Saturday 17 September 2011

UNIT 11 SURAT CARA BOLEH NIAGA

UNIT 11

      SURAT CARA BOLEH NIAGA

       OBJEKTIF
OBJEKTIF AM :

Mempelajari dan memberi pendedahan berkaitan dengan surat cara boleh niaga.

OBJEKTIF KHUSUS :
  1. Menerangkan definisi dan ciri-ciri surat cara boleh niaga.
  2. Menghuraikan jenis-jenis surat cara boleh niaga.
  3. Menjelaskan penerimaan dan pengesahan di dalam sesuatu bil pertukaran.
  4. Menjelaskan jenis-jenis cek dan cek berpalang .
  5. Menerangkan tandatangan palsu dan penamatan kuasa seorang pengurus bank.


11.1    DEFINISI SURAT CARA BOLEH NIAGA


    1. .0    PENGENALAN

Undang-undang bagi surat cara boleh niaga di Malaysia dikawal oleh Akta Bil Pertukaran 1949 (Semakan 1978).  Akta ini sebahagian besarnya berdasarkan kepada Akta Bil Pertukaran Inggeris 1882 dan Akta Cek-cek Inggeris, 1957.  Bagi negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak, peruntukan ini tidak perlu kerana di bawah seksyen 5(2) Akta Undang-undang Sivil, 1956 (Semakan 1972) terdapat penerimaan yang berterusan bagi undang-undang Inggeris yang berkaitan dengan bank dan perbankan dan perdagangan.  Bagi negeri-negeri Semenanjung Malaysia (kecuali Melaka dan Pulau Pinang), penerimaan Undang-undang Perdagangan Inggeris dihentikan pada 7 April, 1956, aspek tertentu undang-undang Inggeris ini tidak terpakai di negeri-negeri ini selepas tarikh tersebut.

      1. DEFINISI SURATCARA BOLEH NIAGA

Surat cara boleh niaga tergolong dalam kategori surat cara atau dokumen yang diiktiraf oleh undang-undang sebagai mempunyai kualiti pemindahan hak milik.  Ia adalah suatu dokumen yang mengandungi akuan janji bagi membayar sejumlah wang yang ditetapkan yang boleh dipindah milik secara hantar serah atau pengesahan dan penyerahan.  


      1. CIRI-CIRI SURAT CARA BOLEH NIAGA

Ciri-ciri penting sesuatu surat cara boleh niaga ialah :
  1. Hak miliknya dipindahkan secara hantar serah atau penyerahan bersama-sama pengesahan iaitu hak itu boleh dipindahkan daripada seseorang kepada seseorang.
  2. Pemegang yang mempunyai milikan itu boleh mendakwa dengan namanya sendiri.
  3. Notis penyerahan hak tidak perlu diberikan kepada penghutang.  Maksudnya, pelanggan tidak dikehendaki memberikan notis kepada pihak bank apabila dia mengeluarkan  cek pihak bank, dengan syarat akaunnya mempunyai kredit.
  4. Pemindah milik surat cara boleh niaga boleh memberikan hak milik yang lebih baik daripada yang dimilikinya.  Penerima pindah milik tidak tertakluk kepada kecacatan seperti di dalam perjanjian biasa dengan syarat dia adalah pemegang bona fide bagi nilai.  Seseorang penerima pindah milik yang bebas daripada apa-apa kecacatan dalam hak milik pemindah milik itu dikenalik sebagai ‘pemegang yang sewajarnya’.



                                          

AKTIVITI 11a






  1. Isikan tempat kosong berikut :
Surat cara boleh niaga boleh didefinisikan sebagai suatu dokumen yang mengandungi ……………………….. bagi membayar sejumlah wang yang ditetapkan yang boleh ……………………………. secara hantar serah atau pengesahan dan penyerahan.  

  1. Nyatakan undang-undang yang mengawal perjalanan urusan surat cara boleh niaga.


                                            
MAKLUM BALAS 11a








  1. Akuan janji
Dipindah milik


2.    Sebahagian besarnya berdasarkan kepada Akta Bil Pertukaran Inggeris 1882 dan Akta Cek-cek Inggeris, 1957.








11.2    JENIS-JENIS SURAT CARA BOLEH NIAGA

Surat cara adalah boleh niaga sama ada melalui statut atau adat persaudagaran.  Surat cara boleh niaga oleh statut termasuklah bil pertukaran, cek-cek dan nota janji hutang.  Surat cara boleh niaga melalui adat termasuklah nota bank, waran saham, debentur pembawa dan bil perbendaharaan.  Manakala bil muatan, kiriman wang, wang pos, sijil-sijil saham dan surat akuan berhutang adalah tidak merupakan surat cara boleh niaga walaupun ianya boleh dipindah milik.  Daripada pelbagi jenis surat cara boleh niaga ini, bil-bil pertukaran dan cek-cek adalah yang paling penting dan yang akan dibincangkan di dalam topik ini.  Undang-undang yang berkaitan dengan bil-bil pertukaran dan cek-cek terdapat di dalam Akta Bil Pertukaran 1949 (Semakan 1978).


