Saturday 24 September 2011

UNIT 2 PERSEKITARAN PERNIAGAAN GLOBAL

UNIT 2

PERSEKITARAN PERNIAGAAN GLOBAL





OBJEKTIF AM

Mengetahui dan memahami persekitaran perniagaan global


OBJEKTIF KHUSUS

    Membincangkan mengenai perkembangan perdagangan dunia

    Menjelas dan membezakan di antara imbangan pembayaran dan imbangan dagangan.
   
    Menghuraikan aspek-aspek perlindungan antarabangsa
   
    Menerangkan cara-cara untuk mengurangkan halangan perdagangan



INPUT











2. 0  PENGENALAN


Perdagangan antarabangsa atau juga disebut perdagangan asing ialah perdagangan yang melibatkan pertukaran barangan atau perkhidmatan di antara satu negara dengan negara lain. Ia adalah sama dengan kegiatan jual beli di antara  individu dalam sesebuah negara, tetapi kegiatan dagangan ini adalah lebih menyeluruh. Ini termasuk penghantaran dan penerimaan barangan dan perkhidmatan , pemindahan dana dalam pelbagai bentuk mata wang, pelaburan, perlesenan, pemborongan pemfrancaisan, perbankan, pembrokeran insurans dan segala bentuk perundingan dan perjanjian.

Perdagangan antarabangsa amat penting bagi pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Semua kegiatan ekonomi, sama ada dalam sektor perindustrian, dagangan atau perkhidmatan, teknologi serta taraf hidup rakyat mempunyai kaitan dengan ekonomi negara-negara lain melalui pengaliran barangan dan perkhidmatan, modal, teknologi dan sumber manusia. Keistimewaan perdagangan antarabangsa ialah negara akan memperolehi keuntungan tanpa merugikan negara-negara lain.
Kini perdagangan  antarabangsa sudah menjadi lumrah dan lebih kompleks dengan adanya kerjasama ekonomi dan perdagangan di antara negara dan di antara kawasan atau wilayah berserta dengan kemudahan komunikasi dan perubahan dalam teknologi.




    1.     PERKEMBANGAN PERDAGANGAN DUNIA

Sejarah ekonomi moden menjadikan beberapa negara saling bergantung antara satu sama lain  dari segi ekonomi, membuka peluang yang lebih besar  untuk perdagangan antarabangsa dan berpotensi untuk meningkatkan permintaan  sejak abad ke 20 yang lalu.

Hampir separuh daripada abad itu, seluruh dunia mengalami kemelesetan ekonomi di antara Perang Dunia Pertama dan Kedua yang hampir memusnahkan negara-negara perindustrian.

Pada separuh abad kedua pula, setelah bebas daripada peperangan, berlaku pula pergolakan antara negara-negara yang mengamalkan fahaman Marxist dengan negara yang berpegang kepada fahaman demokrasi kapitalis  mengenai hal-hal perkembangan ekonomi yang telah memusnahkan pola perdagangan antarabangsa.

Selepas Perang Dunia Kedua, sebagai langkah untuk mengurangkan pengaruh komunis, U.S. cuba menyebarkan fahaman kapitalisma ke seluruh dunia. Beberapa langkah seperti membangun semula negara-negara Eropah, bantuan kewangan dan industri kepada Jepun dan juga dana-dana disalurkan melalui Agensi Pembangunan Antarabangsa kepada negara-negara mundur mampu untuk mewujudkan ekonomi dunia yang mampan.

Pada era 90 an, ekonomi negara-negara  perindustrian mula menunjukkan kematangan dan kadar pertumbuhan menjadi lebih sederhana  berbanding dengan 20 tahun yang lepas. Sebaliknya, ekonomi negara membangun dijangka akan tumbuh pada kadar yang memberangsangkan. Kesannya, perubahan nyata pada kuasa ekonomi akan wujud di mana tidak lagi dikuasai oleh negara perindustrian- Jepun, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah, tetapi beralih kepada negara-negara seperti Latin Amerika, Eropah Timur, Asia dan Afrika.

Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna pasaran-pasaran di Eropah, Jepun dan Amerika Syarikat tidak lagi penting; ekonomi mereka akan terus menyumbangkan pasaran yang lebih besar dan menguntungkan  di mana akan memberi kelebihan kepada syarikat-syarikat yang berada di dalam pasaran tersebut. Ini bermakna syarikat yang cuba untuk menguasai pasaran pada abad ini, perlu mula membentuk asas yang kukuh.

Beberapa syarikat mula mencari cara-cara untuk menjadi lebih efisyen, meningkatkan produktiviti dan mengembangkan pemasaran global disamping pada masa yang sama mampu untuk memenuhi permintaan pasaran. Di antara syarikat-syarikat ini termasuklah Matsushita (Jepun), Nestle (Switzerland), Samsung (South Korea) , Whirlpool (U.S.) dan Philips (Eropah). Syarikat-syarikat multinasional ini mula mengorak langkah untuk memenuhi pasaran dan permintaan pada alaf yang baru ini.


      Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya….!!

Sila semak jawapan anda pada ruangan maklum balas yang disediakan.



AKTIVITI 2A

Bincangkan perkembangan perdagangan dunia selepas Perang Dunia Kedua





INPUT


    1.     IMBANGAN PEMBAYARAN

Imbangan pembayaran sesebuah negara mengemukakan pandangan keseluruhan kedudukan ekonomi antarabangsanya dan merupakan ukuran ekonomi penting yang digunakan oleh agensi kerajaan seperti perbendaharaan, bank pusat, dan pihak berkuasa lain yang bertanggungjawab untuk mengekalkan kestabilan ekonomi luaran dan dalaman.  Keadaan keseluruhan imbangan pembayaran mempunyai kesan ke atas dasar perdagangan sesebuah negara, nilai kewangannya di seluruh dunia, dan ia mungkin mempengaruhi dasar ekonomi dalam negeri seperti upah, guna tenaga dan pelaburan.

Imbangan pembayaran mewakili perbezaan antara penerimaan dari negara asing di satu pihak dan bayaran kepada negara tersebut di pihak yang lain.  Peningkatan perdagangan antarabangsa akan meningkatkan aliran keluar masuk dana di antara negara-negara berdagang. Imbangan pembayaran ini merupakan penyata pendapatan dan perbelanjaan sesebuah negara, dengan menunjukkan rekod semua urusan perdagangan dan kewangan antarabangsa sesuatu negara secara sistematik untuk satu tempoh tertentu, biasanya satu tahun.  Ringkasnya, dalam sustu tempoh masa, terdapat aliran wang yang berterusan ke dalam dan ke luar negara.

Dalam imbangan pembayaran, terdapat tiga akaun utama iaitu akaun semasa, akaun modal dan akaun rizab rasmi. Akaun semasa menunjukkan aliran barangan, perkhidmatan, dan pembayaran pindahan. Akaun  modal pula menunjukkan aliran pelaburan dan pinjaman antarabangsa, manakala akaun rizab mengukur perubahan dalam aset rizab dan aset asing rasmi bagi tempoh tertentu.

Akaun semasa merupakan perhatian utama perniagaan antarabangsa kerana ia termasuk akaun perdagangan dan perkhidmatan antarabangsa, iaitu, akaun nilai semua barang niaga dan perkhidmatan yang diimport dan dieksport oleh sesebuah negara.

      1. Akaun semasa
Ia sangat penting kerana ia melibatkan semua perdagangan antarabangsa dan akaun-akaun perkhidmatan, iaitu akaun-akaun untuk nilai barangan dan perkhidmatan import dan juga eksport serta semua resit dan pembayaran untuk pelaburan. Perdagangan perkhidmatan dan resit daripada pelaburan asing sangat penting kerana ianya membantu mengurangkan defisit dalam akaun semasa.

