokongan kewangan atau pembiayaan daripada institusi-institusi kewangan
  4. Juga bagi mendapatkan lessen import.


Bil Muatan

Bil muatan merupakan satu dokumen kontrak muatan diantara pembawa ( pihak perkapalan ) dan pengirim ( pengeksport ).  Ia merupakan satu dokumen kontrak yang diisukan oleh pihak perkapalan.  Tujuannya adalah  sebagai :
  1. pemberitahu bahawa barangan yang ditransit telah dihantar.
  2. Satu memorandum persetujuan syarat antara pengekpot dan pihak perkapalan
  3. Sebagai bukti pemilikan sesuatu barangan.

Bil ini dikeluarkan apabila barang telah sampai ke tangan pihak perkapalan.  Bil ini pula terbahagi kepada dua iaitu :
  1. “Clean bil of lading” yang diisukan oleh pihak perkapalan apabila telah disahkan barangan yang dipunggah tiada sebarang kerosakan.
  2. “Foul bil of lading” yang diisukan apabila barangan yang dipunggah itu dalam keadaan yang rosak dan dicatatkan di atas bil.






Sijil Tempat Asal

Sijil yang dikeluarkan oleh pengeluar yang menyatakan dari mana ( negara ) barang-barang itu dihasilkan.  Kepentingannya  :
  1. memenuhi prosedur kastam
  2. untuk pengesahan bagi pengeluaran surat kredit



No comments:

Post a Comment