11.2.1    BIL PERTUKARAN.

Seksyen 3(1) mentakrifkan bil pertukaran sebagai :
  1. Suatu perintah bertulis tanpa syarat
  2. Dialamatkan oleh seseorang kepada yang lain
  3. Ditandatangani oleh seseorang yang memberikannya
  4. Menghendaki orang yang dialamatkan supaya membayar atas tuntutan atau pada masa yang ditetapkan atau pada masa akan datang yang ditentukan
  5. Jumlah tertentu dalam bentuk wang
  6. Atas arahan orang yang ditentukan atau pembawa.

Daripada takrifan di atas, beberapa ciri telah wujud iaitu :
  1. Terdapat tiga pihak yang terlibat iaitu :
Si penyuruh bayar       
  • ini adalah pihak yang memberi perintah supaya pembayaran dibuat

Si pesuruh bayar
  • ini adalah pihak terhadap mana perintah untuk membayar itu adalah dibuat.

Si penerima wang
  • ini adalah pihak terhadap mana pembayaran adalah dibuat.
  1. Bil itu mestilah suatau arahan untuk membayar yang tidak bersyarat.  
Ia tidak boleh mengarahkan apa-apan tindakan supaya dilakukan sebagai tambahan kepada bayaran wang itu – seksyen 3 (2).  
  1. Bil itu mestilah dalam bentuk bertulis.
  2. Bil itu mestilah diberikan oleh seseorang atau sekumpulan orang kepada pihak yang lain.
  3. Bil itu mestilah ditandatangani  oleh penyuruh bayar atau ejen yang diberi kuasa- seksyen 96(1).
  4. Bil itu mestilah mengarahkan bayaran bagi jumlah tetentu dalam bentuk wang dan bukannya dalam bentuk barang-barang atau perkhidmatan.
  5. Bil itu mestilah dibayar atas tuntutan atau pada masa yang ditetapkan atau pada masa akan datang yang ditentukan.
  6. Suatu bil mestilah dibayar kepada atau atas arahan orang yang ditentukan atau pembawa.







Eee.. rasa-rasa masih susahlah nak gambarkan bil pertukaran ni, kalau ada contoh bergambar kan senang sikit….



Rajah 11.1 menunjukkan muka bil pertukaran.
RM 1000                                                                                                     Kuala Lumpur
                                3 hb. Mac, 2002


Dua bulan selepas tarikh bayar Ali Bin Leman atau arahan bagi nilai  yang diterima berjumlah ringgit malaysia satu ribu sahaja.


                                Tandatangan :  Sulaiman

Kepada :  Mohamad bin Seman
               Klang





   









                                                         Rajah 11.1

Dalam contoh di atas, ‘Sulaiman’ adalah penyuruh bayar, Mohamad bin Seman adalah pesuruh bayar dan Ali Bin Leman adalah penerima bayaran.  Sekiranya pesuruh bayar sanggup membayar pada bil itu, dia ‘menerima’ bil itu dengan menulis namanya secara melintang pada pada muka bil itu – seksyen 17(1)(a) seperti Rajah 11.2 di bawah.
RM 1000                                                                                                                  Kuala Lumpur
                                    3 hb. Mac, 2002



Dua bulan selepas tarikh bayar Ali Bin Leman atau arahan bagi nilai  yang diterima berjumlah ringgit malaysia satu ribu sahaja.

                
                                Tandatangan :  Sulaiman

Kepada :  Mohamad bin Seman
               Klang





   



Setem






                                                         Rajah 11.2



11.2.2    CEK.

Seksyen 73 Akta Bil Pertukaran 1949 (Semakan 1978) mentakrifkan suatu cek sebagai bil pertukaran yang dikeluarkan kepada pihak bank dan perlu dibayar apabila dituntut.  Lazimnya, suatu cek perlu mengandungi ciri-ciri berikut :
  1. Ia adalah suatu arahan bertulis yang tidak bersyarat.
  2. Ia ditandatangani oleh penyuruh bayar.
  3. Ia dikeluarkan kepada pihak bank ( pesuruh bayar).
  4. Ia mengarahkan pihak bank supaya membayar wang yang tertentu atas tuntutan.  Ketiadaan perkataan ‘atas tuntutan’ di dalam cek tidak semestinya menjejaskan kesahannya seperti seksyen 10(1)(b) yang memperlakukan semua bil pertukaran sebagai perlu dibayar atas tuntutan di mana tiada masa ditetapkan bagi bayaran.
  5. Ia dikeluarkan dengan sokongan orang yang ditentukan (penerima) atau atas arahannya atau dengan sokongan seorang pembawa.