      1. Imbangan Perdagangan

Perhubungan antara import dan eksport kerap dirujuk sebagai imbangan perdagangan.  Jika sesebuah negara mengeksport lebih barangan daripada yang diimportnya, ia dikatakan mempunyai imbangan perdagangan yang tidak menguntungkan.  Ini bermakna, jika import negara melebihi eksportnya, ia akan mengalami defisit imbangan perdagangan, dan jika eksportnya melebihi import, negara ini mempunyai lebihan imbangan perdagangan.  Dalam kebanyakan keadaan, apabila sesebuah negara mempunyai imbangan perdagangan yang negatif, maka ia juga mempunyai imbangan pembayaran yang negatif.  Namun, kedua-dua imbangan pembayaran dan imbangan perdagangan ini tidak semestinya negatif.  Kadang-kadang,  sesebuah negara mungkin mempunyai imbangan perdagangan yang menguntungkan dan imbangan pembayaran yang negatif atau sebaliknya.




Sebagai contoh, imbangan perdagangan Amerika Syarikat semasa Perang Korea dan Perang Vietnam adalah menguntungkan tetapi imbangan pembayarannya adalah negatif.  Ketidakseimbangan ini disebabkan oleh bantuan luar negeri yang banyak diberikan oleh Amerika Syarikat kepada negara lain dan kos yang tinggi untuk meneruskan Perang Korea dan Perang Vietnam.


Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya….!!

Sila semak jawapan anda pada ruangan maklumbalas  yang disediakan.




AKTIVITI 2B

Berikan perbezaan di antara imbangan pembayaran dengan imbangan perdagangan.

INPUT

2.3    ASPEK-ASPEK PERLINDUNGAN

Firma perniagaan adalah tenaga pembuat keputusan di belakang kebanyakan perdagangan antarabangsa.  Biasanya, perniagaan menjalankan perdagangan antarabangsa untuk mendapat untung tetapi ini tidak selalunya mudah kerana matlamat ekonomi sesebuah negara tidak semestinya termasuk di antaranya keperluan firma luar negeri untuk mendapatkan keuntungan.  Kerajaan biasanya melindungi pasaran mereka daripada gangguan syarikat asing.

Perniagaan antarabangsa harus menyedari bahawa tarif, kuota dan halangan bukan tarif diwujudkan untuk melindungi pasaran sesebuah negara daripada pencerobohan syarikat-syarikat asing. Walaupun Persetujuan Am Perdagangan dan Tarif ( GATT ) mampu untuk mengurangkan tarif, sesetengah negara masih mengambil beberapa bentuk perlindungan seperti halangan perundangan, halangan pertukaran dan halangan psikologi bagi menghalang kemasukan barangan-barangan yang tidak diperlukan.

Halangan perdagangan yang biasanya digunakan oleh sesebuah negara, diantaranya ialah  :

      1. Tarif Dan Bukan Tarif

Tarif merupakan cukai ke atas barangan yang menyeberangi satu-satu sempadan. Ia dikenakan ke atas barangan import dan eksport serta barangan yang berhenti sementara di sesebuah negara sebelum ke destinasi akhir. Jenis tarif dapat di kelaskan  kepada dua iaitu tarif import dan tarif eksport. Tarif digunakan sebagai satu hasil cukai dan juga langkah untuk mengurangkan import sesebuah negara.

Halangan bukan tarif pula termasuklah menetapkan satu piawaian kualiti  bagi barangan import, kuota, embargo, boikot, keperluan kebersihan dan kesihatan, cukai sempadan serta subsidi dalam negeri.

2.3.2   Kuota
Had unit atau nilai dolar yang ditetapkan bagi sesuatu barangan. Ia mampu menghadkan kuantiti barangan yang diimport. Halangan ini mungkin menyebabkan peningkatan harga pada barangan.

Sebagai contoh, terdapat had ke atas peti televisyen yang diimport ke Britain dan pembatasan Itali ke atas motosikal Jepun.  Kuota dikenakan untuk meletakkan batasan sepenuhnya ke atas jumlah bahan tertentu yang diimport ke sesebuah negara.

2.3.3  “Voluntary Export Restraints” (VER)

Halangan ini lebih mirip kepada kuota, di mana ia banyak dikenakan pada barangan tekstil, pakaian, keluli, pertanian dan automobil. Ia merupakan persetujuan di antara negara-negara pengimport dan pengeksport bagi menghadkan volum eksport. Contohnya, Jepun menggunakan VER ke atas automobilnya ke U.S. di mana Jepun bersetuju untuk menetapkan jumlah automobil yang dieksport setiap tahun. Ia diistilahkan sebagai sukarela kerana negara pengeksport itu sendiri yang menetapkan had ke atas jumlah eksportnya.