Macamana pula rupa cek ya????
Sama ke dengan bil pertukaran???
         








Contoh cek.

                                                         Contoh 11.1

Daripada contoh di atas, penyuruh bayar cek ialah En. A.  Pihak bank atas nama cek itu dikeluarkan adalah pesuruh bayar atau bank pembayar ( Bank Islam Malaysia Berhad).  Pihak atas nama cek itu dikeluarkan adalah penerimanya ( Pn. Haza ).  Perlu diingat bahawa bil pertukaran dan cek boleh dikeluarkan oleh penyuruh bayar atas kegunaannya atau bagi kegunaan bank pesuruh bayar – seksyen 5.





AKTIVITI 11b
       


  1. Sila tandakan YA bagi perkara yang tergolong di dalam surat cara boleh niaga dan TIDAK bagi perkara yang tidak berkaitan.
    Perkara
    Jenis surat cara boleh niaga
    Tandakan.
    Cek
    Nota janji hutang
    Bil muatan
    Bil pertukaran
    Kiriman wang
    Wang pos
    Nota bank
    Sijil-sijil saham
    Debentur pembawa
    Waran saham
    Surat akuan berhutang
    Bil-bil perbendaharaan

    1. Terangkan pihak-pihak yang terlibat di dalam sesuatu bil pertukaran.
    2. Apakah yang anda faham dengan maksud cek?
    3. Sila kenalpasti tentang perkara-perkara yang masih tertinggal di dalam sesuatu bil pertukaran di dalam gambarajah di bawah.
                                                                                                       Kuala Lumpur
                                    3 hb. Mac, 2002


    Dua bulan selepas tarikh bayar Ali Bin Leman atau arahan bagi nilai  yang diterima berjumlah ringgit malaysia satu ribu sahaja.


                                   

    Kepada :  Mohamad bin Seman
                   Klang





       









      
    MAKLUM BALAS 11b



    1.
    Perkara
    Jenis surat cara boleh niaga
    Tandakan.
    Cek
    YA
    Nota janji hutang
    YA
    Bil muatan
    TIDAK
    Bil pertukaran
    YA
    Kiriman wang
    TIDAK
    Wang pos
    TIDAK
    Nota bank
    YA
    Sijil-sijil saham
    TIDAK
    Debentur pembawa
    YA
    Waran saham
    YA
    Surat akuan berhutang
    TIDAK
    Bil-bil perbendaharaan
    YA


    2.   Terdapat tiga pihak yang terlibat iaitu :
    Si penyuruh bayar     - ini adalah pihak yang memberi perintah supaya pembayaran dibuat
    Si pesuruh bayar - ini adalah pihak terhadap mana perintah untuk membayar itu adalah dibuat.
    Si penerima wang - ini adalah pihak terhadap mana pembayaran adalah dibuat.
    1. Cek ialah suatu bil pertukaran yang dikeluarkan kepada pihak bank dan perlu dibayar apabila dituntut.



    1. Perkara yang tertinggal ialah :
    • jumlah bayaran
    • tandatangan si penyuruh bayar


    Kuala Lumpur
                                    3 hb. Mac, 2002


    Dua bulan selepas tarikh bayar Ali Bin Leman atau arahan bagi nilai  yang diterima berjumlah ringgit malaysia satu ribu sahaja.


                               

    Kepada :  Mohamad bin Seman
                   Klang





       

    RM XXXX





    TANDATANGAN





    11.3    PENERIMAAN.

    Bil pertukaran yang dikeluarkan adalah perlu dibayar atas tuntutan atau pada masa yang ditetapkan kemudian.  Bil yang perlu dibayar atas tuntutan seperti cek, tidak perlu disampaikan kepada pesuruh bayar sebagai syarat bagi penerimaan bayaran.  Ia boleh dibayar terus.  Walaubagaimanapun, seksyen 39(1) mengkehendaki penyampaian mandatori bagi penerimaan dalam misalan yang berikut :
    1. Apabila bil perlu dibayar selepas melihat penyampaian diperlukan bagi memboleh kan tarikh bayaran ditetapkan.
    2. Apabila dengan jelasnya dinyatakan bahawa bil hendaklah disampaikan bagi penerimaan.
    3. Apabila bil perlu dibayar ditempat lain, selain di tempat kediaman atau perniagaan  pesuruh bayar.


    Bagi persembahan bil itu kepada pesuruh bayar, pesuruh bayar akan menentukan sama ada hendak menerima atau tidak menerima bil itu.  Sekiranya dia menerimanya, dia adalah terikat untuk menjalankan arahan penyuruh bayar.  Penerimaan bil dilakukan dengan menandatangani namanya pada muka bil itu dengan atau tanpa perkataan ‘diterima’ – seksyen 17 dan kemudian mengembalikannya kepada pemegang atau memberinya notis penerimaan itu.


    Eh….  Ada banyak jenis ke penerimaan ni…???  Entahlah…

    Janganlah entah.. entah.. bahaya tau!!!  OK , penerimaan sebenarnya ada 2 jenis.  Bacalah nota seterusnya.



                                                                                             



    11.3.1    JENIS-JENIS PENERIMAAN.

    Penerimaan bagi bil boleh dibuat sama ada secara am atau bersyarat.

    Penerimaan Bil









    Penerimaan bersyarat.
    - apabila pesuruh bayar menerima bil yang tertakluk kepada syarat atau melayakkannya seterusnya mengubah terma asal bil itu.
    Penerimaan secara am.
    - suatu kelaziman apabila pesuruh bayar menerima arahan penyuruh bayar bagi membayar tanpa syarat-syarat.











    11.3.2    PENGESAHAN.

    Pengesahan adalah perlu bagi merundingkan bil-bil arahan.  Sahnya sesuatu pengesahan mestilah mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam seksyen 32 seperti dalam gambarajah di muka surat seterusnya.




    Rajah 11.3 di bawah menunjukkan syarat-syarat pengesahan sesuatu bil.


    Syarat-syarat pengesahan sesuatu bil













     
    Mengesahkan keseluruhan bil
    Adanya pengesahan dari semua penerima (jika berkaitan)
    Pengesahan mestilah bertulis dan ditandatangani oleh pengesah.








    Pengesahan mestilah mengikut aturan jika adanya 2 atau lebih pengesahan pada bil
    Mengesahkan ejaan nama yang betul oleh penerima (jika berkehendakkan)







                                                                           Rajah 11.3


    Kesan daripada pengesahan berbentuk dua lapis iaitu ia memindah milik harta di dalam bil kepada penerima pindah milik dan menjadikan pemindah milik seorang pengesah yang bertanggungan.


        1. JENIS-JENIS PENGESAHAN.

    Terdapat lima jenis pengesahan iaitu sepertimana yang tertera di dalam Rajah 11.4 di bawah.

    Pengesahan kosong.
    -hanya nama pengesah sahaja ( tiada nama penerima) – seksyen 34(1)


    Pengesahan terhad
    - tiada perundingan lanjut (pengesah hanya berhak menerima bayaran sahaja) – seksyen 35(1)




    Pengesahan khas
    - adanya nama pengesah dan nama penerima pindah milik atau orang yang mengikut arahan – seksyen 34 (2)

    Jenis-jenis pengesahan



    Penyerahan fakultatif
    -dengan jelas pengesah melepaskan sebahagian atau kesemua haknya di sisi undang-undang




    Pengesahan bersyarat
    -bayaran bergantung kepada syarat








                                                                        Rajah 11.4




                                              

                                                       


    AKTIVITI 11c







    1. Nyatakan jenis-jenis penerimaan bagi sesuatu bil.


    1. Apakah kesan daripada suatu pengesahan di dalam sesuatu bil?





    MAKLUM BALAS 11c

                                                










    1. Penerimaan adalah terbahagi kepada 2 iaitu:
    • Penerimaan secara am iaitu suatu kelaziman apabila pesuruh bayar menerima arahan penyuruh bayar bagi membayar tanpa syarat-syarat.

    • Penerimaan bersyarat iaitu apabila pesuruh bayar menerima bil yang tertakluk kepada syarat atau melayakkannya seterusnya mengubah terma asal bil itu.

    1. Kesan daripada suatu pengesahan di dalam sesuatu bil boleh dibahagikan kepada 2 iaitu :
    • Ia memindah milik harta di dalam bil kepada penerima pindah milik
    • Ia menjadikan pemindah milik seorang pengesah yang bertanggungan.