      1.  Boikot/Pemulauan

Boikot kerajaan bermaksud menghalang sepenuhnya ke atas belian atau import sesetengah barangan daripada negara lain. Boikot awam pula dilakukan secara formal atau informal yang ditaja oleh kerajaan atau sesuatu industri. Kebiasaannya rakyat sesebuah negara akan memboikot barangan daripada negara lain atas paksaan kerajaan atau kumpulan sivik tertentu. Contonya, Nestle telah diboikot oleh sesetengah rakyat di beberapa negara  kerana mereka merasakan Nestle menggunakan formula susu bayi yang boleh mengelirukan ibu-ibu di negara Dunia Ketiga serta membahayakan kesihatan bayi mereka.

      1. Halangan Kewangan

Ia dikuatkuasakan oleh sesebuah kerajaan untuk mengekalkan kedudukan imbangan bayaran atau khusus untuk menggalakkan industri tertentu. Tiga bentuk halangan yang digunakan ialah sekatan  matawang, pelbagai kadar tukaran dan pengesahan keperluan kerajaan untuk melindungi tukaran asing.

  1. Sekatan matawang
Ia digunakan sebagai senjata politik atau sebagai cara untuk menyukarkan keadaan imbangan pembayaran. Kesannya, sekatan ini akan mengurangkan kadar atau menghapuskan terus import. Ia dicapai melalui menghalang pengimport daripada menukarkan matawang negara penjual.

  1. Pelbagai Kadar Tukaran

Kaedah yang sangat berkesan untuk mengawal jumlah import. Ia menggalakkan pengimportan barangan yang menjadi pilihan sesebuah negara dan menahan pengimportan barangan yang tidak dikehendaki kerajaan. Kadar tukaran matawang asing akan berbeza-beza mengikut barangan yang diimport. Kadar rendah akan digunakan bagi barangan yang diperlukan manakala kadar yang lebih tinggi bagi barangan yang kurang dikehendaki.

  1. Pengesahan Keperluan Kerajaan Untuk Melindungi Pertukaran Asing
Kerap digunakan oleh negara yang mengalami masalah kekurangan pertukaran asing. Beberapa negara Latin Amerika dan Eropah Timur telah meminta semua urusniaga pertukaran asing di sahkan oleh seorang menteri pusat. Dengan itu, pengimport yang hendak membeli barangan asing mesti memohon permit pertukaran iaitu permintaan untuk menukar sejumlah matawang tempatan untuk matawang asing.

Permit pertukaran ini juga sebagai syarat untuk menentukan kadar pertukaran, yang mungkin merupakan kadar yang tidak disukai bergantung kepada minat kerajaan. Sebagai tambahan, permit pertukaran ini mensyaratkan jumlah yang hendak ditukar, mestilah didepositkan ke dalam bank tempatan untuk satu jangkamasa sebelum pemindahan barangan berlaku.

      1.     Piawaian

Halangan bukan tarif ini termasuklah piawaian yang ditetapkan untuk melindungi kesihatan, keselamatan dan kualiti produk. Piawaian ini kadangkala digunakan untuk menghadkan perdagangan, tetapi dalam keadaan-keadaan tertentu peraturan dan syarat yang dikenakan menimbulkan masalah dalam perdagangan itu sendiri.

      1.  Keperluan Kandungan Tempatan

Suatu halangan bukan tarif yang digemari ialah keperluan bahawa keluaran mesti mempunyai kandungan tempatan sebelum ia boleh dijual di dalam negara yang mengimport.  Mexico memerlukan pengilang kereta asing menggunakan bahagian dan bahan keluaran dalam negeri yang sama dengan 50 peratus daripada nilai setiap kenderaan.


Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya….!!

       Sila semak jawapan anda pada ruangan maklumbalas  yang disediakan .