    11.4    JENIS-JENIS CEK.

    Terdapat tiga jenis cek iaitu :
    1. Cek tidak bertarikh.
    Dalam seksyen 3(4)(a), suatu bil adalah tidak sah dengan sebab cek itu tiada tarikh walaupun pihak bank tidak menolak cek itu.  Walaubagaimanapun, seksyen 12 dan 20 membenarkan pemegang cek tidak bertarikh meletakkan tarikh sebenar cek itu dikeluarkan tetapi mestilah dilakukan dalam tempoh yang munasabah.  Sekiranya tarikh yang salah dimasukkan dan bil itu ada dalam milikan pemegang yang genap masanya, tarikh yang dimasukkan akan dianggap sebagai tarikh sebenar cek itu dikeluarkan – seksyen 12(b).
    1. Cek lapuk atau cek yang lampau tempoh.
    Suatu cek adalah lampau tempoh sekiranya berada dalam peredaran bagi jangka masa yang panjang dan tidak munasabah – seksyen 36(3).  Suatu jangka masa yang panjang dan tidak munasabah akan bergantung atas fakta setiap kes, seseorang yang mengambil cek tidak boleh menentukan bahawa cek itu tidak lampau tempoh dalam setiap kes.  Walaubagaimanapun, beban membuktikan suatu cek adalah lampau tempoh terletak pada pihak yang cuba mengelak liabiliti padanya.

    Suatu cek menjadi lapuk apabila cek itu berada dalam peredaran bagi jangka masa yang lama, amnya selepas tamat tempoh enam bulan atau lebih daripada tarikhnya.  Lazimnya, bank tidak akan melayan cek sebegini.  Tempoh bagi tujuan ini adalah berbeza mengikut perjanjian terdahulu antara pelanggan dengan pihak bank.

    1. Cek yang mendahulukan tarikh dan cek lewat tarikh.
    Suatu cek yang bertarikh kemungkinanannya cek yang mendahulukan tarikh, cek lewat tarikh atau bertarikh hari Ahad – seksyen 13(2).  Cek adalah mendahulukan tarikh sekiranya terdapat tarikh yang lebih awal daripada tarikh sebenar cek itu dikeluarkan iaitu cek yang bertarikh kebelakang.  Sebaliknya, cek itu adalah lewat tarikh sekiranya cek itu terdapat tarikh yang akan datang iaitu tarikh yang kemudian dari tarikh cek itu dikeluarkan.  Walaupun cek lewat tarikh sebenarnya bukanlah suatu cek kerana cek itu tidak perlu dibayar atas tuntutan, tetapi menurut seksyen 13(2) ia adalah sah dan pemegang cek lewat tarikh boleh menjadi pemegang yang genap masa.  Ia boleh dirundingkan antara tarikh sebenar dengan tarikh yang ditunjukkan.  Pihak bank akan membayar cek lewat tarikh sekiranya diserah pada atau selepas tarikh cek itu dikeluarka.  Pihak bank tidak dikehendaki membayarnya pada tarikh yang ditunjukkan tetapi sekiranya dia telah membayarnya secara tidak sengaja sebelum tarikh genap masa, dia tidak boleh mendebitkan akaun pelanggannya (penyuruh bayar).  Pelanggan akan kehilangan wangbyang telah dibayar sekiranya mereka menghentikan cek sebelum tarikh yang ditunjukkan atau sekiranya pelanggan meninggal dunia sebelum tarikh tersebut atau tiada baki kredit yang dapat menunaikannya pada tarikh itu.

        1. CEK BERPALANG.

    Suatu cek yang dipalangkan adalah bertujuan untuk mengurangkan fraud dengan memberikan arahan bahawa bayaran hendaklah dibuat hanya kepada atau melalui bank atau arahan yang lain sebagaimana cara bayaran dilakukan.  Palang dibuat dengan melukiskan dua garisan selari di atas muka cek itu.  Sebagai tambahan kepada garisan selari itu, perkataan boleh ditulis di antara garisan itu.  Oleh yang demikian, seorang pencuri tidak berupaya untuk memperoleh pembayaran daripada cek itu apabila dia mengemukakkannya di kaunter jurubank penerima.



        1. JENIS-JENIS PEMALANGAN.

    Seksyen 76 membahagikan pemalangan kepada dua jenis yang utama iaitu pemalangan am dan pemalangan khas.

    Pemalangan Am.
    Mengikut seksyen 76(1) -ia adalah suatu pemalangan yang terdiri daripada dua garisan selari yang dilukis melintang di atas muka cek itu.  Perkataan ‘dan Syarikat’ atau ‘ Tidak Boleh Niaga’ boleh ditulis di antara garis-garis selari itu.  Sebagai tambahan, perkataan ‘Akaun Penerima’ juga boleh diletakkan.  Oleh yang demikian, ia merupakan satu arahan kepada pihak bank pemungut dalam menerima bayaran bagi akaun penerima sahaja.  Kesan daripada pemalangan am ini adalah pihak bank yang membayar akan hanya membayar jumlah cek itu kepada pihak bank pemungut.  Ia tidak boleh dibayar secara tunai dikaunter sepertimana cek tidak berpalang (cek terbuka).

    Pemalangan Khas
    Ya…. Itu soalan yang bagus sebab anda sedar dengan kewujudan perkataan tersebut di dalam sekeping cek.  OK .. kalau anda ingin nak tahu perkara tersebut, bacalah keterangan di muka surat sebelah.
    Mengikut seksyen 76(2), pemalangan adalah khas apabila nama pihak bank ditulis di antara garis selari itu atau ditulis melintang pada permukaan cek tanpa garis.  Sebagai tambahan perkataan ‘Tidak Boleh Niaga’ boleh diletakkan.  Kesan daripada ini adalah pihak bank pembayar hanya akan membayar amaun cek itu kepada pihak bank pemungut yang dinamakan dalam pemalangan itu.
    O…. begitu rupanya pemalangan yang ada.  Tapi… macamana pula ya dengan  perkataan Tidak Boleh Niaga dan Akaun Penerima Sahaja????








    Pemalangan ‘Tidak Boleh Niaga’
    Seksyen 76 membenarkan seseorang memalang suatu cek bagi menambahkan perkataan ‘Tidak Boleh Niaga’.  Dengan ini, cek akan kehilangan sepenuhnya ciri perundingan, tetapi kekal boleh dipindah milik.  Maksudnya di sini ialah cek boleh dipindah milik tetapi pihak yang mengambilnya (penerima pindah milik), tidak boleh memperoleh sesuatu hak milik yang lebih baik daripada pihak yang memberinya pindah milik (pemindah milik).  Tetapi, sekiranya hak milik pemindah milik adalah cacat, hak milik itu akan menjejaskan penerima pindah milik walaupun dia tidak mengetahui mengenai kecacatan itu.  Contohnya, jika suatu cek yang telah dipalang ‘ Tidak Boleh Niaga’ telah dicuri, pihak yang mengambilnya daripada pencuri itu tidak boleh menyimpannya bagi pemilik sebenar cek itu kerana hak miliknya kepada cek itu bergantung kepada pemindah milik dan dalam kes ini, pemindah milik tiada hak milik ke atasnya sama sekali.  Kecacatan telah dipindah milik kepadanya.

    Contoh kes :  Wilson and Meeson lwn. Pickering (1946) KB 422.
    Dalam kes ini, W telah mengeluarkan cek kosong yang berpalang ‘Tidak Boleh Niaga’.  Keraninya yang sepatutnya mengisi amaun dan nama penerima, telah menulis jumlah yang melebihi kebenarannya dan menyerahkannya kepada P sebagai bayaran hutangnya sendiri.  Oleh kerana kerani itu tidak mempunyai hak milik kepada cek itu, diputuskan bahawa P juga tidak mempunyai hak milik dan oleh yang demikian, W tidak bertanggungjawab ke atasnya


    Pemalangan ‘Akaun Penerima Sahaja’
    Ia adalah sebagai tambahan kepada pemalangan yang ditentukan.  Tujuannya adalah untuk mengurangkan peluang berlakunya fraud kerana perkataan ini adalah sebagai notis kepada pihak bank pemungut bahawa hanya akaun penerima wang sahaja yang akan dikreditkan.  Pihak bank pemungut prima facie bersalah disebabkan kecuaian dan bertanggungjawab kepada pemilik sebenar bagi amaun cek itu, sekiranya dia tidak menghiraukan palang itu.

    Contoh kes :  Woodland Development Sdn. Bhd. lwn. Chartered Bank; PJTV Densen (M) Sdn. Bhd. (pihak ketiga) (1986) 1 MLJ 84.
    Dalam kes ini. Syarikat plaintif adalah penerima kedua-dua cek ‘Akaun Penerima Sahaja’.  Pengarah syarikat itu telah memberikan kedua-dua cek itu kepada dua pengarah yang lain bagi tujuan membuka akaun dengan nama plaintif di bank itu.  Ketiga-tiga pengarah syarikat plaintif adalah juga pengarah kepada Densen (M) Sdn. Bhd (pihak ketiga).  Pihak  ketiga mempunyai akaun dengan bank defendan. Kedua-dua pengarah yang menerima cek itu memujuk pengurus bank defendan memungut amaun bagi pihak ketiga dan tidak membuka akaun dengan nama syarikat plaintif.  Syarikat plaintif mengambil tindakan terhadap bank defendan dan pihak ketiga bagi penukaran dan wang yang ada dan diterima bagi kegunaan mereka.  Mahkamah memutuskan bahawa bank defendan adalah bertanggungjawab kerana kecuaian dalam mengumpulkan kedua-dua cek “Akaun Penerima” bagi pihak ketiga yang bukan penerima yang dinamakan pada cek tersebut.