AKTIVITI 2C


Apakah yang dimaksudkan dengan Halangan Kewangan? Berikan tiga bentuk halangan kewangan yang digunakan oleh sesebuah negara.













INPUT

    1. CARA-CARA MENGURANGI HALANGAN PERDAGANGAN


Halangan komunikasi dan pengangkutan yang semakin berkurangan di seluruh dunia telah menumpukan perhatian sejak kebelakangan ini ke atas kaedah memecahkan halangan seperti tarif dan pemulauan yang wujud di pasaran luar negeri.  Dua kegiatan utama untuk mengurangi halangan perdagangan telah dilaksanakan iaitu  :

  1. Pembentukan perjanjian perdagangan
  2. Pembaikan sistem kewangan antarabangsa

2.4.1  GATT (General Agreement on Tarifs and Trade) – Persetujuan Am Perdagangan Dan Tarif

Ditubuhkan oleh 23 buah negara dalam satu persidangan dengan objektif utama untuk mengurangkan halangan kepada perdagangan bebas  serta sebagai satu agensi yang mengawasi perdagangan dunia.  Prinsip yang diamalkan dalam perjanjian ini ialah bertolak ansur , tiada diskriminasi dan telus dalam segala urusan perdagangan. Perjanjian dalam GATT memerlukan perbincangan  negara-negara ahli  mengenai perdagangan antarabangsa dengan meletakkan semua negara secara saksama dalam hubungan perdagangan mereka. Negara-negara ahli akan mengadakan perbincangan berkala di mana berbagai-bagai konsesi tarif akan dipersetujui.



Di antara perkara-perkara yang di beri perhatian dalam perjanjian ini ialah :
  1. meluaskan pasaran disamping mengurangkan tarif
  2. menggubal peraturan yang lebih adil
  3. menghapuskan subsidi-subsidi yang diberikan oleh kerajaan kepada    industri-industri
  4. meluaskan peraturan ke negara-negara membangun yang belum menyertai GATT
  5. mencadangkan cara-cara yang berkesan bagi mengatasi perselisihan perdagangan
  6. Reformasi polisi pertanian untuk menghapuskan terus subsidi

2.4.2    IMF  (International Monetary Fund)  -  Tabung Kewangan Antarabangsa

Rizab kewangan yang tidak mencukupi dan mata wang yang tidak stabil adalah masalah yang sangat menganggu perdagangan dunia.  Selagi keadaan ini wujud, pasaran dunia tidak akan berkembang dan berfungsi dengan cara yang berkesan seperti yang sepatutnya.  Disebabkan hal inilah, Tabung Kewangan Antarabangsa ( IMF ) telah ditubuhkan.

Matlamat utama IMF  adalah untuk mewujudkan pasaran tukaran asing yang lebih stabil, mengekalkan pasaran tukaran yang lebih bebas antara negara, mengurangkan sekatan yang berlaku dalam perdagangan dan memperuntukkan kecairan dalam imbangan bayaran semasa. IMF mampu untuk mewujudkan tekanan ke atas negara yang tidak mempersetujui polisi-polisi dan peraturan mereka.


2.4.3    WTO  (World Trade Organization)

Merupakan satu organisasi yang menentukan peraturan-peraturan yang akan  digunakan untuk mengurus perdagangan ahli-ahlinya. Satu panel yang terdiri daripada pakar-pakar telah dibentuk untuk menangani dan menyelesaikan perselisihan perdagangan di antara ahlinya. Panel ini akan mendengar hujah-hujah dari kedua-dua pihak yang bertelagah dan membuat satu keputusan  Panel ini juga menjadi perantara apabila berlaku perselisihan perdagangan global. Ia juga ditubuhkan bagi meluaskan lagi peranan yang pernah dimainkan oleh GATT. Ia akan termasuk perjanjian-perjanjian yang sebelum ini tidak tertakluk dalam perjanjian GATT seperti penerbangan awam dan kontrak kerajaan. Setiap negara ahli yang sebelum ini menganggotai GATT mempunyai komitmen kepada sistem perdagangan berbagai hala, liberalisasi perdagangan di peringkat antarabangsa, polisi keterbukaan dalam perdagangan, matawang yang boleh tukar dan tiada diskriminasi terhadap firma-firma asing.






Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya….!!
Sila semak jawapan anda pada ruangan maklumbalas  yang disediakan .






AKTIVITI 2D


WTO adalah salah satu badan yang ditubuh untuk mengurangi halangan perdagangan, huraikan peranannya.


PENILAIAN KENDIRI




Anda telah menghampiri kejayaan.  Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan. Jika ada sebarang masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda.

Selamat mencuba semoga berjaya !!!!!



SOALAN 2-1
Apa yang anda faham mengenai “Voluntary Export Restraints” (VER)



SOALAN 2-2
Berikan perbezaan di antara kuota dan boikot ?



SOALAN 2-3
Piawaian merupakan salah satu halangan  bukan tariff yang ditetapkan untuk melindungi kesihatan,keselamatan dan kualiti produk. Terangkan.




SOALAN 2-4


Arahan : Bulatkan jawapan yang betul.

1.    Fahaman Marxist telah berjaya mengembangkan perdagangan antarabangsa setelah berjaya dalam Perang Dunia Kedua.                                                         (Betul / Salah)


2.    Peningkatan perdagangan antarabangsa akan mengurangkan aliran keluar masuk dana di antara negara-negara berdagang.                                                        (Betul / Salah)


3.    Hubungan di antara pembayaran untuk import dan pendapatan daripada eksport dikenali sebagai imbangan pembayaran.                                                        (Betul / Salah)


4.    Voluntary Export Restraints digunakan oleh Jepun untuk mengeksport automobilnya ke Amerika Syarikat.                                                            (Betul / Salah)


5.    IMF merupakan organisasi yang menentukan peraturan perdagangan serta menyelesaikan masalah kewangan.                                                            (Betul / Salah)



SOALAN 2-5

Berikan pengertian bagi GATT serta nyatakan perkara-perkara yang terkandung dalam perjanjian ini.

MAKLUM BALAS  AKTIVITI


Adakah anda telah mencuba dahulu ?  Jika “YA”, sila semak jawapan anda.


AKTIVITI 2A


Perkembangan perdagangan dunia selepas Perang Dunia Kedua:

Setelah bebas daripada peperangan, berlaku pula pergolakan antara negara-negara yang mengamalkan fahaman Marxist dengan negara yang berpegang kepada fahaman demokrasi kapitalis  mengenai hal-hal perkembangan ekonomi yang telah memusnahkan pola perdagangan antarabangsa.

Sebagai langkah untuk mengurangkan pengaruh komunis, U.S. cuba menyebarkan fahaman kapitalisma ke seluruh dunia. Beberapa langkah seperti membangun semula negara-negara Eropah, bantuan kewangan dan industri kepada Jepun dan juga dana-dana disalurkan melalui Agensi Pembangunan Antarabangsa kepada negara-negara mundur mampu untuk mewujudkan ekonomi dunia yang mampan.




AKTIVITI 2B


Perbezaan di antara Imbangan pembayaran dengan Imbangan Perdagangan :

  1. Imbangan Pembayaran

Hubungan di antara pembayaran untuk import dan pendapatan daripada eksport dikenali sebagai imbangan pembayaran. Imbangan pembayaran ini merupakan penyata pendapatan dan perbelanjaan sesebuah negara, dengan menunjukkan rekod semua urusan perdagangan dan kewangan secara sistematik untuk satu tempoh tertentu, biasanya satu tahun.

  1. Imbangan Perdagangan

Pendapatan utama negara untuk dagangan barangannya ialah melalui eksport, manakala pembayaran utamanya pula melalui import. Eksport barangan dikenali sebagai eksport nyata dan import barangan pula sebagai import nyata. Perbezaan eksport nyata sesebuah negara dengan import nyatanya dipanggil imbangan perdagangan.



AKTIVITI 2C


Halangan kewangan

Ia dikuatkuasakan oleh sesebuah kerajaan untuk mengekalkan kedudukan imbangan bayaran atau khusus untuk menggalakkan industri tertentu. Tiga bentuk halangan yang digunakan ialah sekatan  matawang, pelbagai kadar tukaran dan pengesahan keperluan kerajaan untuk melindungi tukaran asing.