    11.4.3    PINDAAN PADA CEK.
    Bagi menjelaskan lagi huraian berkenaan pindaan pada cek, sila rujuk Rajah 11.5.

    Pindaan Cek

    Seksyen 64(1) – jika tanpa kuasa penyuruh bayar, maka penyuruh bayar akan terlepas dari liabiliti.
    Seksyen 64(2) – pindaan material pada tarikh, amaun, nama penerima, apa-apa palang atau apa-apa pertukaran hingga mengubah kesan perniagaan cek itu.







    Pindaan Tidak Zahir

    Pindaan yang cekap iaitu ianya tidak jelas jika tiada penelitian yang munasabah.
    Jika pindaan dibuat oleh penyuruh bayar atau seseorang yang bertindak di bawah arahannya atau dipersetujuinya( adanya tandatangan pada pindaan itu), maka seksyen 62(2) tidak boleh diguna bagi mengelak tanggungan.

    Pindaan Zahir

    Pihak yang membuat pindaan dan pihak-pihak yang kemudiannya mengambilnya adalah terikat seperti mana pindaan itu.
    Pihak yang bertanggungjawab ke atas bil itu pada masa pindaan akan terlepas tanggung.


                                                                     Rajah 11.5


    AKTIVITI 11d




    1. Cek boleh dibahagikan kepada berapa jenis dan nyatakan.
    1. Apakah tujuan sesuatu cek itu dibuat pemalangan.


    Pemalangan cek





    1. Pindaan ke atas sesuatu cek boleh dibahagikan kepada 2.  Terangkan.



                                                        
    MAKLUM BALAS 11d





    1. Cek boleh dibahagikan kepada 3 jenis iaitu :
    1. Cek tidak bertarikh
    2. Cek lapuk atau cek yang lampau tempoh.
    3. Cek yang mendahulukan tarikh dan cek lewat tarikh.
    1. Tujuan sesuatu cek itu dipalang adalah untuk mengurangkan fraud dengan memberikan arahan bahawa bayaran hendaklah dibuat hanya kepada atau melalui bank atau arahan yang lain sebagaimana cara bayaran dilakukan.

    Pemalangan cek
    3.  


    Pemalangan
    khas
    Pemalangan
    am


    1. Pindaan ke atas sesuatu cek boleh dibahagikan kepada 2 iaitu :
    Pindaan zahir
    Pindaan tidak zahir






      1. TANDATANGAN PALSU.

    Ia adalah suatu tandatangan yang salah atau diubah, misalnya di mana A menandatangani nama pihak yang lain di atas cek atau di mana A mengubah tandatangan B kepada pihak yang lain.

    Ia adalah berbeza dengan tandatangan tanpa kebenaran.  Tandatangan tanpa kebenaran adalah di mana seseorang menandatangani suatu bil tanpa mendapat kuasa untuk melakukannya, contohnya ialah apabila seorang kerani menandatangani suatu cek bagi pihak syarikatnya tanpa mendapat kuasa untuk melakukannya.  Dua keadaan terjadinya tandatangan palsu adalah seperti dalam Rajah 11.6 di bawah.
    Pada muka bil
    - tandatangan penyuruh bayar dipalsukan



    Tandatangan palsu

    Pada bahagian belakang bil
    - apabila pengesahan penerima atau pemegang dipalsukan.




                                                    Rajah 11.6


    11.5.1    Kesan Tandatangan Palsu.
    Tandatangan palsu  yang tidak dibenarkan adalah tidak sah dan seseorang yang mengambil bil itu tidak mempunyai hak milik atas bil itu, atau hak bagi mendakwa baginya walaupun dia tidak mengetahui bahawa tandatangan itu adalah palsu.   Walaubagaimanapun, dia boleh mendakwa terhadap pihak yang mengesahkan bil itu selepas tandatangan dipalsukan atau dibuat tanpa kebenaran.


    11.5.2    Penamatan autoriti seorang pengurus bank untuk membuat pembayaran.
    Walaupun telah menjadi tugas pengurus bank untuk melayan cek-cek pelanggannya hingga kejumlah baki kreditnya atau mana-mana overdraft yang telah dipersetujuinya, tetapi autoriti ini boleh ditamatkan dalam beberapa keadaan seperti Rajah 11.7 di bawah :



    KUASA PENGURUS BANK AKAN TAMAT SEKIRANYA….