AKTIVITI 2D


Peranan WTO :

  1. Menentukan peraturan-peraturan yang akan  digunakan untuk mengurus perdagangan ahli-ahlinya.

2.       Menangani dan menyelesaikan perselisihan perdagangan di antara ahlinya.

3.    Ia juga ditubuhkan bagi meluaskan lagi peranan yang pernah dimainkan oleh GATT termasuk perjanjian-perjanjian yang sebelum ini tidak tertakluk dalam perjanjian GATT seperti penerbangan awam dan kontrak kerajaan.




MAKLUM BALAS  PENILAIAN KENDIRI


Adakah anda telah mencuba dahulu ?  Jika “YA”, sila semak jawapan anda.



SOALAN 2-1

“Voluntary export restraints” (VER)

Halangan ini lebih mirip kepada kuota, di mana ia banyak dikenakan pada barangan tekstil, pakaian, keluli, pertanian dan automobil. Ia merupakan persetujuan di antara negara-negara pengimport dan pengeksport bagi menghadkan volum eksport. Contohnya, Jepun menggunakan VER ke atas automobilnya ke U.S. di mana Jepun bersetuju untuk menetapkan jumlah automobil yang dieksport setiap tahun. Ia diistilahkan sebagai sukarela kerana negara pengeksport itu sendiri yang menetapkan had ke atas jumlah eksportnya.

SOALAN 2-2


Kuota
Had unit atau nilai dolar yang ditetapkan bagi sesuatu barangan. Ia mampu menghadkan kuantiti barangan yang diimport. Halangan ini mungkin menyebabkan peningkatan harga pada barangan.




Boikot

Boikot kerajaan bermaksud menghalang sepenuhnya ke atas belian atau import sesetengah barangan daripada negara lain. Boikot awam pula dilakukan secara formal atau informal yang ditaja oleh kerajaan atau sesuatu industri. Kebiasaannya rakyat sesebuah negara akan memboikot barangan daripada negara lain atas paksaan kerajaan atau kumpulan sivik tertentu. Contonya, Nestle telah diboikot oleh sesetengah rakyat di beberapa negara  kerana mereka merasakan Nestle menggunakan formula susu bayi yang boleh mengelirukan ibu-ibu di negara Dunia Ketiga serta membahayakan kesihatan bayi mereka.


SOALAN 2-3


Piawaian
Halangan bukan tarif ini termasuklah piawaian yang ditetapkan untuk melindungi kesihatan, keselamatan dan kualiti produk. Piawaian ini kadangkala digunakan untuk menghadkan perdagangan, tetapi dalam keadaan-keadaan tertentu peraturan dan syarat yang dikenakan menimbulkan masalah dalam perdagangan itu sendiri.


SOALAN 2-4

  1. Salah
  2. Salah
  3. Betul
  4. Betul
  5. Salah
SOALAN 2-5

GATT bermaksud General Agreement on Tarifs and Trade dan di antara perkara-perkara yang terkandung dalam perjanjian ini ialah :

  1. meluaskan pasaran disamping mengurangkan tarif
  2. menggubal peraturan yang lebih adil
  3. (iii)    menghapuskan subsidi-subsidi yang diberikan oleh kerajaan kepada    industri-industri
  4. meluaskan peraturan ke negara-negara membangun yang belum menyertai GATT
  5. mencadangkan cara-cara yang berkesan bagi mengatasi perselisihan perdagangan
  6. Reformasi polisi pertanian untuk menghapuskan terus subsidi

1 comment:

  1. Perkhidmatan Pembiayaan Le_Meridian pergi ke atas dan di luar keperluan mereka untuk membantu saya dengan pinjaman saya yang saya gunakan memperluaskan perniagaan farmasi saya, Mereka adalah permata yang ramah, profesional, dan mutlak untuk bekerja dengan. Saya akan mengesyorkan sesiapa yang mencari pinjaman untuk dihubungi. Email..lfdsloans@lemeridianfds.com Atau lfdsloans@outlook.com.WhatsApp ... + 19893943740.

    ReplyDelete