    ADANYA PERINTAH MEMBATALKAN PEMBAYARAN
    ADANYA NOTIS KEMATIAN PELANGGAN
    ADANYA NOTIS PELANGGAN HILANG AKAL



    CARUMAN PELANGGAN TIDAK MENCUKUPI
    PELANGGAN TELAH MENUTUP AKAUNNYA
    ADANYA PERINTAH DARI MAHKAMAH



    ADANYA KECACATAN DALAM HAKMILIK ORANG YANG MEMPERSEMBAHKAN CEK.
    PELANGGAN MENYERAH HAK BAKI KREDIT AKAUNNYA KEPADA ORANG LAIN
    APABILA BANK MENGETAHUI PELANGGAN MELAKUKAN PERBUATAN KEBANKRAPAN.






                                                                         Rajah 11.7
                                                       

    AKTIVITI 11e




    1. Apakah yang anda faham dengan tandatangan palsu?
    Bagaimana pula dengan tandatangan tanpa kebenaran?

    1. Seorang pengurus bank boleh menamatkan sesuatu pembayaran dalam beberapa keadaan.  Nyatakan 5 di antaranya.



                                                


    MAKLUM BALAS 11e



    1. Tandatangan palsu adalah suatu tandatangan yang salah atau diubah, misalnya di mana A menandatangani nama pihak yang lain di atas cek atau di mana A mengubah tandatangan B kepada pihak yang lain.  Manakala tandatangan tanpa kebenaran pula ialah di mana seseorang menandatangani suatu bil tanpa mendapat kuasa untuk melakukannya, contohnya ialah apabila seorang kerani menandatangani suatu cek bagi pihak syarikatnya tanpa mendapat kuasa untuk melakukannya.
    2. 5 keadaan di mana seorang pengurus bank mempunyai kuasa untuk menamatkan sesuatu pembayaran ialah :
    1. Adanya perintah membatalkan pembayaran.
    2. Adanya notis berkaitan dengan kematian pelanggan.
    3. Adanya notis bahawa pelanggan hilang akal.
    d.   Adanya perintah dari mahkamah.
    e.   Pelanggan telah menutup akaunnya.




                                                      

                                        PENILAIAN KENDIRI.

    1. Sila padankan perkara yang betul.

    i).   Penyuruh bayar        a).Bil pertukaran yang kepada pihak bank dan        
                                                       perlu dibayar apabila dituntut
    ii).   Penerima            b).Sekeping cek yang tidak mempunyai tarikh
    iii).  Pesuruh bayar        c).Orang yang memberikan arahan
    iv).  Cek            d).Orang yang akan menerima bayaran
    v).   Cek tidak bertarikh    e).Orang yang menerima arahan
    1. Lakarkan suatu bentuk cek secara umum dan terangkan pihak-pihak yang terlibat.
    1. Nyatakan berapakah tempoh masa sah laku sesuatu cek mengikut kelaziman?
    1. Jelaskan keadaan-keadaan di mana kuasa seorang pengurus bank boleh menamatkan pembayaran.



                                                

    MAKLUM BALAS
    PENILAIAN KENDIRI
    1.
    Penyuruh bayar    -     c               
    Penerima        -    d
    Pesuruh bayar        -    e
    Cek            -    a
    Cek tidak bertarikh    -    b

    2.     Lakaran umum sekeping cek.


    Pihak yang terlibat ialah :
    Pesuruh bayar        - pihak bank
    Penyuruh bayar    - En. X
    Penerima        - Pn. Y

    1. Tempoh masa sah laku sesuatu cek mengikut kelaziman adalah selama 6 bulan atau melalui perjanjian terdahulu antara pelanggan dengan pihak bank.
    1. Keadaan-keadaan di mana kuasa seorang pengurus bank boleh menamatkan pembayaran adalah seperti dibawah.
    1. Dengan adanya perintah dari pelanggan untuk membatalkan pembayaran.
    2. Adanya notis tentang kematian pelanggan.
    3. Adanya notis tentang pelanggan yang hilang akal.
    4. Adanya perintah dari mahkamah yang menghendaki untuk berbuat demikian.
    5. Apabila terdapat kecacatan dalam hakmilik orang yang mempersembahkan cek tersebut.
    6. Apabila pihak bank mempunyai pengetahuan bahawa pelanggan telah melakukan suatu perbuatan kebankrapan di bawah Akta Kebankrapan 1967 atau suatu petisyen kebankrapan telah dipersembahkan terhadap pelanggan atau suatu perintah penerimaan telah dibuat terhadap pelanggan.
    7. Apabila menerima suatu notis dari pelanggan yang telah menutup akaunnya.
    8. Apabila caruman pelanggan tidak mencukupi.
    9. Apabila pelanggan menyerah hak baki kredit akaunnya kepada orang lain.


No comments:

Post a Comment